Luqman Al-Hakim Jadi Nama Pilihan, Shahida Sifatkan Anak Bongsu Pembawa Rezeki

Share

Selepas empat hari melahirkan cahaya mata keenam, isteri kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Shahida akhirnya mendedahkan nama bayi lelakinya itu kepada umum.

Menurut Shahida, dia dan suami telah bersepakat untuk menamakan putera bongsu mereka itu, Luqman Al-Hakim Bin Aliff Syukri.

“Assalamualaikum, nama saya Luqman Al-Hakim Bin Aliff Syukri,” tulisnya menerusi satu hantaran di Instagram.

Dalam pada itu, ibu kepada enam orang cahaya mata itu menyifatkan kehadiran Luqman sebagai pembawa rezeki.

“Alhamdulillah, budak kecil ni bawa rezeki sungguh. Lahir-lahir sahaja terus murah rezeki. Amin. Banyak la benda-benda yang tak sangka dan rezeki datang bergolek.

“Betul orang cakap, setiap anak rezekinya berbeza-beza,” tulisnya di Instagram stories.

Terdahulu, Shahida telah selamat melahirkan bayi lelaki secara normal tepat jam 2.40 petang disebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur.

Katanya, kelahirkan kali ini agak sakit sedikit berbanding pengalaman-pengalaman terdahulu.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana segalanya telah dipermudahkan.

Sekadar informasi, Aliff dan Shahida telah mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudah Arshiyah.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Datin Seri Shahida

Published by
Aizam Manaf