Baru-baru ini, pelakon dan pensyarah, Dr. Norzizi Zulkifli meluahkan rasa sayu apabila mengenang kembali saat bapanya, Allahyarham Datuk Zulkifli Zain menghembuskan nafasnya yang terakhir genap seminggu yang lalu.

Menurut Dr. Norzizi, hatinya dikatakan berasa sangat berat untuk mengharungi hari tersebut kerana segala memori pada ketika itu seakan muncul kembali.

View this post on Instagram

Gambar March 2020. Today- Sekarang 5:45 petang. Masuk waktu ini, hati saya mulai berdebar dan sy rasa lutut sy mulai menggeletar melalui hari ini Sabtu mulai jam 5:30-7:20 malam krn waktu inilah minggu lalu di rumah saya suap Papa makan dan saya angkat dia ke katil dalam 5:30pm. Kemudian dalam 5:52pm adik saya @zazleenzulkafli panggil saya dan kelihatan Papa mcm penat dan kemudian nafasnya tenang. Saya d sisi melakukan apa sepatutnya dan sempat baca Yassin sekali dan kemudian saya rasa Papa dah pergi!………. Lepas nafas dan azan Maghrib berkumandang. Saya rasa surreal semuanya! Saya tenang, tak panik dan tak sempat nangis pun, dan mula menguruskan segala urusan. Segalanya terlalu pantas! Sy betul2 tak sangka ianya dan sebuah pemergian yg begitu mudah! Today melalui waktu2 yg sama barulah sy rasa berdebar, kecut perut semualah rasa dtg mengingati moment bermakna itu! Al Fatihah buat Papa di hari ke 7! Senja Berulang Rindu!

A post shared by norzizi zulkifli (@norzizizulkifli) on

“Gambar March 2020. Today- Sekarang 5:45 petang. Masuk waktu ini, hati saya mulai berdebar dan saya rasa lutut saya mulai menggeletar melalui hari ini Sabtu mulai jam 5:30-7:20 malam.

“Kerana waktu inilah minggu lalu di rumah saya suap Papa makan dan saya angkat dia ke katil dalam 5:30 pm.

“Kemudian dalam 5:52pm adik saya @zazleenzulkafli panggil saya dan kelihatan Papa macam penat dan kemudian nafasnya tenang.

Ads

“Saya disisi melakukan apa sepatutnya dan sempat baca Yassin sekali dan kemudian saya rasa Papa dah pergi!,” katanya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pensyarah Fakulti Filem, Teater & Animasi Uiversiti Teknologi Mara itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Tambah Dr. Norzizi lagi, pada ketika itu, dia tidak sempat untuk bersedih kerana sibuk menguruskan jenazah bapanya itu.

Ads

“Lepas nafas dan azan Maghrib berkumandang. Saya rasa surreal semuanya! Saya tenang, tak panik dan tak sempat nangis pun, dan mula menguruskan segala urusan.

“Segalanya terlalu pantas! Saya betul-betul tak sangka ianya  sebuah pemergian yang begitu mudah!

“Today melalui waktu-waktu yang sama barulah saya rasa berdebar, kecut perut semualah rasa datang mengingati moment bermakna itu! Al Fatihah buat Papa di hari ke 7! Senja Berulang Rindu!,” kongsinya lagi.

Ads

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menitipkan ucapan takziah selain turut mendoakan semoga Allahyarham Zulkifli ditempatkan di kalangan orang beriman.

“Lutut Saya Menggeletar Hari Ini,” – Teringat Rutin Hari Terakhir, Dr. Norzizi Zulkifli Berdebar Harungi Hari Ke-7 Pemergian Bapa “Lutut Saya Menggeletar Hari Ini,” – Teringat Rutin Hari Terakhir, Dr. Norzizi Zulkifli Berdebar Harungi Hari Ke-7 Pemergian Bapa “Lutut Saya Menggeletar Hari Ini,” – Teringat Rutin Hari Terakhir, Dr. Norzizi Zulkifli Berdebar Harungi Hari Ke-7 Pemergian Bapa

Allahyarham Zulkifli menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tanggal 4 September lalu akibat komplikasi pelbagai penyakit di kediamannya di Ukay Perdana, Hulu Klang.

Sumber: Instagram Norzizi Zulkifli

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI