Lynn Ban, bintang siri realiti Netflix Bling Empire: New York yang juga seorang pereka barang kemas terkenal telah meninggal dunia pada usia 51 tahun.
Menghembuskan nafas terakhir pada 20 Januari 2025, kematiannya berlaku beberapa minggu selepas beliau menjalani pembedahan otak akibat kecederaan serius yang dialami semasa percutian di Aspen, Amerika Syarikat, pada Malam Krismas.
Sebulan lalu, wanita bertaraf sosialit itu berkongsi di Instagram bahawa kemalangan ski yang dialaminya telah ‘mengubah hidupnya’.
Beliau mendedahkan bahawa imbasan CAT menunjukkan kecederaan serius pada kepala, termasuk pendarahan otak yang memerlukan beliau menjalani prosedur kraniotomi kecemasan.
“Saya terjaga di hospital dengan suami saya, Jett Kain, di sisi saya,” tulisnya di Instagram, sambil menyatakan harapan untuk pulih pada tahun ini.
Ads
Berita kematian bintang siri realiti popular itu dikhabarkan kepada umum oleh anak tunggalnya, Sebastian, menerusi akaun Instagram peribadinya.
Sebastian bersama mendiang ibunya.
“Ibu saya telah pergi pada hari Isnin. Saya tahu dia mahu berkongsi perjalanan pemulihannya selepas kemalangan ini, jadi saya rasa dia akan menghargai satu hantaran terakhir untuk memaklumkan berita ini kepada mereka yang menyokongnya,” tulisnya.
Sebastian turut berkongsi rasa hormatnya terhadap ibunya yang dianggap sebagai seorang wanita hebat dan sumber inspirasi yang terbaik dalam hidupnya.
Ads
“Dia adalah sahabat terbaik saya, ibu terbaik buat saya, dan seseorang yang sentiasa mengambil berat tentang semua orang di sekelilingnya.
“Walaupun ketika proses pemulihannya sukar, dia tetap tersenyum. Dia seorang pejuang hingga ke akhirnya, dan wanita paling kuat yang pernah saya kenal,” tambah Sebastian.
Lynn Ban dikenali bukan sahaja sebagai bintang siri realiti tetapi juga sebagai pereka barang kemas eksklusif yang menjadi pilihan ramai selebriti terkenal seperti Rihanna, Beyoncé, Cardi B, Billie Eilish, Madonna, Lady Gaga, Kendrick Lamar, dan Post Malone.
Siri Netflix yang menampilkan Lynn, Bling Empire: New York, merupakan spin-off kepada siri popular Bling Empire, yang mengikuti kisah dan rencah kehidupan golongan elit berketurunan Asia-Amerika yang kaya di Los Angeles.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Suami kepada usahawan terkenal, Vivy Yusof, Fadza Anuar berkongsi khabar gem selepas memaklumkan isteri telah selamat melahirkan cahaya mata keempat mereka pada jam dua pagi tadi.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Fadza menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Menurut Fadza, bayi lelakinya itu difahamkan telah dilahirkan empat minggu lebih awal daripada tarikh yang dijadualkan.
“It’s a boy! Alhamdulillah. This little guy decided to wake mummy and daddy up at 2am, 4 weeks before his due date to join the rest of the gang.
“I hope this isn’t him inheriting mummy’s impatience. Whatever it is, we’re so happy he’s here,” tulisnya.
Katanya lagi, dia dan isteri sememangnya berasa amat gembira dan bersyukur diatas kelahiran cahaya mata keempat mereka itu.
Dikesempatan itu juga, Fadza turut memaparkan wajah penuh bayi lelakinya itu selain turut mendedahkan dia dan isteri telah pun bersepakat untuk menamakannya Idris Ali Shah
“May Allah always shower him with His blessings. Welcome to the family Idris Ali Shah,” kongsinya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi rasa gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Fadza dan Vivy.
“Awww, so cute guys. Congratulations, praise be to Allah.
“Congratulations. Semoga menjadi anak yang baik Idris.
“Alhamdulillah, may Allah bless you two and all your children. Amin.
“Congrats Fadza and Vivy. Hope both mom and baby are doing well,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Fadza dan Vivy telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada 2012 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Daniel Azim Shah, Mariam Iman Shah dan Sarah Ilham Shah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Fadza Anuar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Memberi keterangan dalam kes Hollywood Ripper sebagai saksi di mahkamah hari ini, pelakan dan hos Ashton Kutcher mengakui dia ketakutan selepas mengetahui teman wanita yang sepatutnya ditemui pada malam 22 Februari 2001 mati dibunuh, 18 tahun lalu.
Kutcher yang kini berusia 41 menerusi laporan dipetik sebagai berkata, dia tiba di kediaman wanita berkenaan yang dikenali sebagai Ashley Ellerin iaitu seorang pelajar fesyen selepas berbual dengannya menerusi telefon untuk mengatur janji temu.
Kongsinya lagi seperti yang dipetik CNN lagi, selepas menyedari terlewat dari temu janji, dia segera ke rumah wanita terbabit sekitar jam 10.00 malam dan menelefon Ellerin, namun tiada balasan.
Kutcher tiba sekitar jam 10.30 malam dan melihat pintu pagar keselamatan terbuka dan dia terus meluru masuk.
Dia bertindak sedemikian kerana pintu telah diketuk, tetapi tiada jawapan.
Tambah pelakon ini lagi, dia mengandaikan bahawa wanita itu telah keluar bersama teman yang lain.
“Saya rasa pelik kerana semua lampu terbuka. Saya tidak mahu menjadi lelaki yang mengintai menerusi tingkap.
“Keadaan rumah agak bersepah dan saya ternampak sesuatu di atas karpet dan fikirkan mungkin ia adalah wain merah,” katanya memberi keterangan di hadapan juri.
Selepas mengetahui apa yang berlaku, dia segera menelefon pihak polis dan mengakui ketakutan.
Walau bagaimanapun, Kutcher tidak didakwa sebagai suspek. Sebaliknya dipanggil sebagai salah seorang saksi.
Terdahulu, Ellerin ditemui mati dengan kesan tikaman sebanyak 47 kali.
Seorang lelaki, Michael Gargiulo didakwa atas pertuduhan membunuh Ellerin dan juga beberapa mangsa lain.
Kes ini pernah dibicarakan pada 2008 lalu, namun Gargiulo mengaku tidak bersalah. Jika disabitkan kesalahan, dia bakal menerima hukuman penjara paling maksimum tanpa parol.
Foto : CNN
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Eyra Hazali baru-baru ini ada memuat naik foto ‘baby bump’ di Instagramnya.
Difahamkan, kandungan bintang filem Ratu Kala Jengking itu kini memasuki usia tiga bulan.
Dalam pada itu, peminat menasihati agar bintang filem Ratu Kala Jengking itu menjaga kandungan dan kesihatan diri daripada wabak penularan koronavirus (Covid-19) yang semakin serius kini.
“Korang,please kalau ada hal penting nk urus baru keluar, jangan la keluar melepak even depan rumah. Please dont be selfish!,” tulisnya.
Penyanyi dan pelakon, Apich Lo ralat apabila perjalanannya di program realiti Big Stage Alpha terhenti di minggu pertama sekali gus gagal meloloskan diri ke ‘Big 12’.