Uncategorized

M. Daud Kilau Dimasukkan Ke Hospital Sejurus Buat Persembahan

Share

Raja Gelek, Datuk Mohd Daud Kilau, atau lebih sinonim dengan nama komersial, M. Daud Kilau dilaporkan telah dimasukkan ke Hospital Teluk Intan (HTI), Perak selepas pengsan setelah melakukan persembahan.

Memetik Sinar Harian, Timbalan Perdana Menteri yang juga Calon BN Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, dia sempat melawat M. Daud Kilau di HTI, malam tadi.

“Tiga malam lalu beliau buat persembahan di sini (Waterfront Bagan Datuk) dan malam tadi saya sempat melawat beliau di HTI.

 

“Beliau pengsan dan ada beberapa penyakit selepas lakukan persembahan di sini dan kita doa dia sembuh,” katanya ketika berucap pada program Gerak Mesra dan Jati Diri Jabatan Imigresen Malaysia bersama Belia dan Masyarakat Bagan Datuk di Waterfront Bagan Datuk, pagi tadi.

Pada majlis sama, Ahmad Zahid turut berharap ada anak Bagan Datuk yang mampu mengikut jejak M. Daud Kilau yang menjadi penyanyi tersohor negara dan membanggakan Bagan Datuk.

“M. Daud Kilau tersohor di peringkat nasional dan Insya-ALLAH akan ada anak Bagan Datuk sehebat beliau dilahirkan bukan sahaja mengharumkan Bagan Datuk di peringkat nasional malah antarabangsa,” katanya.

Foto: Sinar Harian

Published by
Rafiq Mazlan