Penyanyi senior, Datuk M Daud Kilau dilaporkan telah meninggal dunia pada petang Khamis.
Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh cucunya yang dikenali sebagai Hasnor Ikram menerusi sebuah hantaran di ruangan Instagram Stories.
“Atuk saya, Mohd Daud bin Kilau telah hembuskan nafasnya yang terakhir sebentar sahaja tadi. Al-Fatihah,” tulisnya.
Ads
Memetik laporan Mstar, anak lelaki M. Daud Kilau, Ahmad Zaini Mohd Daud memaklumkan keadaan kesihatan bapanya itu tidak stabil sejak dimasukkan ke hospital sejak 12 Disember lalu.
“Ayah saya memang ada penyankit diabestes, darah tinggi dan jantung. Dia dimasukkan ke hospital baru-baru ini sebab kesihatannya tidak stabil.
“Sejak tiga hari lalu keadaannya semakin teruk dan asyik meracau. Masalah kencing manis juga semakin merebak,” katanya seperti yang dipetik.
Ads
Jelas Zaini lagi, kaki bapanya itu sepatutunya akan dipotong namun terpaksa ditangguhkan disebab tekanan darah yang kurang stabil.
“Sepatutnya hari ini (Isnin) nak potong kedua-dua belah kaki sebab masalah diabetes. Tapi apabila doktor bius periksa, ia tidak boleh dilakukan sebab tekanan darah tidak stabil.
Ads
“Ini kali ketiga pembedahan ditangguhkan sebab masalah sama,” ujarnya.
Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Balai Baroh, Bagan Datoh, Perak selepas solat Zohor, Selasa.
Sumber: Instagram Hasnor Ikram & Mstar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selamat diijabkabulkan pada 14 Oktober lalu, penyanyi dan pengacara Mimie Haris mengharapkan agar ikatan perkahwinan kali ini berkekalan hingga ke akhir hayat.
Mimie atau nama sebenarnya, Norshamimi Ahmad Haris, 32, sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan Khairril Anuar Md Dahilin yang juga duda anak satu.
Berkongsi detik perkenalan, Mimie berkata dia dan suami mempunyai lingkungan kawan yang sama malah mereka turut berkongsi hobi serupa iaitu bermain golf.
“Hubungan saya dengan anak tiri sangat baik, dia pun panggil saya ‘mummy’.Dia sangat matang walaupun berusia 10 tahun. Malah, hubungan saya bersama bekas isterinya juga baik.
“Menerusi perkahwinan terdahulu, saya berdoa dikurniakan cahaya mata, dan Alhamdulillah, Allah beri rezeki menerusi perkahwinan ini (anak tiri),” katanya lagi.
Berkongsi lanjut mengenai perancangan bulan madu, Mimie berkata buat masa ini, dia dan suami sudah kembali sibuk dengan kerja masing-masing.
“Buat masa sekarang memang kami sudah kembali sibuk dengan kerja. Kami hold dulu perancangan bulan madu sebab sekarang cuaca pun tidak menentu.
“Kalau ikutkan saya sukakan tempat yang beri ketenangan, macam pulau.Nanti bila keadaan cuaca dah kembali okay, baharulah kami akan fikirkan untuk berbulan madu ke mana,” katanya lagi.
Mimie yang merupakan pengacara program Wow Shop ini pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan 2020 namun jodohnya tidak panjang.
Pelakon Abby Abadi meluahkan rasa gembira apabila berpeluang kembali bersama Elite setelah hampir 20 tahun meninggalkan kumpulan yang sinonim dengan lagu Tamparan Wanita itu.
Di samping berkongsi rasa kegembiraan dan teruja, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan turut memberikan penjelasan sekiranya ada segelintir netizen yang memberikan komen negatif terhadap dirinya yang kini telah kembali aktif menyanyi bersama Elite.
“Saya tak pernah kata saya nak berhenti menyanyi ke, berlakon ke saya tak pernah cakap macam tu. Apa yang saya lakukan sekarang ini saya mahu berubah ke arah yang lebih baik.
“Apa yang saya cuba sampaikan perkara yang boleh dan tak boleh untuk saya lakukan. Semua benda dulu yang saya buat salah kita ubah contoh macam batasan-batasan tu semua kena jaga.
“Sebab kita Allah dah bagi petunjuk jadi kenapa kita nak buat dan ulang kesalahan yang sama,” katanya.
Elite yang mula ditubuhkan sekitar tahun 1996 kini kembali bergabung dengan kesemua anggota asalnya iaitu Abby, Azza, Linda Rafar, Sasha dan Watie.
Bersempena dengan ulang tahun ke-25 penubuhan, Elite bakal melancarkan lagu single terbaru yang berjudul Alhamdulillah pada 19 April hadapan dikesemua platform digital.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal bersyukur apabila usaha mereka untuk membina sebuah masjid menerusi Yayasan Ibnu Sunari akhirnya diluluskan minggu lalu selepas hampir dua tahun memohon.
Menurut Wawa, 31, atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, yayasan itu ditubuhkan bagi meneruskan projek berkenaan Kampung Rengit, Batu Pahat, Johor.
“Masjid yang kami rancang itu belum boleh didirikan di lokasi sama sebab tidak ada yayasan atau akaun asing. Bayangkan ia tertunda selama dua tahun. Banyak dugaan dan rintangan bila mahu lakukan sesuatu kebaikan. Ia bukanlah senang.
“Apapun alhamdulillah kami lega ia akhirnya dipermudahkan. Insya-Allah dalam bulan depan kita sudah boleh buka akaun dan sebagainya. Satu hal sudah selesai dan selepas ini insyaAllah akan ada niat lain yang akan kami teruskan.
“Saya memohon supaya niat ini dipermudahkan. Bayangkan dalam tempoh dua tahun itu, terfikir susahnya untuk berbuat kebaikan. Ada sahaja halangan. Rasa nak putus asa pun ada juga, cuma sekarang kami rasa syukur dan lega,” katanya.
Dalam pada itu, kos pembinaan masjid yang mampu memuatkan kira-kira 400 jemaah itu sudah bertambah dari RM1.4 juta kepada RM2.5 juta susulan harga pasaran semasa.
“Rekaan masjid dan siap dan perekanya sudah dibayar. Dulu kami ada maklumkan kos pembinaan sekitar RM1.4 juta, tapi selepas Covid-19 kami diberitahu harga besi semua sudah naik dan ia meningkat kepada RM2.5 juta.
“Saya memang sudah asingkan RM1.4 juta, tapi mungkin selepas ini kami akan buka pada orang ramai jika mahu turut sama menyumbang,” katanya.
Sementara itu, Aeril menjelaskan pembinaan masjid itu adalah niat yang mahu direalisasikannya.
“Bukanlah bernazar, tapi sudah menjadi niat. Bagi saya, apa yang paling dirisaukan ialah sekiranya ia tak siap dan kalau saya pergi dulu. Sekurang kurangnya kalau saya sudah meninggal dunia, ada benda baik yang boleh saya bawa di sana,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Wawa dan Aeril menerusi Wawa Cosmetics bakal melancarkan Wawa Fantasy Dream pada 25 Mac depan.
Set berkenaan adalah edisi kedua selepas kejayaan Wawa Unicorn Edition yang habis terjual dua tahun lalu.
“Kami pilih untuk mengekalkan konsep ‘fairytale’ kerana ramai yang suka selain ia adalah edisi terhad. Yang istimewanya kali ini, saya turut membuat ‘cover’ lagu Snow White versi Melayu untuk video klip kempen berkenaan.
“Edisi pertama sebelum ini ‘sold out’ dalam tempoh seminggu. Ada pembeli yang tidak sempat untuk milikinya. Jadi saya fikir, edisi baru ini sebagai hadiah kepada mereka di luar sana.
“Sebenarnya kami sudah lama rancang untuk lancarkan Fantasy Dream Night ini, cuma ada beberapa kekangan dengan pandemik Covid-19 dan sebagainya. Jadi sekarang adalah masa yang sesuai.
“Kita keluarkan 80,000 set untuk pengeluaran pertama. Harapnya ia mendapat maklum balas yang baik daripada semua, insyaAllah,” kata Wawa.
Aeril dan Wawa terdahulu turut bersyukur selepas berjaya memiliki wisma perniagaan sendiri, Wawa Cosmetic HQ yang bernilai RM3.2 juta di sebuah lokasi di Bandar Baru Bangi, Selangor.