Penyanyi senior, Datuk M Daud Kilau dilaporkan telah meninggal dunia pada petang Khamis.
Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh cucunya yang dikenali sebagai Hasnor Ikram menerusi sebuah hantaran di ruangan Instagram Stories.
“Atuk saya, Mohd Daud bin Kilau telah hembuskan nafasnya yang terakhir sebentar sahaja tadi. Al-Fatihah,” tulisnya.
Memetik laporan Mstar, anak lelaki M. Daud Kilau, Ahmad Zaini Mohd Daud memaklumkan keadaan kesihatan bapanya itu tidak stabil sejak dimasukkan ke hospital sejak 12 Disember lalu.
“Ayah saya memang ada penyankit diabestes, darah tinggi dan jantung. Dia dimasukkan ke hospital baru-baru ini sebab kesihatannya tidak stabil.
“Sejak tiga hari lalu keadaannya semakin teruk dan asyik meracau. Masalah kencing manis juga semakin merebak,” katanya seperti yang dipetik.
Jelas Zaini lagi, kaki bapanya itu sepatutunya akan dipotong namun terpaksa ditangguhkan disebab tekanan darah yang kurang stabil.
“Sepatutnya hari ini (Isnin) nak potong kedua-dua belah kaki sebab masalah diabetes. Tapi apabila doktor bius periksa, ia tidak boleh dilakukan sebab tekanan darah tidak stabil.
“Ini kali ketiga pembedahan ditangguhkan sebab masalah sama,” ujarnya.
Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Balai Baroh, Bagan Datoh, Perak selepas solat Zohor, Selasa.
Sumber: Instagram Hasnor Ikram & Mstar