Baru-baru ini, nama gitaris kumpulan rock, Hujan, Ag Coco menjadi bualan hangat selepas dia memuat naik sebuah ciapan di laman Twitter yang dilihat seperti mempersoalkan tindakan orang ramai yang dikatakan lebih mementingkan aktiviti-aktiviti percutian dan riadah berbanding untuk bertemu dengan ibu bapa sendiri.
Ciapan tersebut nyata mengundang rasa kurang senang di hati segelintir pihak yang merasakan kenyataan itu sangat tidak wajar memandang pihak kerajaan masih lagi belum membenarkan sebarang aktiviti merentas negeri buat masa ini.
bukan apa.. kalau pi tengok ramai sangat berkelah tu, avoid ja la. takut mak pak pulak yang mai tengok kita nanti.
“Nampak macam ramai betui yang rindu sungai dengan laut dari mak pak sendiri.
“Bukan apa, kalau pi tengok ramai sangat berkelah tu, avoid ja la. Takut mak pak pulak yang mai tengok kita nanti,” tulisnya.
Setelah ciapan tersebut mendapat reaksi pelbagai di kalangan warganet, AG akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengakui akan ketelanjuran katanya itu.
Ads
Menurut AG, tujuan dia memuat naik tweet berkenaan adalah untuk menyuarakan rasa kebimbangannya sekiranya pihak kerajaan menarik semula kelonggaran tersebut dan akhirnya kita kembali ke fasa lockdown.
Maaf atas kekhilafan aku yang telah mengundang kemarahan semua orang dengan cara twit aku, aku just nak spread awareness supaya kita semua lebih berhati-hati & again I am truly sorry for what I said. 🙏
“Sebenaqnya point aku, berkelah ramai-ramai ni if jadi punca kes naik balik, kita kena ulang lagi lockdown, so lagi lama tak dapat jumpa parents.
“Parents aku pun kat Kedah dah lama tak boleh jumpa, tak dapat raya macam dulu, aku pun look forward nak balik tapi still tak boleh.
Ads
“Maaf atas kekhilafan aku yang telah mengundang kemarahan semua orang dengan cara twit aku, aku just nak spread awareness supaya kita semua lebih berhati-hati dan again I am truly sorry for what I said,” jelasnya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen faham akan situasi tersebut selain turut berharap agar pihak kerajaan dapat segera mempertimbang syarat untuk membenarkan rakyat Malaysia untuk merentas negeri untuk pulang ke kampung halaman.
Ads
“Takpelah AG, kalau orang baca dari segi positive, dapat lah point tu. Kalau diri dorang baca dengan penuh hatred, memang cari point nak hentam je ler kerja nya.
“Aku paham je maksud ang. Tapi orang sekarang lagi suka sentap dari berfikir.
“Aku paham ja apa abang AG nak smpaikan. Semua dah besar kot. Boleh fikir. Nampak tempat berkelah dah sesak, tak payah la nak pergi situ juga. Nanti last-last, kita kena kembali ke PKP balik. Aiii.. Entah la,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Twitter.
Terdahulu, pihak kerajaan telah pun memaklumkan pihak mereka akan mengumum beberapa kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) membendung penularan COVID-19 ketika negara menuju ke fasa endemik tidak lama lagi.
Sumber: Twitter & Instagram AG Coco
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi nasyid, Fitri Haris meluahkan kesedihan apabila terpaksa melepaskan anak tunggalnya, Sofea Solehah yang masih di bawah umur untuk menaiki penerbangan bersendirian selepas kerajaan Malaysia mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan yang menyekat sebarang aktiviti keluar masuk di negara ini.
Jelasnya, sewaktu perintah dilaksanakan, dia dan anak berada di Universiti Utara Malaysia, Kedah dan dalam perjalanan ke Singapura namun semua jalan darat telah ditutup.
Satu-satunya alternatif pulang adalah dengan menaiki kapal terbang.
Dia akhirnya terpaksa akur dan melepaskan anaknya menaiki kapal terbang seorang diri.
“COVID-19: Sangat memberi impak kepada saya, anak saya warganegara SINGAPURA, di saat perintah pergerakan kawalan di lakukan, kami berada di UUM, kedah, dan apabila saya hendak menghantar sofea pulang, semua jalan darat, immigrations tutup tak boleh masuk singapore, hari saya hiba, saya cuba menghubungi semua kenalan di pihak berkuasa, tiada satu jalan pun selain by FLIGHT.
“Cuma yang membuat saya sedih adalah Saya tidak boleh menemani, even jika org singapore ke klia by flight n balik semula singapore utk ambil sofea mereka pula kena self quarantine 14 days.
“Ke sana ke sini saya cube menyelesaikan, akhirnya terpaksa akur dan dalam keadaan tidak boleh terima, sofea TERPAKSA BALIK SEORANG NAIK FLIGHT.. under age dan tak pernah saya membiarkan sofea sendiri. Allah…ujian,” jelasnya.
Namun bantuan pihak penerbangan yang menemani anaknya sepanjang penerbangan cukup melegakan hati.
Dia turut memanjatkan doa agar Malaysia bebas dan pulih daripada wabak ini.
“Cuma melegakan hati saya sedikit, apabila @malaysiaairlines ada menawarkan assistant.. bawa sofea sampai ke seat dan bila sampai ada assistant bawa sampai ke mama sofea.
“Syukur sangat2.. tapi masih hiba dan sedih .. bila nampak susuk badan sofea hilang dari pandangan.
“Wahai semua.. percayalah .. COVID 19 ini banyak mengajar kita .. banyak membrri hikmah buat mereka yNg mau berfikir.
“STAY AT HOME, jangan keluar utk perkara yang tidak penting.. spend ur time with urself utk bermuhasabah dan with ur family sementara masih ada masa.
“Tatkala kalian busy dengan kerja dan urusan lain, saat utu jangan di tanya takde masa dengan keluarga dan diri sendiri .. kerana hikmah ini akan dapat kebaikannya buat mereka yang tahu bersyukur dan tidak MEMENTINGKAN DIRI.
“Moga kita terhindar dari sebarang wabak penyakit.. moga Malaysia di pulihkan dan di jauhkan dari wabak COVID19 atau sebarang oenyakit yang kemudharatkan amin,” jelasnya.
Perkongsian pelakon Fasha Sandha yang memuat naik gambarnya bersama Nora Danish mendapat perhatian netizen.
Menerusi muat naik di laman Instagram miliknya, Fasha atau nama sebenar, Nur Fasha Sandha Hassan, 39, berkongsikan momen-momen mereka bersama ketika berbuka puasa sekali gus meraikan ulang tahun kelahiran anak pertama Fasha, Putra Rayfal Ramli di kediaman bekas mentuanya iaitu Tan Sri Ramli Ngah Talib dan Puan Seri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah.
Tampil berpakaian tradisional sedondon merah hati, Fasha dan Nora kelihatan mesra bergambar bersebelahan bersama ahli keluarga bekas suami mereka.
Nora kemudiannya meninggalkan komen berbentuk emoji hati sebelum dibalas Fasha yang menyifatkan Nora seorang individu yang mempunyai hati baik.
“Terima kasih mummy gorgeuos (Nora) dan keluarga. Thanks layan I dan anak-anak dengan baik. Such a good heart. Syukur Alhamdulillah.
“Rayfal merupakan orang yang paling gembira sekali bila tengok kita bersama.
“Anak-anak juga menyatukan hati kita semua.
“Alhamdulillah syukur di atas kebaikan yang Allah berikan untuk keluarga kita, Alhamdulillah,” tulis Fasha.
Sebelum ini, perselisihan faham pernah tercetus di antara Fasha dan Nora selepas Fasha mendakwa dirinya dihalang penganjur daripada memasuki acara pertunjukan fesyen pada tahun 2017, kononnya atas arahan Nora.
Bagaimanapun, pada 2018, Fasha dan Nora sepakat selesaikan isu mahkamah secara baik dan memilih untuk berdamai kerana menganggap anak-anak mereka adalah bersaudara.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!