“Maaf Atas Kekhilafan Aku Yang Mengundang Kemarahan,” – Persoal Aktiviti Riadah Di Sungai & Laut, Ag Coco Mohon Maaf

Share

Baru-baru ini, nama gitaris kumpulan rock, Hujan, Ag Coco menjadi bualan hangat selepas dia memuat naik sebuah ciapan di laman Twitter yang dilihat seperti mempersoalkan tindakan orang ramai yang dikatakan lebih mementingkan aktiviti-aktiviti percutian dan riadah berbanding untuk bertemu dengan ibu bapa sendiri.

Ciapan tersebut nyata mengundang rasa kurang senang di hati segelintir pihak yang merasakan kenyataan itu sangat tidak wajar memandang pihak kerajaan masih lagi belum membenarkan sebarang aktiviti merentas negeri buat masa ini.

“Nampak macam ramai betui yang rindu sungai dengan laut dari mak pak sendiri.

“Bukan apa, kalau pi tengok ramai sangat berkelah tu, avoid ja la. Takut mak pak pulak yang mai tengok kita nanti,” tulisnya.

Setelah ciapan tersebut mendapat reaksi pelbagai di kalangan warganet, AG akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengakui akan ketelanjuran katanya itu.

Menurut AG, tujuan dia memuat naik tweet berkenaan adalah untuk menyuarakan rasa kebimbangannya sekiranya pihak kerajaan menarik semula kelonggaran tersebut dan akhirnya kita kembali ke fasa lockdown.

“Sebenaqnya point aku, berkelah ramai-ramai ni if jadi punca kes naik balik, kita kena ulang lagi lockdown, so lagi lama tak dapat jumpa parents.

“Parents aku pun kat Kedah dah lama tak boleh jumpa, tak dapat raya macam dulu, aku pun look forward nak balik tapi still tak boleh.

“Maaf atas kekhilafan aku yang telah mengundang kemarahan semua orang dengan cara twit aku, aku just nak spread awareness supaya kita semua lebih berhati-hati dan again I am truly sorry for what I said,” jelasnya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen faham akan situasi tersebut selain turut berharap agar pihak kerajaan dapat segera mempertimbang syarat untuk membenarkan rakyat Malaysia untuk merentas negeri untuk pulang ke kampung halaman.

“Takpelah AG, kalau orang baca dari segi positive, dapat lah point tu. Kalau diri dorang baca dengan penuh hatred, memang cari point nak hentam je ler kerja nya.

“Aku paham je maksud ang. Tapi orang sekarang lagi suka sentap dari berfikir.

“Aku paham ja apa abang AG nak smpaikan. Semua dah besar kot. Boleh fikir. Nampak tempat berkelah dah sesak, tak payah la nak pergi situ juga. Nanti last-last, kita kena kembali ke PKP balik. Aiii.. Entah la,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Twitter.

Terdahulu, pihak kerajaan telah pun memaklumkan pihak mereka akan mengumum beberapa kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) membendung penularan COVID-19 ketika negara menuju ke fasa endemik tidak lama lagi.

Sumber: Twitter & Instagram AG Coco

Published by
MH