Empat tahun melayari alam perkahwinan, pelawak dan pengacara Shuk Sahar akui banyak asam garam dalam perhubungan suami isteri.
Kongsinya, setiap pasangan perlu menerima kekurangan masing-masing.
“Empat tahun tak lama mana pun kalau nak ikut tapi bagi yang hadap dan lalui alam perkahwinan mesti cukup faham masa tu lah dah tak malu nak kentut depan2 tido berdengkur kurap tang mana suma dah boleh tahu dan dengan kekurangan itu u masih ada bersama i hari ini @rossa.sera terima kasih sayang.
“Maaf dah lbih 18 kali rasanya buat u terasa i masih lagi belum berjaya jadi suami yang terbaek tapi percaya i tak pernah berhenti mencuba ok…
“Selamat hari jadi semoga panjang umo dan dimurahkan lagi rezeki kita supaya dapat bergambar berempat pulak nanti.
“Kesempurnaan takkan dapat dicari menyempurnakan itu yang terbaekk,” tulisnya yang kini menikmati percutian di Jepun bersama keluarga tersayang.
Menerusi ruangan komen,rata-rata mendoakan kebahagian pasangan ini.
Syuk atau nama penuhnya Mohammad Shukri Mohamed dan Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau mesra disapa Sera berkahwin pada 20 Disember 2015.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 2 tahun dan Nur Assyifatu Aimy, 5 bulan.
Foto :Instagram Shuk Sahar