“Maaf I Original Ya. I’m Mother Of Two,” – Disamakan Dengan Sajat? Ini Jawab Balas DP Eina Azman

Share

Pelakon, Datin Paduka Eina Azman ada memuat naik beberapa rakaman video dirinya selepas selesai melakukan rutin senaman bersama pengikut di laman Instagram.

Seperti diketahui umum, Eina atau nama lengkapnya Ainur Syakina Azman memang menitikberatkan soal kecantikan dirinya dengan sering melakukan aktiviti senaman di gimnasium.

Meski pernah melahirkan bayi kembar, pelakon berusia 26 tahun ini kelihatan masih langsing dan jelita.

“Don’t wish for it. Work for it Yes I’m a mother of twins,” tulisnya.

Lantas, perkongsian Eina itu telah mendapat perhatian serta pujian daripada netizen.

Namun, ada juga seorang individu memberikan komen negatif terhadap perkongsian Eina itu.

“mcm sajat dah tgok,” tulis individu berkenaan di ruangan entri tersebut,

Lalu, Eina telah memberikan respon terhadap komen yang diberikan oleh individu berkenaan.

“sorry I original ya. I’m mother of two,” balas Eina.

Untuk rekod, Eina telah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan Datuk Paduka Kaiser Gurmit Harden pada 31 Ogos 2014 dan dikurniakan pasangan anak kembar, Arianna Aubrey dan Karl Kareef.

Foto: Instagram Eina Azman