Pelakon, Jue Aziz memaklumkan dirinya baru sahaja terlibat di dalam satu kemalangan, awal hari ini.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Jue menerusi ruangan Instagram stories miliknya.
“Accident. Thanks yang beri bantuan tadi. Maaf jika tak mampu nak kata apa. Menggigil,” tulisnya.
Dalam pada itu, pelakon filem, Hantu Bonceng ini turut menitipkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantunya sewaktu kejadian itu tadi.
Katanya lagi, pada ketika itu, dia tidak mampu untuk berkata apa-apa akibat terlalu terkejut.
Bagaimanapun, tiada penjelasan lanjut yang dibuat Jue berhubung kejadian kemalangan yang berlaku.
Apapun, MH doakan semoga semuanya baik-baik sahaja buat Jue dan diharapkan dia tidak mengalami sebarang kecederaan serius.
Sumber: Instagram Jue Aziz
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[VIDEO] Nyanyi Lagu Happy Birthday Untuk Si Anak Depan Kaabah, Fouziah Gous Buat Netizen Sebak!
Ibu mana yang tidak terharu ketika meraikan ulangtahun kelahiran anaknya.
Tambahan pula, saat melahirkan zuriat yang dikandung selama sembilan bulan.
Itulah situasi yang dialami pelakon Fouziah Gous ketika menyanyikan lagu ‘Happy Birthday’ dan lagu ‘Allah Selamatkan Kamu’ untuk anak keduanya, Zaheen Yusuf.
View this post on InstagramA post shared by Zhafou | Zhafoujr (@fouziahgous) on
Video tersebut memaparkan Fouziah menyanyikan lagu tersebut sehingga mengalirkan air mata, sebak.
Rata-rata netizen turut sama merasakan perasaan itu.
Ketika ini, Fouziah dan suami, MD Zhafran berada di kota suci Mekah bersama keluarga tercinta.
Fouziah dan Zhafran bernikah pada 21 September 2013.
Pasangan ini dikurniakan anak pertama, Zeeshan Yusuf yang kini berusia tiga tahun.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dibarisi Pelakon Wan Maimunah & Bell Ngasri, Telefilem Hari Raya Haji ‘Ibu Pinjaman’ Inspirasi Kisah Benar
Bersempena sambutan Hari Raya Aidiladha pada 17 Jun ini, syarikat penerbitan Dream At Work Sdn Bhd membawakan telefilem khas berjudul Ibu Pinjaman yang ditayangkan di saluran Astro RIA dan Astro Oasis, jam 10 pagi.
Karya ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Wan Maimunah, Bell Ngasri, Hasnul Rahmat, Sherie Merlis, Amanda Misbun, Zalif Sidek dan Rahim Jailani.
Tidak ketinggalan Adik Qisya Hairulzain dan dibantu oleh Linda Soh, Shukri Tahir dan Afiq Aris.
Penerbit dan Pengarah Dream At Work Sdn Bhd Datuk Razlan Ismail berkata, telefilem Ibu Pinjaman dinspirasikan daripada kisah benar Ustaz Abdullah Muda.
“Telefilem ini mengisahkan konflik jiwa dua insan bernama Rizal dan Makcik Rokiah. Rizal, seorang lelaki yang sudah lama dahagakan kasih sayang seorang ibu, sering berasa kesunyian dan kekosongan dalam hidupnya.
“Di satu sisi lain, Makcik Rokiah, seorang wanita tua yang hatinya hancur merindukan anak kandungnya. Dia menjalani hari-hari yang penuh kesepian.
“Kisah ini menyentuh hati apabila kedua-dua insan ini bertemu dan cuba mengisi kekosongan dalam hati masing-masing dengan kasih sayang yang terpendam,” katanya.
Menurutnya, lebih bermakna apabila telefilem itu bersiaran pada Hari Raya Aidiladha, hari yang penuh dengan makna pengorbanan dan kasih sayang.
Menariknya lagi, pelakon utama Ibu Pinjaman iaitu Wan Maimunah kini sedang mengerjakan ibadah haji di tanah suci. Sekaligus, telefilem ini turut membawa kesan dan keistimewaannya yang tersendiri.
“Ibu Pinjaman menjanjikan sebuah pengalaman emosi yang mendalam dengan kisah penuh kerinduan dan kasih sayang serta pengorbanan.
“Dibarisi pelakon yang hebat, cerita ini pasti akan meninggalkan kesan yang mendalam di hati setiap penonton,” katanya.
Telefilem yang mendapat sentuhan pengarah Datuk M. Razlan Ismail yang juga bertindak sebagai penerbit, bersama Irfan Hasan selaku Penerbit Eksekutif.
Dream At Work Sdn Bhd diberikan kepercayaan untuk menerbitkan telefilem ini bagi saluran Astro RIA di bawah naungan Penerbit Eksekutif Astro, Abdul Adzim Shahabudin.
Jangan lepaskan peluang untuk menonton pada 17 Jun ini, jam 10 pagi di saluran Astro RIA dan Astro Oasis dan ulangan pada jam 11 malam pada hari yang sama.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Orang Tanya Dia, ‘Mak Arab Ke?’,” – Rita Rudaini Cerita Kisah ‘Heronya’ Jadi Perhatian Di Tanah Suci
Berada di tanah suci sekeluarga bagi menunaikan umrah, pelakon Rita Rudaini ada berkongsi momen dirinya bersama dua permata hati, buat tatapan peminat.
Lalu, satu perkongsian terkini dari Rita juga cukup mencuit hati apabila bintang Geng Mak-Mak itu mendedahkan, kedua ’heronya’, Airit Rayyan Rizqin, 10, dan Airit Qaqa Arjuna, 8, mendapat perhatian hingga ada yang mahu merakam foto bersama.
View this post on InstagramA post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727) on
“Depa ramai org suka kt sana, paling selalu kena tangkap peluk, Arjuna. Orang arab ingt anak arab, sampai mintak kt mommy nak beli.
”Ryan pon sama, org tanya dia ‘mak arab ke?’ Jenis arab gelap. Alhamdulillah ramai syg n suka depa, ramai peminat kt sana.
”Ryan diminati pakistan ‘challo beta’, #theAiritsjourney,” tulis Rita.
Posting berkenaan mendapat reaksi pelbagai peminat dan kebanyakannya terhibur dengan kapsyen yang ditulis Rita.
View this post on InstagramA post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727) on
Foto: Instagram Rita Rudaini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI