Pelawak dan penyampai radio, Fad Bocey telah mengumumkan semalam menjadi hari terakhir dirinya bertugas sebagai penyampai radio ERA.
Kongsi Fad, sepanjang menjadi sebahagian keluarga stesen radio berkenaan, ia merupakan satu momen indah baginya.
Malah, pemilik nama penuh Muhammad Fadzlie Nizam itu juga turut memohon maaf kepada pendengar sekiranya terkasar bahasa sepanjang ke udara, kira-kira sejak tiga tahun lalu.
“Thanks for the memories @era.je ,thank you semua yang dengarkan saya selama saya ke udara, maaf kalau ada salah dan terkasar bahasa ye. #lastday #3years,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata sedih dengan berita tersebut tetapi ada yang turut berterima kasih buatnya kerana telah berjaya menghiburkan pendengar sepanjang berada di konti.
Dalam perkembangan lain, Fad kini sibuk dengan program realiti hiburan, Maharaja Lawak Mega (MLM 2019) berpadu tenaga menerusi kumpulan Bocey bersama Achey dan Abam.
Foto: Instagram Fad Bocey
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI