Pemergian bintang versatil, Adibah Noor pada petang Sabtu sememangnya merupakan satu kehilangan besar buat industri seni.
Ketika ini kisah kematian penyanyi berusia 51 tahun itu terus diperkata ramai orang, lebih-lebih di platform media sosial.
Ketika hayatnya, penyanyi lagu Terlalu Istimewa ini dilihat cukup aktif di laman Twitter.
Meninjau ke aplikasi sosial itu, antara ciapan terakhir yang diciap arwah adalah ucapan memohon maaf kerana dia tidak dapat membantu atas kekangan sendiri.
“Maaf. Kali ni aku tak dapat tolong. Kerana aku sendiri dalam keadaan yg memerlukan. Moga Allah permudahkan urusanmu,” ciapnya baru-baru ini.
Selain itu, Allahyarham juga turut membuat kiriman salam takziah buat keluarga Allahyarham pelawak lagenda, Hamid Gurkha yang meninggal dunia pada Selasa lalu.
Adibah atau nama sebenarnya, Adibah Noor Mohamed Omar menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 7.40 petang Sabtu di Hospital Gleneagles, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Selebriti serba boleh itu menderita penyakit kanser ovari tahap 4 yang didiagnosis pada tahun lalu.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Keramat Permai pada pagi Ahad.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI