Nora Ariffin ada memberi dedikasi serta titipan teristimewa buat anak keduanya, Allahyarham Alif Johan yang sudah pergi mengadap Illahi Disember lalu bersempena dengan ulang tahun kelahiran arwah, semalam.
Menerusi Instagram, coretan yang dibuat penyanyi Renungan Terakhir ini nyata menjentik jiwa sesiapa sahaja yang membacanya.
“Happy birthday yg ke 21 buat anakku Alif Johan. Hanya Doa yg mampu mama berikan. Maaf mama tak dpt cium dahi Alif lagi.
“Moga tenang disana bersama papa. In Shaa Allah kita akan bertemu lagi. Mama rindu Alif. Mama rindu Alif sebagai anak, teman borak, tengok wayang & & etc.
“Miss you my BFF. Nnt kita jumpa lagi ye. Al- fatihah,” tulis Nora.
Manakala, bintang asal Kelantan ini turut berkongsikan beberapa keping foto menerusi entri lain yang merakamkan dia turut menziarahi pusara suami, Allahyarham Johan Nawawi.
Turut kelihatan dalam foto yang dikongsi ialah anak-anaknya yang lain.
“Abang, hari ini ni 7/3 hari lahir anak ke2 kita, Alif Johan tak sempat sambut 21 tahun hari ni.
“Alif juga sudah pergi meninggalkan kami. Anak2 lain, Alhamdulillah semuanya baik2 belaka.
“Syukur pada Allah, dgn kekuatan yg diberi, sokongan anak2, Iman, Putri & fatehah, walau payah, perlahan – lahan i cuba melangkah selagi terdaya menyara hidup & memberi kebahagiaan utk anak2 kita.
“We miss you a lot. Really Miss you. In Shaa Allah kita semua dpt bertemu lagi dijannah. Al- fatihah Johan Nawawi,” titipnya.
Lalu, apa yang dikongsikan Nora mendapat reaksi para peminat. Selain memuji hati si ibu yang cukup kuat, rata-ratanya turut sedekahkan doa serta bacaan al-Fatihah buat dua insan tersayangnya itu.
Terdahulu, arwah Johan yang juga komposer terkenal itu meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun.
Sementara, Alif atau nama sebenarnya Muhammad Syakir Alif Johan turut aktif di arena nyanyian, malah mara sebagai 20 calon protege program Mentor Milenia 2019.
Foto: Instagram Nora Ariffin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bintang remaja Indonesia, Tegar mengumumkan berita gembira yang isterinya kini sedang hamil.
Berita gembira itu dimaklumkan penyanyi lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang itu menerusi satu posting terkini di Instagram miliknya.
Tegar yang kini berusia 19 telah mendirikan rumah tangga dengan pasangannya yang juga bintang YouTube, Sarah Sheilka, 23, pada 20 Mac lalu.
“Alhamdulillah tahun ini diberi rezeki dan kepercayaan sama Allah.
“Di bulan Ramadhan tahun ini Tegar di temenin istri dan alhamdulillah Allah memberi kepercayaan untuk Tegar menjadi seorang Ayah,” tulisnya pada foto dirinya sedang memegang alat ujian kehamilan.
Malah isterinya turut berkongsi foto serupa di Instagram sambil menyifatkan ia rezeki dariNya.
Serentak dengan perkongsian berkenaan, Tegar menerima ratusan komen yang menzahirkan ucapan tahniah buatnya dan isteri.
Terdahulu, nama Tegar mula dikenali ketika usianya 11 tahun selepas kemerduan suaranya sebagai penyanyi jalan menjadi tular, termasuk di negara ini.
Foto: Instagram Tegar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pemergian pelawak popular arwah Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, terus mendapat perhatian sehingga ke hari ini, malah turut mendapat ulasan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Bukan tidak redha akan pemergiannya, namun kebaikan yang dilakukan terlalu banyak sehingga setiap hari ada sahaja perkara baru yang didedahkan.
Jelas Mufti Wilayah menerusi perutusan di laman sosial miliknya, pabila kematiannya disebut-sebut, itulah petanda kematian dan penamat yang baik (husnul khatimah).
Malah, dia turut menitipkan pesanan khas buat anakanda arwah Abam, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bahawa ayahandanya seorang yang baik dan disenangi ramai.
Jelasnya lagi, hatinya cukup tersentuh dengan pemergian pelawak ini dan tergerak hati untuk menziarahinya namun tidak berkesempatan atas kekangan masa. Walau bagaimanapun dia sentiasa mengikuti perkembangan pengurusan jenazah di media sosial.
Terdahulu, pelawak popular Abam yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak awal pagi 10 Februari lalu.
Abam meninggalkan seorang balu, Nor Hidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lapan bulan.
Foto : Facebook Mufti Wilayah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sharifah Sakinah ada berkongsi foto terkininya di Instagram yang mengundang perhatian ramai.
Bintang Girlfriend Dari Neraka itu merakam foto bersama salah seorang peserta program Gegar Vaganza musim keenam (GV6), Jatt Ali dan turut menonton konsert saingan minggu kesembilan, pada Ahad.
“Came to Gegar Vaganza just to support my ex Bro In Law! Cincang lah air tu pakai pisau, ia tak akan putus. Great job abang @jattalibdb,” tulisnya.
Lalu menerusi ruangan komen, para peminat memberikan komen pelbagai. Malah ada yang turut terhibur dengan aksi spontan pelakon terbabit ketika menonton konsert secara langsung di auditorium.
Untuk rekod, Jatt atau nama sebenarnya, Tahir Ali pernah mendirikan rumah tangga bersama kakak Sakinah, Sharifah Shahirah sekitar tahun 1993.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Allisya Tahir.
Bagaimanapun keduanya berpisah pada tahun 1999.
Shahirah kemudiannya berkahwin dengan pelakon Ijoy dan dikurniakan empat orang anak iaitu Airell , 15, Airra, 12, Audra, 10, dan Adeena, 2.
Foto: Instagram Sharifah Sakinah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI