Nora Ariffin ada memberi dedikasi serta titipan teristimewa buat anak keduanya, Allahyarham Alif Johan yang sudah pergi mengadap Illahi Disember lalu bersempena dengan ulang tahun kelahiran arwah, semalam.
Menerusi Instagram, coretan yang dibuat penyanyi Renungan Terakhir ini nyata menjentik jiwa sesiapa sahaja yang membacanya.
“Happy birthday yg ke 21 buat anakku Alif Johan. Hanya Doa yg mampu mama berikan. Maaf mama tak dpt cium dahi Alif lagi.
“Moga tenang disana bersama papa. In Shaa Allah kita akan bertemu lagi. Mama rindu Alif. Mama rindu Alif sebagai anak, teman borak, tengok wayang & & etc.
“Miss you my BFF. Nnt kita jumpa lagi ye. Al- fatihah,” tulis Nora.
Manakala, bintang asal Kelantan ini turut berkongsikan beberapa keping foto menerusi entri lain yang merakamkan dia turut menziarahi pusara suami, Allahyarham Johan Nawawi.
Turut kelihatan dalam foto yang dikongsi ialah anak-anaknya yang lain.
“Abang, hari ini ni 7/3 hari lahir anak ke2 kita, Alif Johan tak sempat sambut 21 tahun hari ni.
“Alif juga sudah pergi meninggalkan kami. Anak2 lain, Alhamdulillah semuanya baik2 belaka.
“Syukur pada Allah, dgn kekuatan yg diberi, sokongan anak2, Iman, Putri & fatehah, walau payah, perlahan – lahan i cuba melangkah selagi terdaya menyara hidup & memberi kebahagiaan utk anak2 kita.
“We miss you a lot. Really Miss you. In Shaa Allah kita semua dpt bertemu lagi dijannah. Al- fatihah Johan Nawawi,” titipnya.
Lalu, apa yang dikongsikan Nora mendapat reaksi para peminat. Selain memuji hati si ibu yang cukup kuat, rata-ratanya turut sedekahkan doa serta bacaan al-Fatihah buat dua insan tersayangnya itu.
Terdahulu, arwah Johan yang juga komposer terkenal itu meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun.
Sementara, Alif atau nama sebenarnya Muhammad Syakir Alif Johan turut aktif di arena nyanyian, malah mara sebagai 20 calon protege program Mentor Milenia 2019.
Foto: Instagram Nora Ariffin