“Maaf Sebab Tak Dapat Berada Di Sisi Jenazahmu,” – Abang Meninggal Dunia, Dj Lin Titip Doa Dari Madinah

Share

Penyampain radio, Dj Lin yang kini sedang berada di Tanah Suci, Mekah berkongsi khabar duka selepas memaklumkan abangnya, Mohd Yusof Abdul Majid telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir awal pagi tadi.

Khabar mendukacitakan itu dikongsikan sendiri oleh Dj Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

Pada masa sama, Dj Lin turut mendoakan semoga kakak ipar dan anak-anaknya diberikan kekuatan bagi menempuh detik sukar ini.

“Al-Fatihah untuk arwah abang saya tersayang, Mohd Yusof bin Abdul majid yang baru saja menghembuskan nafas terakhir jam 5.10 pagi tadi (waktu Malaysia).

“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Semoga Kak Norli dan anak-anak tabah menerima ketentuan Allah yang lebih menyayangi arwah,” tulisnya.

Dalam pada itu, penyampai radio Suria FM itu memohon maaf kerana tidak dapat bertemu dengan abangnya itu sebelum jenazahnya dikebumikan.

“Selamat jalan Usop. Insyaallah di satu ketika kita pasti akan bertemu kembali di alam sana. Maaf sebab tak dapat berada di sisi jenazahmu hanya doa yang mampu aku panjatkan dari bumi Madinah untukmu.

“Dari 10 beradik kini kami tinggal 8 beradik je,” katanya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitip kata-kata seman dan ucapan takziah buat seluruh keluarga Dj Lin.

Terdahulu, Dj Lin memaklumkan dirinya kini akan menunaikan umrah di Tanah Suci, Mekah selepas beberapa hari berada di Madinah.

Dj Lin telah berangkat untuk menunaikan umrah ketika awal Ramadan pada 22 Mac lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Dj Lin

Published by
Aizam Manaf