Penyanyi, Baby Shima akui teruja apabila berkesempatan mendapatkan khidmat nasihat daripada agamawan yang juga mufti negeri Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr. Maza berhubung isu solat serta hal berkaitan agama.
Menurut Shima, dia berterima kasih kepada Dr. Maza kerana sudi meluangkan masa untuk menjawab beberapa soalan yang sering kali bermain di mindanya sebelum ini.
“Dosa antara kita dan Allah, hanya bertaubat kepadaNYA. Dosa menzalimi manusia lain, itu yang sukar dihapuskan melainkan dimaafkan oleh mangsa.
“Alhamdulillah dapat penerangan dari org yang sepatutnya menerangkan pasal solat dan pasal agama, terima kasih @drmaza_official Mufti Perlis atas ilmu yang berguna ini.
“Maaf Shima share kat sini agar dapat memberikan info kepada semua orang dan yang acah-acah Ustaz Ebit Liew ni,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan penyanyi lagu main mata itu menerusi sebuah hantaran yang dikongsikan di laman Instagram.
Pada masa sama, Shima turut dilihat memuat naik beberapa foto tangkap layat yang memaparkan perbualannya bersama Dr. Maza menerusi aplikasi Whatsapp.
Dikesempatan itu juga, penyanyi yang turut aktif di Indonesia ini memberitahu, dia sebenarnya lebih selesa mendengar nasihat daripada individu yang lebih arif berbanding mereka yang hanya menegurnya demi meraih perhatian semata-mata.
“P/s: Saya hanya mendengar nasihat dari orang yang sepatutnya. Bukan dari ustaz ustazah sosial media yang saja untuk komen secara umum dan hanya mahukan perhatian sahaja tetapi hanya omong kosong. Pergi belajar agama lagi.
“Ni baru belajar sedikit dari youtube dah macam pemegang kunci syurga dah setaraf malaikat menentukan syurga neraka, dosa pahala orang lain. Jaga je amalan sendiri,” jelasnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berterima kasih diatas perkongsian tersebut selain turut memuji usaha Shima yang telah membuat rujukan terhadap orang yang lebih arif bila timbul kekeliruan mengenai soal agama.
“Hebatnya dapat tanya direct dengan Mufti Perlis lagi. Terbaik Baby Shima. Ustaz ustzah fake sekalian, fahamkan betul-betul.
“Semoga Shima istiqomah dalam pelukan hidayah.
“It’s okay Shima. Just Allah know you. Abaikan kata-kata netizen dekat luar sama,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Baru-baru ini, nama Shima telah menjadi perhatian selepas ada pihak yang mempersoalkan mengenai ibadah solatnya di aplikasi Tik Tok.
Sumber: Instagram Baby Shima