Baru-baru ini, penyanyi, Nabila Razali telah melancarkan single terbarunya bertajuk Vroom Vroom.
Seperti dijangka, lagu Nabila itu sekali mendapat sambutan hangat daripada pendengar apabila muzik video lagu berkenaan telah mendapat lebih 1.3 juta tontonan selepas hanya seminggu ia ditayangkan.
Malah, lagu tersebut turut tersenarai sebagai antara tiga lagu paling trending ketika ini.
Bagaimanapun, seorang individu di Twitter secara terbuka telah mengkritik nyanyian Nabila dan turut melabelkan suaranya seperti ‘orang bodoh’.
“Suara Nabila Razali ni kenapa macam bodoh sangat? Macam karok pun ada jugak. Gila dah kot boleh jadi artis,” tulis individu berkenaan.
Tidak melatah, ini respon yang diberikan Nabila sejurus menerima tweet tersebut;
Ads
“Maaf la suara saya macam bodoh. Ampun ya sis,” balas Nabila.
Melihat diruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat dan meminta Nabila untuk tidak mempedulikan komen negatif tersebut.
Ads
Paada pendapat MH, tidak salah untuk kita menegur tetapi biarlah teguran itu bertujuan untuk membina dan bukanlah bersifat untuk menjatuhkan seseorang.
Sumber: Instagram Nabila Razali
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara, Mira Filzah mendedahkan dirinya kini sudah pun dipinang seseorang.
Malah bintang ini turut memberi bayangan seolah-olah bakal ada satu majlis istimewa yang akan berlangsung Oktober depan.
“InsyAllah, apa sahaja nanti pun media akan dijemput. Kita ada wakil yang akan melakukan semua itu.
“Dalam tempoh dua bulan ni saya ada juga sibuk mengenai hal lain juga.
“Persiapan sekarang tengah on going. Berapa percent tu saya tak boleh untuk kongsi apa-apa lagi. Masih lagi di peringkat awal,” katanya.
Mira berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media Nurflix.tv di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong, Shah Alam pada Khamis.
Ketika ditanya seolah-okah dia kini dilihat lebih terbuka berkongsi perihal sisi peribadinya di media sosial, ini respon yang diberikan oleh hos Nona itu;
“Tidaklah terbuka sangat. Biasa-biasa sahaja tapi Mira masih lagi keep personal live private juga.
“Status sekarang saya merupakan pinangan orang,” katanya mengenai status diri.
Bagaimanapun, Mira menjelaskan, dia tidak akan sesekali merahsiakan perkara seperti ini daripada pihak media.
Sebaliknya, akan terbuka untuk berkongsi segalanya bila tiba waktunya nanti.
“Sebenarnya perkara-perkara seperti ini Mira diminta untuk keep it low.
“Tapi macam Mira cakap sebelum ini kalau sudah ada perkembangan selanjutnya kita akan bagi tahu.
“Kita tidak akan merahsiakannya daripada pihak media. Tambah pula sekarang ini bila Datuk Seri Ismail Sabri ada bagi tahu kita boleh adakan majlis dengan jumlah kehadiran tertentu, kita akan cuba sediakan ruang dan peluang untuk pihak media.
“InsyaAllah bila tiba masanya kita akan jemput semua dan di situ kita akan jelaskan segalanya,” katanya lagi.
Sebelum ini, hangat diperkatakan di media sosial bahawa Mira akan menamatkan zaman bujangnya bersama pilihan hati Wan Emir Astar pada Oktober ini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Tak ada. Semuanya tak ada.” Demikian jawapan ringkas diberikan aktres, Emma Maembong apabila ditanya sama ada punca perpisahannya bersama bekas suami, Muhammad Shazli Azhar, 36, disebabkan kehadiran orang ketiga atau sebalilknya.
Emma atau Fatimah Rohani Ismail, 32, berkata, dia dan bekas suami bercerai secara baik dan memilih untuk tidak berkongsi lanjut mengenai punca perpisahan secara terperinci.
“Bila ini berlaku (bercerai), keluarga saya pun terkejut dan mereka tanya mengapa. Kata saya, kehidupan berumah tangga bukan mudah. Kami mencuba, kalau ada jodoh alhamdulillah.
“Tak ada gunanya untuk saya kongsi kepada semua mengenai punca perpisahan ini berlaku. Kita perempuan akan ada momen rasa kecewa dan sebaliknya.
“Cuma saya pun tak tahu mengenai jodoh selepas ini. Kalau tiba-tiba jodoh kami kembali? Saya juga yang akan menyesal sebab pernah buruk-burukkan bekas suami.
“Jadi kita teruskan kehidupan masing-masing. Rasa kecewa, sedih atau bahagia, itu semua memang rutin kehidupan. Jadi terus pandang ke depan dan besarkan anak-anak,” katanya.
Emma berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Malam Gala Jangan Pandang Belakang 2 di Starling Mall, Petaling Jaya, pada Rabu.
Ditanya sejauhmana hubungannya bersama bekas suami ketika ini, Emma menjelaskan mereka tetap menjalinkan hubungan yang baik.
“Saya dan Shazli tiada masalah, semuanya okay. Tak ada nak bergaduh kerana kami sama-sama faham. Kita cuba untuk memperbaiki perhubungan sebelum ini. Tapi jodoh sampai di situ sahaja.
“Apa pun, itu bukan penamat. Tidak semestinya bila bercerai, kita perlu membenci atau ‘blocked’ pasangan. Apatah lagi menyeksa mental anak-anak.
“Misalnya bila kita rasa tak puas hati dengan bekas pasangan, tak beri dia jumpa anak. Bagi saya ia bukan satu perkara yang baik. Sebab biarlah anak membesar dengan sempurna.
“Misalnya untuk situasi saya, bapanya ialah ‘hero’ dia sementara mama pula ‘superwoman’. Tak perlu kita bergaduh, berebut anak hingga akhirnya mereka yang jadi mangsa,” katanya lagi.
Terdahulu pada 7 Oktober lalu, Emma mendedahkan dia kini bergelar ibu tunggal selain sudah tamat melalui tempoh idah.
Emma bagaimanapun memilih untuk merahsiakan berita penceraiannya daripada pengetahuan umum terlebih dahulu kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan.
Sementara Shazli pula menyifatkan urusan jodoh pertemuan adalah rahsia Allah dan dia reda dengan segala ketentuan.
Untuk rekod, Emma dan Shazli mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Shariq Gabriel, 4, dan Shakil Aryan Shah yang kini berusia setahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Penyanyi dan pelakon, Linda Rafar telah memuat naik satu rakaman video menerusi akaun Instagram miliknya.
Bintang itu berkongsi momen ketika menyambut hari raya aidilfitri bersama keluarga.
Dalam pada itu, anggota kumpulan ini turut meluahkan rasa sedih apabila menyambut Aidilfitri tanpa arwah ibu, ayah serta anaknya, Rezaimen Kiflin Kifli yang telah pergi buat selamanya.
“Sedih bila raya tanpa mak, abah n arwah memen. Nampak mcm linda happy hakikat sebenar hanya allah sahaja yg mengetahui.
Di samping itu, peminat turut menitipkan kata-kata semangat buat Linda supaya terus tabah dan cekal dalam dugaan kehidupan.
Malah ada yang turut sedekahkan bacaan al-Fatihah buat yang telah tiada.
Terdahulu, Ibu Linda telah pulang ke rahmatullah selepas mengalami beberapa komplikasi termasuk jangkitan kuman dalam darah selepas terkena gigitan serangga 11 Januari 2019.
Sebelum itu, anak kedua Linda telah meninggal dunia ketika berusia 12 tahun pada 6 Julai 2014 akibat penyakit kanser perut.
Video: Instagram Linda Rafar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!