
“Ya saya maafkan awak,” itu antara ayat terakhir bintang virtual, Norreen dengan seorang individu dikenali sebagai Ammin Jalil.
Bagaimanapun, kisah di antara keduanya cukup menarik apabila diketahui, Allayharham Ammin sempat meminta maaf atas isu yang pernah berlaku dengan ibu beranak satu itu.
Malah difahamkan, Allahyarham telah kembali ke rahmatullah kerana terlibat dalam kemalangan di Port Dickson,Negeri Sembilan, Sabtu lalu.
“Alfatihah buat saudara @iamminJalil . Dia baru meninggal dunia, accident di PD. Dia bukan kawan aku, tapi kami ada mengalami sedikit ketegangan dengan sebelum ni sebab arwah rt aku, tapi dia mintak maaf dengan aku and aku tak anggap benda tu perkara berat pun. Cumanya aku trkjut,” tulis Norreen.
Tambah Norreen, dia mendapat berita tersebut dari seorang rakan Allahyarham.
Difahamkan, Allahyarham meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada Sabtu jam 7.20 pagi.
Alfatihah dan salam takziah buat seluruh famili Allahyarham.
Twitter : Norreen, Ammin Jalil
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
RM33,000 Dah Jelaskan, Tapi Vida Buat Keputusan Tak Jadi ‘Potong Usus’; Perkongsiannya Jadi Perhatian

Pengasas kosmetik, Datuk Seri Vida, 51, mengakui perasaan takut yang datang secara tiba-tiba menyebabkan dia mengambil keputusan untuk membatalkan pembedahan bariatrik, enam tahun lalu.
Menurut Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman, dia sudah membayar kira-kira RM33,000 sebagai wang pendahuluan untuk melakukan pembedahan berkenaan.
“Namun, saya batalkan hasrat pada saat-saat akhir kerana takut walaupun wang pendahuluan sudah dibayar. Saya tiba-tiba tak sanggup nak buat (pembedahan).
“Syukur, Allah masih sayang saya. Ketika itu, saya berhasrat nak buat pembedahan (bariatrik) pun sebab teringin nak kurus dan rasa cantik. Ditambah ketika itu, saya juga adalah penaja Gegar Vaganza.
“Selain itu, saya juga terpengaruh dengan rakan-rakan yang melakukan pembedahan itu. Jadi, saya pun mahu mencubanya. Tapi, mujur akhirnya tak jadi,” katanya, petik Harian Metro.
Vida menambah, dia akhirnya memilih untuk menggunakan produk keluaran sendiri bagi tujuan menurunkan berat badan.
Malah dia turut melakukan aktiviti kecergasan sebagai rutin harian.
“Saya hanya nak amalkan guna produk sendiri. Tak perlu bedah. Tapi, kepada rakan usahawan lain, saya ingatkan agar tidak mengambil kesempatan kepada pengguna sekiranya anda kurus secara pembedahan,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kitorang Kurang Kasih Sayang Sejak…” – Sedang Lalui Lumrah ‘Dalam Masjid’, Ini Jelas Shakilla Khoriri

Semenjak kehadiran insan ketiga, Shakilla Khoriri mengakui sukar membahagikan kasih sayang antara suami dan anak.
Malah kadang-kala, dia terasa hati terhadap perkara biasa yang harus ditempuhi setiap hari.
“Last but not least. Aku syak kitaorang anak beranak akan pengsan awal malam ni.
“Anyway saja lah nak share sikit.
Even aku tahu aku tak layak tapi aku tengah melaluinya. Lumrah dalam rumahtangga.
“Pasti kadang ada terluka, terkasar, tersentap, terasa dan segala jenis penyakit hati yang menyakitkan. Tapi itu kan Biasa.
“Yang luar biasa adalah penyakit hati yang pasangan kau duakan kau, berahsia, maki hamun,bertinju dengan kau dan sebagainya. Haaa tu TIADA MAAF.
“Tipu lah kalau aku cakap takde rasa sakit hati dengan Fizi tu. Lagi2 sejak ada anak ni lebih2 perangai dia. Aku gerammmmm jeeee….Fikir apa nak buat. Tapi…. aku pun sama naik.
“Kita orang kurang kasih sayang dan jadi attention seeker sejak kasih dan sayang banyak tercurah dekat Ameena sofia.
“So maafkan Fizi. Dia memang dilahirkan untuk menjengkilkan orang. Maafkan aku kerana aku punya sabar penuh didada sejak jadi MAK ni. Maafkan kami.
“Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin.
Sayang Semua,” luahnya.
View this post on InstagramA post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri) on
Tambahnya lagi, melayan karenah anak kadang kala membuatkan mereka terlepas pemandangan indah untuk dipotretkan bersama sebagai kenangan. Namun, sebenarnya, inilah memori indah yang terpahat dalam hati.
“Bila bercuti berdua (tambah seketul) ni memang kau akan terlepas banyak view cantik untuk bergambar.
Tercari2 orang.
Setakat you ambil gambar i,
i ambil gambar you, OK takde masalah.
Tapi view yang cantik mestilah kau nak abadikan dalam instagram !
“Ni view tak cantik dan orang bawa buggy yang tolong ambilkan.
backlight kaw2 yang kau terpaksa naikkan brightness.
Ceh ! tapi syukur, alhamdulillh ada juga orang sudi ambilkan.
“Biarlah view yang cantik tu.
Biar kitaorang simpan dalam hati dan jadi kenangan bersama tiga beranak..
“Raya sudah,
Holiday sudah,
Penat sudah,
Semua sudah.
Esok Fizi dah masuk conty radio balik.
“Aku.
Berperang mengemas rumah,
membasuh, menyusun, menyapu, semua lah.
Pokok bunga pun hidup segan mati tak mau dah kat luar tu.”
View this post on InstagramA post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri) on
Foto : Instagram Shakilla Khoriri
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Terperangkap Dalam Dunia Permainan, Apa Kesudahan Siri Take CTRL?

Setelah lima minggu bersiaran menemui penonton, siri komedi keluarga berjudul Take CTRL bakal melabuhkan tirai dan episod akhir akan ditayangkan pada Sabtu ini.
Bagi anda yang masih belum atau baru mengikuti siri komedi ini, Take CTRL merupakan sebuah drama bergenre sains fiksyen yang menceritakan kisah sebuah keluarga menghadapi pelbagai konflik dan rintangan setelah terperangkap di dalam dunia permainan.
Siri komedi sebanyak enam episod ini telah dibintangi pelakon Shaheizy Sam memegang watak sebagai Papa manakala Hana Nadira pula sebagai Mama.
Di samping itu, Take CTRL turut dijayakan bersama beberapa para pelakon pelbagai bangsa antaranya bintang Maharaja Lawak Mega (MLM) Prakash, Chi Ho, Jinnyboy dan ramai lagi.
Menerusi episod terdahulu, Papa bersama Mama masih lagi terperangkap dan ada satu watak misteri yang akan muncul membantu Sky dan Ram untuk selamatkan mereka berdua.
Adakah mereka bakal berjaya untuk menyelesaikan tugasan dan menamatkan permainan tersebut? Sama-sama kita saksikan episod akhir Take CTRL yang bakal bersiaran jam 9 malam di saluran TA-DAA (612), pada 5 Mac ini.
Terlepas Masih Ada Peluang Menonton
Manakala buat anda pelanggan ASTRO yang sebelum ini terlepas menyaksikan Take CTRL
jangan kecewa. Anda juga masih boleh menyaksikannya dengan hanya strim pada bila-bila masa di On Demand dan Astro GO.
Untuk maklumat lebih lanjut, klik di sini.
#WithControlComesChaos #TADAA #CH612 #OnDemand #UltraBox #EntertainmentPack
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI