“Maafkan Daddy Sebab Lepas Ni Jarang Tengok Ayesha Dan Kakak-Kakak…,” – Pasca Cerai Isteri Dalam Pantang, Daus Eli Titip Pesan Buat Anak

Share

Selepas dilapoarkan sudah berpisah dengan isteri lebih dua minggu selepas kelahiran anak bongsu mereka, penyanyi Daus Eli ada menitipkan pesan dan dedikasi terhadap anak bongsunya, Ayesga Sheraz.

Perkongsian tersebut dimuat naik Daus atau nama lengkapnya, Muhd Shahril Firdaus Eli menerusi Instagram yang dikemas kini.

“Assalamualaikum kesayangan Daddy Ayesha Sheraz.. semoga menjadi anak yang solehah,taat kpd perintah Allah okay syg.

“Maafkan daddy lepas ni jarang tgk Ayesha & Kakak2..InsyaAllah janji daddy lepas ni akan jalankan tggjwb dgn sebaiknya utk anak2 daddy..Allah tgh menguji.

“Doakan Ddy berjaya didunia & diakhirat..maafkan semua kesalahan ddy bila Ayesha & kakak2 dah besar nnt.. mereka mampu berkata apa2..ddy x kesah dah.. yg penting ddy dah usaha utk perbaiki keadaan.. dah besar nanti jg mama elok2 k? jgn buat mama sedeh.. ddy sayangkan anak2 ddy dunia akhirat,” tulisnya.

Beberapa hari lalu, media melaporkan pelajar Akademi Fantasia musim kelapan ini sudah bercerai dengan isterinya, Syaza Shamimi Jalaludin Khan dengan talak satu.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Foto: Instagram Daus

 

Published by
Rafiq Mazlan