Baru sahaja selesai menyempurnakan jenazah anaknya yang meninggal dunia sewaktu dalam kandungan, Datin Almy Nadia menyatakan dia perlu terus kuat untuk suami dan anak-anak.

Jelasnya, walaupun sedih, namun dia reda dengan takdir yang ditetapkan Allah SWT.

“Alhamdulillah selesai dgn sempurnanya.. al fatihah.. tenang disana wahai anakku.. allah lebih sygkan kami wahai anakku.. mama tak kuat syg.. tp mama kena kuat demi kakak kakak kamu.. mama tahu papa sedih.. cuma papa tak tunjuk.. maafkan mama syg @fizzfairuzofficial .. maafkan mama wahai anakku MOHAMMAD .. jumpa disana,tunggu mama dan papa di sana.. AL FATIHAH,” jelasnya.

IKLAN

Difahamkan, kandungan Almy telah meninggal dunia ketika berusia 14 minggu.

IKLAN

Terdahulu, Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 5, Nurr Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 2 dan seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.

IKLAN

Foto : Instagram Fizz Fairuz

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI