Setelah sebulan bergelar isteri kepada pengacara Nabil Mahir, penyanyi dan pelakon popular, Ayda Jebat ada berkongsi satu rakaman video saar mereka diijabkabulkan 1 Januari lalu.
Majlis pernikahan yang diadakan dalam norma baharu di sebuah majlis di ibu kota itu menyaksikan ia dirai secara sederhana tetapi bersama keluarga.
Malah, Ayda yang kini sinonim menerusi lagu Parah Parah ini turut memohon maaf kepada tetamu andai ada kekurangan di majlis pernikahannya yang lalu.
“Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua. Di sini ada sedikit kenangan yang ingin dikongsi bersama semua keluarga & peminat yang tak dapat bersama untuk menyaksikan hari pernikahan kami.
“Doakan yang terbaik buat kami, insyaallah yang baik juga datang kepada anda, pasangan & keluarga.
Ads
“Maafkan segala kekurangan & kekhilafan kami. We love you. Selamat menonton video penuh di Youtube atau click link di bio,” tulisnya.
Dalam pada itu, Ayda mengakui dirinya kini berasa lebih bahagia dan penuh dengan rasa kasih sayang selepas bergelar isteri.
“Wuvv! Happy one-month anniversary, my darling lover. It’s been filled with fun, laughter, and plenty of love.
Ads
“I hope I’m lucky enough to be able to say happy anniversary to you for many more months, and many more years, too. You’re the love of my life. Video by @cstproduction#BilAydaJatuhCinta #AydaJebat #NabilMahir #AJNM,” tulisnya lagi.
Ads
Sekadar informasi, Ayda telah mengikat tali pertunangan bersama pengacara Nabil Mahir pada 28 April lalu.
Pasangan ini telah sah bergelar suami isteri dan melangsungkan majlis pernikahan pada 1 Januari 2021.
Foto: Instagram Ayda Jebat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan buat pelakon Jehan Miskin yang kini bergelar bapa apabila isteri tercinta, Julie Camelia Rhee telah pun selamat bersalin bayi lelaki.
Berita gembira itu dimaklumkan Jehan menerusi posting di akaun Instagram Jehan pada Ahad, sekali gus berkongsi nama permata hatinya.
“Welcome to Planet Earth my son, Axel Nova Rhee Bin Jehan, first of my name.
“Born just past midnight on the 9th day of CNY, with fireworks all around, you are truly a miracle,” tulisnya sambil disusuli dengan hashtag #babyaxelnova, #rojakbabyboy, #babydaddyjay dan #20022021.
Lalu, hantaran berkenaan turut dihujani dengan ucapan tahniah dari rakan-rakan artis dan pengikutnya.
Terdahulu, Jehan dan Julie mendirikan rumah tangga pada Mei 2013 dan Jehan sebelum ini pernah berkongsi mengenai kehamilan isterinya selepas tujuh mendirikan rumah tangga.
Foto : Instagram Jehan Miskin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Kalau saya lambat seminit, mungkin saya tak dapat nak selamatkan mummy”
Itulah perkara yang bermain difikiran pelakon, Alif Muhaimin sewaktu dia bergegas pulang selepas mendapat perkhabaran daripada ibunya yang terperangkap di dalam rumah mereka yang sedang dijilat api pada Isnin.
Menurut Alif, kediaman mereka yang terletak di Kelana Jaya itu dilaporkan mula terbakar pada jam 3.50 petang dan ibunya memaklumkan perkara tersebut melalui grup WhatsApp.
Sebaik mendapat tahu mengenai perkara tersebut, Alif dan adik-beradik lain langsung bergegas pulang ke rumah.
“Saya tak tahu nak gambarkan betapa paniknya saya ketika itu. Mummy pula memang sorang-sorang dan dia bagitahu dia tersekat dekat rumah.
“Saya bawa kereta macam orang gila. Dekat lampu isyarat pun saya dah tekan-tekan hon dan potong semua kereta yang ada. Ketika itu, otak saya berfikir kalau terlambat satu minit, saya mungkin tak sempat nak menyelamatkan ibu saya,” katanya ketika dihubungi MH.
Jelas juara Hero Remaja 2017 ini lagi, adik perempuannya merupakan orang pertama yang sampai ke rumah mereka dan dia nekad memanjat pagar untuk membuka pintu bagi mengeluarkan ibu mereka.
Lantaran itu, tangan adiknya, Hazirah dilaporkan melecur tetapi ibu mereka berjaya dikeluarkan dengan bantuan Alif.
“Dalam 30 minit, pihak bomba sampai dan berjaya memadamkan kebakaran. Alhamdulillah, tiada seorang pun dalam keluarga saya yang berfikiran negatif. Mereka semua nampak okay dan masih boleh tersenyum.
“Mungkin ini yang kami tunjukkan di luaran. Dalam hati, kami sahaja yang tahu. Saya pun kerap ingatkan mereka bahawa setiap yang berlaku ini ada hikmahnya. Nampak mummy sihat, itu sudah cukup melegakan hati kami.
“Bila ramai yang hantarkan mesej untuk bertanya mengenai keadaan saya sekeluarga, saya akan bagitahu yang kami sekeluarga okay sahaja. Mungkin Allah nak gantikan banglo untuk kami,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Alif turut mendedahkan dia sekeluarga terpaksa memohon bantuan memandangkan rumah mereka tidak dilindungi insuran.
“Sejujurnya kami berat hati nak minta sumbangan sebab selagi kami mampu, kami akan cuba usahakan sendiri untuk baik pulih rumah kami.
“Namun, rumah ini dah lama sangat dan tiada insuran. Pihak bomba pun mengatakan memang tak boleh nak buat apa dan kami perlu keluarkan kos sendiri.
“Jadi, kami terbuka untuk menerima sumbangan. Kalau ada, kami terima. Kalau tiada, tak mengapa,” ujarnya lagi.
Tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi, pelakon drama Setelah Terlafaznya Akad ini memaklumkan dirinya kini sedang berusaha untuk mendapatkan bantuan daripada pihak-pihak berwajib.
“Selepas kejadian kebakaran ini, saya terus buat laporan polis dan ambil butiran ahli keluarga.
“Kemudian, saya pergi mohon bantuan daripada pusat zakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Selangorku dan Keadilan. Saya tak berharap tetapi saya akan terus usaha.
“Kalau tiada bantuan pun, rumah ini pasti akan dibangunkan semula tapi mungkin akan mengambil masa yang sangat lama,” akhirinya.
Terdahulu, pihak bomba memaklumkan insiden kebakaran tersebut berlaku disebabkan litar pintas berikutan hujan lebat beserta kilat pada petang semalam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Alif Muhaimin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof menyeru orang ramai membantu kanak-kanak berusia dua tahun, Mohammad Bilal Yusra yang kini terlantar akibat menghidap Alobar Holoprosencaphly atau kecacatan tempurung kepala.
Menerusi video yang dikongsikan di laman Instagram miliknya, pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu berharap, masyarakat dapat menyalurkan sumbangan bagi membantu menampung kos perubatan selain mendoakan kesihatan adik Bilal.
“Ada ketumbuhan dekat kepalanya. Mohon boleh semua doakan adik ini. Doakan kesejahteraan semoga dia boleh cepat sembuh.
“Doakan ya semua. Memang kesian. Sesiapa yang mampu boleh sedekah untuk membantu.
“Tapi bukan sahaja duit, mohon doakan yang terbaik untuk adik itu yang ada ketumbuhan di kepalanya.
“Saya mohon sangat kita satu Malaysia doakan dia. InsyaAllah,” katanya.
Perkongsian Syamsul itu mengundang perasaan sebak di kalangan pengikutnya yang sedih dan terkesan melihat penderitaan Bilal.
Penyakit Bilal dilaporkan semakin kronik apabila kepalanya membesar hingga mencecah berat 28 kilogram (kg).
Selain menghidap kecacatan tempurung, anak kecil itu turut mempunyai masalah jantung berlubang selain tidak dapat melihat dan sumbing sejak lahir.
Bapanya, Mohammad Azhar Arzemi, 30, yang sebelum ini pernah bekerja sebagai tukang rumah dan ibu Bilal, Nurul Izzati Adawiyah Mohd Zaidi, 25, yang pernah menjadi pembantu klinik terpaksa berhenti kerja bagi menjaga anak-anak mereka.
Anak sulung pasangan tersebut, Nur Khaulah Al-Azwar juga adalah anak istimewa yang mengalami masalah pendengaran dan sakit tulang belakang.
Malah sebelum ini mereka memaklumkan terpaksa menjual barangan peribadi bagi mencari sumber kewangan.
Penyanyi Ronnie Hussein tidak menafikan penyertaannya dalam program Gegar Vaganza (GV) musim ke-11 yang akan memulakan saingannya Ahad ini sebagai platform terbaik untuknya membuktikan...