Pelakon dan penyanyi Elly Mazlein yang kini sedang berbadan dua dilihat sudah mulai membuat persiapan bagi menyambut ahli baru dalam keluarganya tidak lama lagi.
Menerusi entri di Instagram, Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi berkongsi sekeping foto yang memaparkan dua buah katil yang tempah khas bagi kegunaan bayi yang bakal lahir serta anak perempuannya, Putri Sara Sefhia.
Mencuri perhatian ramai apabila pelakon drama bersiri Kampung People ini dilihat menempah dua buah katil berwarna merah jambu dan biru.
“Alhamdulillah katil Manja & baby dah 50% siap. Tunggu hasilnya nnti ya Tq @impian_home love sangat,” tulis Elly.
Melihat di ruangan komen, ada warganet yang tidak sabar menantikan bayi yang bakal lahir selain ada juga yang berteka-teki mengenai jantina bayi yang dikandung.
“Baby boy keeee,” tanya peminat.
“Wahh boboy nanti, kedai perabot mana ni kakak lina,” tulis lagi seorang peminat.
“Macam baby boy je… ,” teka seorang peminat lain.
“Awww baby boy ke,” tanya seorang peminat.
Untuk rekod, Elly pernah berkahwin dengan pengarah, Azmi Hatta pada 2014, namun bercerai pada 2015 ketika hamil empat bulan.
Mereka dikurniakan seorang cahaya perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini mencecah usia lima tahun.
Selepas itu, Elly mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Mohamad Azlan Che Noh pada Januari 2020 dan disahkan hamil anak kedua pada April lalu.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Foto: Instagram Elly Mazlein