Mengenakan baju raya sedondon dalam rona jingga  bersama suami dan putera ciliknya, penampilan pelakon Mia Ahmad nyata mencuri tumpuan peminat.

Kekal menawan meski sedang hamil anak kedua, usia kandungan pelakon Hati Perempuan itu kini hampir mencecah 36 minggu.

Menerusi salah satu postingnya di Instagram, bintang ini turut memohon doa agar semuanya dipermudahkan buat dirinya serta bayi yang dikandung.

IKLAN

“Can’t believe this pregnancy journey is coming to an end. We are so ready to meet you baby!

“But the nerves are definitely setting in! Pray for me and the baby okay! Selamat Hari Raya once again!,” tulisnya.

IKLAN

Serentak dengan perkongsian tersebut, rata-ratanya menyampaikan ucapan salam Syawal buat Mia selain mendoakan agar proses bersalin nanti dipermudahkan.

“Macam Baby Girl Je Tu,” – Issa Bakal Jadi Abang, Penampilan Terkini Mia Ahmad Curi Perhatian. Dijangka Bersalin Anak Kedua Jun Depan “Macam Baby Girl Je Tu,” – Issa Bakal Jadi Abang, Penampilan Terkini Mia Ahmad Curi Perhatian. Dijangka Bersalin Anak Kedua Jun Depan “Macam Baby Girl Je Tu,” – Issa Bakal Jadi Abang, Penampilan Terkini Mia Ahmad Curi Perhatian. Dijangka Bersalin Anak Kedua Jun Depan

IKLAN

Terdahulu, Mia mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak, Mohd. Izham Tarmizi.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki, Sayf Issa pada September 2018 lalu dan sedang menantikan kelahiran permata hati kedua mereka, Jun depan.

Foto: Instagram Mia Ahmad

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI