Pelakon jelita, Amyra Rosli telah memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli telah menitipkan kata ucapan sempena hari jadi anaknya, Aqeef Anaqi yang kini sudah berusia 2 tahun.
Difahamkan, aktres drama bersiri Nur itu kini berada di tanah suci Mekah bersama suami dan anakya untuk menunaikan ibadah Umrah.
“Happy birthday anaqi!! (Mommy baru lah nak sempat wish birthday kat anak bujang sorg ni..)
“Untungnya kamu wahai anak dpt sambut hari lahir dekat rumah Allah.. awal sungguh anaqi menyahut panggilan Allah..
Ads
“Mcm baru je smlm anaqi dlm labour room dgn mommy, daddy @amarbaharin n dr @_s__e__r__i_ .
“Haaa x nak la type panjang2 nnti mommy nangis
“Moga allah sentiasa melindungimu wahai anak.. SAYANG ANAQI,” tulisnya.
Kalau anda penggemar siri asal Charmed, pasti kenal benar dengan Shannen Doherty yang membawa karakter Prue Halliwell yang merupakan kakak sulung dari tiga beradik ahli sihir yang baik.
Sempena dengan bulan Oktober yang merupakan bulan kesedaran kanser payudara, pelakon ini telah berkongsi kisahnya dalam melawan penyakit tersebut. Pada tahun 2015 dia telah disahkan menghidap kanser payudara yang kemudiannya merebak ke bahagian nodus limfa.
Sehingga kini dia masih lagi bergelut dengan penyakit tersebut apabila disahkan sudah berada di tahap empat. Namun dia kekal positif dalam menghadapi rawatan dan dugaan bagi memastikan kesihatannya kembali pulih.
Dalam satu hantaran di laman Instagram, wanita berusia 50 tahun ini memuat naik gambar wajahnya yang pucat, botak dan keadaan hidung berdarah kesan dari proses radioterapi dan kemoterapi yang dilalui.
Kongsinya, “Untuk bulan kesedaran barah payudara, saya ingin berkongsi lebih banyak perjalanan peribadi saya dari diagnosis pertama hingga kedua. Adakah semuanya indah? TIDAK! Tetapi benar dan harapan saya untuk berkongsi agar kita semua menjadi lebih berpendidikan, lebih memahami apa sebenarnya kanser.
“Saya harap saya berjaya mendorong anda untuk mendapatkan mamogram, melakukan pemeriksaan berkala, untuk mengatasi rasa takut dan menghadapi apa sahaja yang mungkin ada di hadapan anda.”
Bercerita dengan lebih lanjut, Shannen juga mengimbau kembali kenangan dia ketika mula-mula mengetahui dirinya menghiadapi penyakit ini dan apa yang dilakukan untuk kekal positif dan melihat sesuatu perkara dengan pandangan yang penuh dengan kebaikan agar membantu kesihatan mentalnya.
Ujarnya, “Pada tahun 2015 saya disahkan menghidap barah payudara. Saya menjalani mastektomi (proses buang payudara) dan melakukan kemoterapi dan radioterapi. Saya mengalami banyak pendarahan hidung dari kemoterapi. Tidak pasti jika ada di antara anda yang mengalami ini. Saya juga terlalu letih. Saya menggembirakan diri dengan mengenakan baju tidur lucu yang diberikan oleh rakan saya, Kristy. Adakah perkara itu benar-benar menghiburkan saya? Ya!
“Saya kelihatan tidak masuk akal dan dalam keadaan tidak masuk akal itu, saya mentertawakan diri sendiri. Mencari perkara melucukan membantu saya melalui apa yang kelihatan mustahil.”
Sumber: Instagram Shannen Doherty
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Aktres Nora Danish menganggap hantaran Insta Story rakan selebriti Zarina Anjoulie yang secara terbuka menyatakan rasa rindu terhadap bekas suaminya Nedim Nazri sebagai luahan seorang sahabat.
Menurut Nora, sejak Nedim dirawat di hospital, ramai kenalan yang turut perihatin dan mengambil berat tentang keadaan kesihatan bekas suaminya itu.
“Mereka sebenarnya sudah berkawan lama malah sebelum kehadiran saya lagi. Keduanya sudah macam kawan rapat. Saya tiada masalah dengan Zarina Anjoulie. Hubungan kami baik.
“Bila Anju berkongsi hantaran tersebut, saya anggap seperti seorang kawan yang merindui sahabatnya. Ditambah pula Nedim sedang sakit ketika itu. Malah, memang ramai yang merindukan Nedim.
“Jika hantaran tersebut mempunyai niat yang lebih pun, saya tak kisah,” katanya ketika ditemui pada sidang media drama rantaian Perang Nasi Dagang di Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala lumpur, pada Selasa.
Pada masa sama, pelakon filem Polis Evo 3 ini turut mengulas mengenai hantaran di media sosial yang menafikan dakwaan dirinya kini tinggal sebumbung dengan Nedim.
“Itu komen yang tidak baik. Ramai yang DM saya untuk bercakap hal ini. Yang buat saya tambah kesal, mereka yang bercakap itu adalah kawan-kawan.
“Ketika Nedim sakit, kami baru bercerai secara baik. Saya pula menjaga Nedim di hospital. Kami sudah hidup bersama hampir 11 tahun dan kami sudah biasa bersama. Kalau dia sakit selama ini, memang saya yang jaga.
“Bila saya jaga Nedim, ada pula yang kata kami sudah kembali bersama. Ditambah pula saya sudah berhijab, mereka buat persepsi sendiri.
“Ada kata kami sudah rujuk dan tinggal sebumbung. Sebab itu saya perlu memberikan kenyataan tersebut,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini memaklumkan dirinya kini mahu memberikan sepenuh tumpuan terhadap proses hijrah dan belum berfikir soal jodoh.
“Ramai yang doakan agar kami kembali bersama tapi buat masa sekarang, itu bukan hal yang saya fikirkan. Saya kini mahu fokus dengan penghijrahan saya.
“Sesuatu keputusan yang saya buat bukan mudah. Saya sudah fikirkan terlalu lama. Bila keputusan itu dibuat saya akan pastikan itu adalah hal yang saya inginkan.
“Namun, kita tak tahu apa jadi pasa masa hadapan. Kalau Allah kata itu jodoh saya, saya terima. Saya pun tidak mahu beriya-iya katakan tidak. Buat masa ini saya tetap dengan keputusan saya,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!