“Macam Best Pulak Jadi DJ Ni, Tapi Bila Fafau Cakap…” – Sejurus Dengar Penerangan Fara Fauzana, Azhan Rani Lupakan Hasrat Duduk Konti Sebab…

Share

Pelakon, Azhan Rani menyatakan hasratnya untuk menjadi penyampai radio.

Impian itu dikongsikan Azhan Rani ketika bertemu secara empat mata dengan penyampai radio, Fara Fauzana di konti Hot FM pada pagi Jumaat.

Bagaimanapun, sejurus mendengar perkongsian Fara atau lebih mesra dengan sapaan Fafa, bintang drama bersiri, Nur ini terpaksa melupakan perkara tersebut.

“Dah lama tak dijemput datang ke sini. Dok depan mic je aku feeling macam DJ. Macam best pulak jadi DJ ni.

“Tapi bila @therealfafau cakap tiap pagi pukul 4 dah kena bangun tido, aku kata bye2 la. Kalau tak memang aku siap bawa toto dengan bantal kat studio ni.

“Thank you jugak #rakyatrangers yang ajak sembang2 pasal mini drama @foodpandamy pagi ni #deliverykehatiseri yang akan mula ditayangkan @tv3malaysia bermula 11 october ini jam 7:58 sebelum buletin utama,” tulisnya.

Pada masa sama, Azhan turut berkongsi lanjut mengenai pelakon lain yang turut sama terlibat di dalam projek berkenaan.

“Ia sebuah drama 2 minit yang sangat indah. Tunggu! #takkantaktahu #foodpandamalaysia #tangerinepictures,” tulisnya menerusi satu hantaran di akaun Instagram.

Foto: Instagram Azhan Rani, Fara Fauzana

Published by
Nazar Rafiqhi