“Macam Bilik Tidur 5 Star Hotel, Lagi Besar Dari Ruang Tamu Aku,” – Luah Fasal PKP, Tapi Tandas Aliff Syukri Yang Mega ‘Pancing’ Mata Ramai!

Share

Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri menzahirkan luahan rasanya terhadap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dikuatkuasakan di seluruh negara ketika ini.

Kongsi Aliff menerusi kapsyen panjang lebar di Instagram, dia mengakui kian bosan untuk duduk di rumah kerana ia secara tak langsung boleh menjejaskan komitmen bisnesnya yang melibatkan beratus-ratus kakitangan.

“Ini bukan effects veksin ini effects pkp. Pak menteri bila ya nak habis pkp ni???? Sy segan nak tnya tpi sy dah x boleh tahan.. sy dah bosan dok rumah.

“Kalau lama lagi mudarat sy lah mcm ni pak menteri. Kesianlah dengan keluarga saya dan kakitangan saya yang ada beratus2 org ini, saya harap belas kasihan daripada pak menteri.

“Saya ni nampak sahaja happy. Tapi bila dah PKP terlalu panjang inilah jadinya dalam bilik air pun boleh berjoget nak menggembirakan hati yang sedih sebab PKP yang bersambung lagi. Nak buat macam mana kenalah ikut arahan kerajaan.

“Tapi bangunan sy yg byk siapa nak bayar? Gaji staff? Iklan? Resort sy? Bisnes? Binatang? Smua nak makan dan pakai duit,” tulisnya.

Dia pada masa sama turut simpati dengan pelbagai kisah yang menimpa sesetengah individu ketika ini.

“Jauh di sudut hati saya kesian sangat tengok orang kena buang kerja dengan jumlah penceraian yang banyak dan jumlah orang bunuh diri lagi hari2..dan duit jatuh lagi.

“Bisnes sy import esport pun teruk. Pening kepala dan tabahkan sahajalah. Apa apapun kita happykanlah diri.

”Jika bukan kita yang happykan diri, siapa lagi kan.. sy amat terkesan korang mcm mana?? Cuba kongsikan masalah korang?,” tulisnya lagi.

Bagaimanapun meninjau ke ruangan komen, warganet memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian pengasas kosmetik yang pernah melahirkan beberapa single lagu itu.

Antaranya, ada yang berseloroh bertanya sama ada video tarian yang dimuatnaik adalah kesan sampingan dos suntikan vaksin dan sebagainya.

Paling menarik perhatian, ada juga yang kagum memlihat ruang bilik airnya yang ‘mega’ dan luas!

“Doakan kami dapat bilik air cantik macam ni, insya-Allah amin,” doa seorang pengguna Instagram.

“Fuh bilik air Dato macam bilik tidur 5 star hotel,” puji seorang warganet lain.

“Cantiknya bilik air Dato,” ringkas komen yang diberikan warganet.

“Astaga tandas dia lagi besar dari ruang tamu aku,” respon daripada sorang warganet.

“Ni kalau gado laki bini, dok dalam bilik air lelama pun takpe. Bawak bantal selimut masuk sejali, xsedar dah lena,” reaksi seorang lagi warganet.

Sehingga kini, video yang berlatarbelakangkan lagu PKP itu sudah pun menerima lebih 300,000 tontonan bersama ribuan komen.

Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

Published by
MH