
Penyanyi senior, Salwa Abdul Rahman menitipkan kesyukuran apabila anak bongsunya, Putera Sufrie Nizam kini diilantik sebagai Pengarah Urusan Perusahaan Subar Sdn Berhad menggantikan suaminya, Subadron Abdul Aziz.
Jelas penyanyi yang popular dengan lagu Satu Dua Kau itu, sudah sampai masanya untuk si anak mengambil alih syarikat dan belajar selok belok perniagaan supaya suaminya dapat berehat.
“So Sweet! Dua Beranak Nih!! Usahakan Syarikat Papa Agar Lebih Sukses! Anakku!
“Sampai Masanya Azam Belajar & Ambil Alih Syarikat! Papa !! Bagi Papa Berehat Ok!” kongsinya.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah dan tidak kurang juga ada yang menyatakan situasi itu seperti yang selalu ditonton dalam drama Melayu di kaca televisyen.
Pasangan itu selama 27 tahun sejak 1991 dan hubungan mereka diperkukuhkan dengan kehadiran dua cahaya mata iaitu Puteri Sulaikha, 22, dan Putera Sufrie, 19.
Foto : Instagram Salwa Abdul Rahman
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Wanita Ni Lupa Nak Jatuh Cinta Pada Diri Sendiri,” – Joy Revfa

Asyik mencintai orang lain sehingga lupa cintakan diri sendiri. Begitulah kata usahawan, Joy Revfa apabila segelintir wanita lupa untuk mencintai diri sendiri.
Tegasnya, mulai sekarang, terima diri seadanya dan buat pilihan yang terbaik untuk diri sendiri.
“Kadang2 kita wanita ni lupa nak jatuh cinta pada diri sendiri.
“Bit NOW please love yourself, Please accept yourself more, Please make the right choices, Please know what is good for you, and please, please know that you are not alone,” jelasnya.
Malah ulas bekas isteri kepada Hafiz Hamidun ini lagi, mereka yang menyayangi diri sendiri akan lebih menarik minat insan sekeliling.
“Remember, When you love yourself more,
you GLOW FROM INSIDE, you ATTRACT PEOPLE who love, respect & appreciate your energy.
“Be magnetic. Segalanya bermula dari kita yg mencintai diri sendiri terlebih dahulu, termasuk kelebihan & kekurangan diri sendiri.. Cuba & terus mencuba merasakan diri kita itu ber VALUE, WORTHY & LAYAK utk lebih baik dari yang sebelum ini.
“Mari sama2 kita, Jaga KECANTIKAN diri sendiri, Jaga KULIT WAJAH diri sendiri, Jaga KESIHATAN diri sendiri, Jaga TUBUH BADAN diri sendiri, jagaPENAMPILAN diri sendiri,Jaga SIKAP diri sendiri, Jaga PERTUTURAN diri sendiri,” tulisnya lagi.
Ulas ibu kepada seorang anak ini lagi, bagaimana mahu mencintai insan lain jika tidak menyayangi diri sendiri.
“Cintailah diri sendiri terlebih dahulu sebab, kalau saya pun tak mampu mencintai diri saya sendiri, mcm mana saya nk mencintai awak?
“Eh! terbuat pickupline la pulak, JoyRevfa,” jelasnya panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by Founder of MERVE since 2015 (@joyrevfa) on
Foto : Instagram Joy Refva
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bad Tak Suruh Saya Kerja, Tidak Juga Menghalang, Semua Ni Saya Yang Nak Buat,” – Ashira Aziz Perjelas Kekeliruan

Penyanyi Ashira menjelaskan dia bukan terpaksa sebaliknya dia sendiri yang mahu bekerja.
Penjelasan tersebut dibuat Ashira,37, atau nama sebenarnya, Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz menerusi kenyataan yang dimuat naik di Insta Stories semalam.
Ia dipercayai susulan tindakannya yang difahamkan telah bekerja dengan mengambil upah cuci pinggan serta ambil dan menghantar pesanan makanan di Puchong, Selangor.
Meski berterima kasih atas keprihatinan semua, penyanyi yang popular menerusi lagu Di Ombak Resah itu bagaimanapun memohon agar tidak lagi ‘menanda’ beberapa nama di media sosianya memandangkan dia masih boleh berusaha.
“Ok first saya tak terpaksa, tiada yang paksa. Saya yang nak kerja, ok?
“Second…boleh tak tolong jangan ‘tag-tag’ orang itu ini untuk beri bantuan kat saya? Saya tak memerlukan. Sungguh, saya sihat Iagi boleh usaha sendiri. Thank you atas keprihatinan korang. Tapi tolong saya ok?,” tulisnya.
Ashira pada masa sama menambah, apa yang dilakukan bukan disebabkan masalah kesihatan yang ditanggung suami, penyanyi Bad Indigo ketika ini.
“Third. Jangan salah sangka atau mudah percaya dengan tajuk. Saya kerja bukan sebab Bad sakit, atau dia suruh, atau saya terpaksa.
“Bad tidak suruh saya kerja, tidak juga menghalang. Semua ni saya yang nak buat. Boring duduk rumah jer kena keluar jugak supaya minda sihat,” tulisnya.
Malah, Ashira turut menjawab pertanyaan segelintir pihak berhubung ke mana duit yang diterima ketika menyertai program Gegar Vaganza (GV).
“Last… ada pulak yang tanya mana duit GV? Ok nak ingatkan saya nombor tujuh tau. Lepas tu GV dah setahun berlalu.
“Terima kasih semua yang mendoakan saya. Jangan risau saya ok. Semoga hari ni lebih baik dari semalam untuk anda semua dan semoga Allah permudahkan segala urusan korang, amin,” tulisnya lagi.
Terdahulu media melaporkan, Bad atau nama sebenarnya Badrol Izhan Yeop Abdullah, 46, berdepan kesukaran apabila lima jari kaki terpaksa dipotong akibat penyakit diabetes yang dialami.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Apa Yang Sayang Buat Tu,” – Berjoget Tarian Arab, Netizen Kata Ismail Izzani Terlebih Bahan Kimia. Maksud?

Memuat naik klip video di laman Instagram, tarian ala Arab Ismail Izzani mendapat sambutan hangat gara-gara gelagat lucu penyanyi tersebut.
Meniru setiap lenggok tarian wanita Arab, langkahnya dilihat cukup asli dan menarik.
View this post on Instagram– That moment when she said “we complete each other” ???✅ TAG A FRIEND!
A post shared by one and only // II (@ismailizzani_) on
Mendapat tontonan hampir 500,000 kurang daripada 24 jam, netizen terhibur dengan aksi spontan penyanyi berusia 18 tahun itu.
Aksi lucu ‘masuk air’ itu turut dikatakan seperti terlebih bahan kimia oleh netizen
Malah, ibunya, Suliza Salam turut terhibur dan meninggalkan komen manja untuk anak bongsu kepada tiga beradik ini.
MH turut terhibur lihat aksi penyanyi Demi Kita ini. Lucu habis.
Foto – Instagram Ismail Izzani
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI