Penyanyi senior, Salwa Abdul Rahman menitipkan kesyukuran apabila anak bongsunya, Putera Sufrie Nizam kini diilantik sebagai Pengarah Urusan Perusahaan Subar Sdn Berhad menggantikan suaminya, Subadron Abdul Aziz.
Jelas penyanyi yang popular dengan lagu Satu Dua Kau itu, sudah sampai masanya untuk si anak mengambil alih syarikat dan belajar selok belok perniagaan supaya suaminya dapat berehat.
“So Sweet! Dua Beranak Nih!! Usahakan Syarikat Papa Agar Lebih Sukses! Anakku!
“Sampai Masanya Azam Belajar & Ambil Alih Syarikat! Papa !! Bagi Papa Berehat Ok!” kongsinya.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan tahniah dan tidak kurang juga ada yang menyatakan situasi itu seperti yang selalu ditonton dalam drama Melayu di kaca televisyen.
Pasangan itu selama 27 tahun sejak 1991 dan hubungan mereka diperkukuhkan dengan kehadiran dua cahaya mata iaitu Puteri Sulaikha, 22, dan Putera Sufrie, 19.
Foto : Instagram Salwa Abdul Rahman
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tangisan Isteri Tentera…Ustaz Ebit Lew Beri Semangat Buat Dayah Bakar, Hero Perjuang Demi Agama & Negara!
Berkongsi pengalaman berkahwin dengan seorang tentera, pengacara Dayah Bakar akui terima pelbagai dugaan serta cabaran yang melanda diri dan rumah tangganya.
Kongsi pemilik nama penuh Nur Hidayah Abu Bakar ini, dia sedikit terkilan apabila ada segelintir masyarakat bagai tidak menghargai pengorbanan suaminya,Kapten Hanif Hamidi dan mereka yang bergelar tentera demi mempertahankan negara.
Perkongsian itu dilakukan bersama penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew ketika menghadiri ‘Sesi Hati Ke Hati’ baru-baru ini.
“Ya Allah….bila tengok @dayahbakar menangis cerita perjuangan dan kisah isteri tentera.
“Terus teringat kisah jihad orang dulu. Ramai diluar sana berjauhan dengan suami dari seorang diri.
“Dari bujang seorang diri dirumah. Mengandung dan sampai melahirkan anak seorang diri dan sehingga anak besar demi kerana Islam, Negara dan tanggungjawab.
“Rindunya pada Nabi saw dan Sahabah rhum yang berjuang untuk Islam ini.
“Semoga Allah temukan semua wanita dengan Ummul Mukminin Khadijah ra. Memberi segalanya untuk Islam ini,” tulis Ebit.
View this post on InstagramA post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on
Antara lain, rakaman video tersebut memaparkan tangisan Dayah yang sebelum ini pernah menerima kata-kata negatif berhubung tugas seorang tentera.
Setakat ini, rakamab itu yang telah mendapat lebih 100,000 tontonan dan dilihat turut memberikan impak kepada orang ramai khususnya mereka yang berkahwin dengan tentera.
Bagaimanpun, Ebit tetap memberikan kata-kata semangat kepada Dayah yang telah mendirikan rumah tangga dengan Hanif pada Jun 2018.
View this post on Instagram“Take your husband to work” kind of day 💙 #DayaHanif #motivation #penontonmukapalinggarang
A post shared by #IMAMKU (New Single) (@dayahbakar) on
View this post on InstagramA post shared by #IMAMKU (New Single) (@dayahbakar) on
Video: Instagram Ebit Lew
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Helmi The Gimmick Syukur Nikmat Atas Rezeki, Ajak Rakan Artis Tahu Soal ‘Branding’ Nama Untuk…
Pernah mendapat tempat sebagai antara pengacara popular satu di kaca televisyen satu ketika dahulu, Helmi The Gimmick mendedahkan dia sebenarnya tidak pernah sepi dari dunia seni, cuma memilih untuk tidak ke layar komersial.
Helmi, 62, berkata, dia bersyukur dengan tawaran persembahan korporat sebagai pengacara dan penyanyi yang masih diterima sehingga ke hari ini.
Malah, Helmi yang kini mendapat gelaran Doktor turut menambah, dia turut syukur nikmat kerana kian sukses dalam bidang perniagaan meski kekal aktif memenuhi komitmen seni.
“Pada saya, takkan kita nak jadi penyanyi dan pelakon sampai mati? Kita perlu tahu kelebihan yang ada pada diri.
“Saya harap rakan artis di Malaysia tahu kelebihan mereka dengan nama dan pengalaman yang dimiliki, ia boleh digunakan untuk mencari jalinan perniagaan dengan produk atau perkhidmatan yang sesuai,” katanya.
Dia bagaimanapun percaya, setiap selebriti pasti mempunyai cara masing-masing di dalam menentukan halatuju kerjaya.
Helmi yang menjadi pengacara rancangan ‘game show’ Famili Ceria cuma berpendapat, artis wajar memastikan diri mereka dihargai dan pada masa sama cuba menjana pendapatan melalui nama yang dimiliki.
Tidak hanya tertumpu sebagai sebagai duta semata-mata, tetapi cari peluang untuk berada dalam organisasi syarikat seterusnya menggunakan kepakaran yang ada.
“Kita sendiri kena mahir dan tahu dengan sesuatu produk ataupun gunakan kelebihan kita untuk memberi ilmu kepada pihak terbabit termasuk cara berinteraksi dan berdepan dengan orang ramai,” katanya yang kini dilantik sebagai Pengarah Pemasaran Di Smart Bio Group.
Helmi bersama syarikat bumiputera tempatan itu memfokuskan kepada kajian dan pembanguan (R&D) serta penghasilan produk isi rumah dan kesihatan berasaskan tumbuhan herba Cendawan Merah atau Lingzhi dan Mengkudu yang juga dikenali sebagai buah Noni.
Sementara itu, penggerak kepada Smart Bio Group Muhammad Shukri Amin menjelaskan, pelantikan Helmi Gimmick sememangnya berdasarkan pengalaman dan kepakaran beliau selama 30 tahun di dalam bidang jualan langsung.
Smart Bio Group Sdn Bhd turut melancarkan kerjasama kesihatan dengan dengan Koperasi Karyawan dan Persatuan Karyawan dalam membantu artis-artis tempatan terutamanya mereka yang mengalami masalah kesihatan.
Mengenai gelaran doktor yang diperolehi, Helmi menerima gelaran terhormat Doktor Kehormat Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Sabi, Perancis pada 2019 hasil kerja keras serta pengalaman selama lebih 30 tahun dalam bidang pemasaran.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Janganlah Mudah Sangat Melontarkan Kata ‘Harga Yahudi’ Kepada Peniaga Durian…,” – Mila Jirin
Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin yang kini mengusahakan jualan durian menjawab dakwaan segelintir netizen yang mendakwa harga duriannya yang dijual sebagai ‘harga Yahudi’ kerana mahal.
Mila, 34, menerusi Harian Metro berkata, mereka perlu tahu realiti kos yang ditolak oleh pekebun.
“Janganlah mudah sangat melontarkan kata-kata ‘harga Yahudi’ kepada peniaga durian sedangkan anda tidak tahu pun realiti kos ditolak oleh pekebun.
“Sebenarnya, harga diletakkan pekebun agak mahal. Malah, keuntungan diperoleh pula berapa ringgit saja mengikut berat yang diletakkan peniaga.
“Saya pula jual isi durian saja yang siap dikopek. Jadi, jumlah isi dalam durian itu memang kita tak tahu berapa banyak yang ada. Kadang-kadang buahnya saja yang besar dan berat, tapi isi tak banyak.
“Malah, saya juga tak pasti durian mana isinya tebal dan mana pula isi nipis. Semuanya kita akan tahu bila sudah dikopek,” katanya.
Dia yang sinonim menerusi lagu Persis Mutiara ini terdahulu ada menerima kiriman mesej di Instagram daripada seorang pembeli yang meluahkan rasa tidak puas hati mendakwa harga durian dijual Mila mahal, tapi isi pula sedikit dan nipis.
Menurut Mila, perkongsian dibuatnya di Instagram itu juga tidak bertujuan mencari publisiti dan mahu mengaibkan sesiapa.
Katanya, dia pun tidak mendedahkan identiti individu yang mengirim mesej berkenaan.
“Saya sekadar nak beri penjelasan kepada orang ramai kerana saya dapati di media sosial seperti Facebook dan Instagram, kebanyakan netizen menulis hantaran kepada peniaga durian dengan dikaitkan ‘harga Yahudi’.
“Saya jadi terasa juga dengan kata-kata itu kerana baru pertama kali jual, terus dilabel begini,” katanya.
Jelas Mila lagi, mungkin juga perkataan ‘harga Yahudi’ sudah sebati dengan cara bertutur. Jadi, satu kenyataan perlu dibuat untuk memberi input kepada ramai orang supaya dengan pencerahan berkenaan mereka faham kenapa harga durian dijual tinggi.
Mila berkata, jika hanya menjual isi durian, sebanyak dua biji durian diperlukan untuk isi seberat 500 gram.
Selain itu, keuntungan jualan yang diperoleh pula di bawah 10 peratus.
Mila berkata, dia menjual durian Balik Pulau dari Pulau Pinang yang diambil terus dari ladang durian di sana.
Selain durian, Mila juga menjual nasi Arab, kek selain menjalankan perniagaan katering serta dewan perkahwinan.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI