Pelakon dan usahawan, Ardell Aryana tidak dapat menahan tawa apabila melihat penampilan suaminya yang juga pelakon, Nadzmi Adhwa yang tampil ‘polos’ selepas mencukur misai dan janggutnya.
Dalam keadaan yang masih bertelekung sambil beberapa ketika menutup mukanya, bintang itu menyifatkan dirinya seolah-olah tinggal bersama orang lain.
“Lainlah awak cukur misai dengan janggut ni. Saya rasa macam duduk dengan orang lain.
“Macam pengkid. Rasa macam duduk dengan perempuan pakai kupiah pulak aku rasa…,” gurau Ardell.
Ads
Dalam pada itu, Nadzmi menerusi ruangan kapsyen pula turut tertanya-apa apakah sebenarnya yang diinginkan golongan isteri.
“Salah ke seorang suami tu nak shave? Orang perempuan ni sebenarnya nak apa? Suka yang ada misai ke yang togel? Kenapa dia gelakkan saya?,” tanya bakal bapa ini lagi.
Personaliti media sosial, Kasih Iris Leona menegaskan pandangan bapanya yang juga merupakan pelakon, Azhar Sulaiman berkaitan perang di Palestin langsung tidak mencerminkan dirinya.
Menurut Leona, sebagai seorang yang pernah menjejakkan kaki dan melihat sendiri kekejaman yang berlaku di Palestin, dia agak kecewa dengan pendirian bapanya itu.
“Saya sekeras-kerasnya menentang Israel dan pembunuhan beramai-ramai yang sedang berlaku di Palestin.
“Sebagai seorang yang pernah melihat segala yang berlaku di Palestin dengan mata sendiri (walaupun di tempat paling selamat dan terkawal), saya mengambil maklum tentang kekejaman Israel dan sedar genocide ini telah berlaku lebih lama sebelum 7 Oktober.
“Saya dan ayah memang tidak mempunyai persefahaman dalam banyak perkara dan saya juga gagal untuk memahami cara dan jalan dia berfikir.
“Jadi, janganlah pukul rata dan membuat andaian sendiri hanya kerana kami mempunyai pertalian darah,” katanya.
Perkara itu dikongsikan Leona menerusi beberapa hanataran di aplikasi X.
Pada masa sama, Leona turut menyeru semua pihak untuk terus menyebarkan kesedaran tentang segala perbuatan kejam Israel terhadap rakyat Palestin.
“Jika menyebar kesedaran merupakan jalan yang terbaik setakat ini, kita memang patut buat. Kita sepatutnya bersilidariti dan mengecam tindakan pihak Israel.
“Kita sendiri tak tahu kemungkinan dan bilakah pemunuhan ini akan berakhir. Jadi, kita kena bersuara sekeras-kerasnya untuk pastikan Palestin tidak dilupakan,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Leona turut berkongsi pengalamannya bertemu dengan seorang wanita Palestin sewaktu melawat Masjid Al Aqsa sebelum ini.
“Saya pernah berjalan di Masjid Al Aqsa dan seorang wanita Palestin menegur saya dan berpesan agar kita kena pastikan dunia tidak berhenti bercakap mengenai mereka.
“Malah, dia juga minta kita sentiasa doakan dan sokong perjuangan mereka,” kongsinya lagi.
Terdahulu, Azhar menerima kecaman hebat apabila berpendapat bahawa selebriti tanah air yang lantang bersuara mengenai isu boikot sewajarnya berpindah ke Gaza dan membantu mereka yang sedang berperang di sana.
Azhar turut berkata, mereka yang lantang bersuara dalam isu itu juga tidak perlu melakukan gerakan boikot sekiranya masih berada di Malaysia dan hidup dalam keadaan gembira.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan kosmetik yang kini bergelar penyanyi, Nur Sajat mengakui kes mahkamah melibatinya dirinya pagi ini sudah pun selesai. Katanya kepada MH, pertuduhan yang dikenakan adalah berkaitan dengan perniagaannya, beberapa tahun lalu.
“Ia kes lama melibatkan beberapa pertukaran sistem dan sebagainya. Jadi sebab itulah berlaku sedikit kepincangan dari segi sistem niaga itu. Apa pun semuanya sudah selesai,” kata Sajat sejurus keluar dari kamar mahkamah Tinggi Shah Alam.
Terdahulu, berdasarkan notis yang ditampal di mahkamah, penyanyi Bobo Di Mana Itu dijangka akan menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 41(6) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014.
Prosiding pendakwaan Nur Sajat akan dijalankan di hadapan Hakim Rofiah Mohamad dan dikendalikan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia selaku pihak pendakwa.
Jelasnya lagi, ini kali pertama dia hadir ke mahkamah berkaitan urusan perniagaan.
“Sistem bertukar-tukar dan semuanya dah okay. Saya tiada masalah. Bukannya hal melibatkan bayaran tertangguh, hutang atau sebagainya. Hanya lewat sahaja.
“Saya hadapi 3 pertuduhan berkaitan dan saya memulakan perniagaan pada 2014 ketika itu semua peniaga perlu mendaftarkan GST dan sebagainya. Saya naik ke mahkamah atad sebab kelewatan sahaja,” jelasnya.
Sajat hadir mengenakan baju merah serta berkasut tumit tinggi tiba jam 9.25 pagi diiringi beberapa rakan, termasuk penasihat peribadinya, penyanyi Kelly Azman.
Saksikan temu bual penuh bersamanya menerusi FB Live MH.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Isteri Lan Solo, Sheila Hassim meluahkan kesedihan apabila pertama kali menyambut Ramadan dan Syawal tanpa ibu saudara tercinta.
Mengimbau kembali detik lalu, andai arwah ibu saudaranya yang dipanggil Mama masih ada, Syawal merupakan bulan paling sibuk buat arwah.
Katanya Allahyarham akan sibuk menukar langsir, menyusun atur perabot rumah dan sibuk mencari kuali untuk memasak rendang.
“Dah dekat nak raya nie.. makin sayu pulak. Pertama kali puasa & raya tanpa Mama.
“Klo x, skrg ni tgh sibuk bergaduh dgn mama nk pasang lgsir bila.. nk alih sofa la.. nak cari kuali besar la.. nak daging yg x byk lemak la utk buat rendang yg penting dah mula kumpul2 kelapa utk masak malam raya. Adui, syahdunya.
“Kdg2 gaduh tu manis utk dikenang. Momen bahagia selalu lupa2. Bila dah takde.. semua kenangan muncul berselang seli.
“Apa pengalaman pertama kali raya korang yg br rasa kehilangan? Apa korg buat eh,” kongsinya sayu.
Mama merupakan panggilan Sheila kepada ibu saudaranya yang meninggal dunia November tahun lalu akibat diserang angin ahmar.
Menurut Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof, Allahyarhamah Rosiyah Mad Ali menetap serta dijaga oleh dia dan isteri sejak 10 tahun lalu dan pemergiannya satu kehilangan besar buatnya sekeluarga.
Foto : Instagram Sheila Razlan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bintang Hollywood, Demi Moore, meraikan ulang tahun ke-70 bekas suaminya, Bruce Willis, dengan satu kiriman istimewa di Instagram.Pelakon Die Hard itu menyambut hari lahirnya...