Penyanyi, Zarul Umbrella ada memuat naik satu rakaman video di Youtube miliknya, beberapa hari lalu.

Menerusi rakaman video tersebut, Zarul atau nama sebenarnya Zairulkefli Husin turut mendedahkan gaji sebenar yang diraih seorang pramugara atau pramugari.

Dalam pada itu, penyanyi berusia 46 tahun ini turut berkongsi cerita gaji ketika tahun pertama bergelar pramugara.

“Hari ni saya nak bincangkan topik yang ramai orang request dekat saya iaitu mengenai gaji pramugara dan pramugari.

IKLAN

“Kita mulakan dengan gaji pramugara dan pramugari di Malaysia Airlines. Sebelum saya mulakan video saya ni saya nak bagi tahu yang saya dapat maklumat atau info ni daripada Flygosh.com.

“Segala info ni kalau korang nak tengok pun boleh korang pergi je dekat Flygosh.com tu lepas tu klik dekat ‘cabin crew salary’ nanti dia akan keluar semua senarai gaji.

“Basic salary untuk Malaysia Airlines bernilai RM1200, macam saya dulu masuk gaji basic saya dalam RM 700 macam tu.

IKLAN

“Kerja sampai 16 tahun lepas saya berhenti hari tu, gaji basic saya nilainya RM3300,” kongsi Zarul panjang lebar.

IKLAN

Sekadar informasi, bekas peserta Gegar Vaganza musim ketiga itu pernah berkhidmat selama 16 tahun di sebuah syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS).

View this post on Instagram

Ramai tanya mcmana nk jd steward, saya rasa syarat2 still sama tp how they conduct the interview nowadays maybe different masa zaman saya dulu.. lain airline lain cara interview.. ada yg susah ada yg ok2 je dan ada gak yg senang..tp those yg ada experience dalam service orientation punya job like hoteliers, PR, restaurants, customer service and etc ada advantage sikit la.. apa2 pun kerja ni perlukan kesabaran yg cukup tinggi coz we were dealing with human being not machines. Some yg dah join 3 bulan terus nak resign sbb x tahan layan karenah manusia yg mcam2 dari mcm2 negara dan mcm2 budaya. Lagi satu kat atas kapalterbang bila tutup je pintu kapal tu kitalah chef, kita lah nurse doctor, fire fighter, polis, janitor, pengasuh dan mcm lagi tp BUKAN tukang angkat beg 😄😄, tp kita hanya tolong angkat kan beg sama2. Satu hal lagi mana yg dah berkeluarga tu masa dgn famili jugak agak terhad sbb most of the time kita kat oversea bila anak or wife sakit tu susah skitlah but thru my experience its all bout time management and those yg ada airsickness or mabuk udara tu kena fikir2 lah takut nnt dah join xleh kerja plak dah buang masa training tiga bulan. Kalau pandai berenang its a bonus tp yg xpandai tu xpe its ok janji tak takut dgn air laut #salammaghrib

A post shared by Zarul Umbrella (@zarulumbrella) on

Foto: Instagram Zarul Umbrella

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI