Selepas hampir tiga bulan menimang cahaya mata sulung, aktor terkenal, Remy Ishak akhirnya berkongsi wajah puteranya, Tuah Alam buat tatapan umum.
Menerusi sebuah hantaran yang dikongsikan di laman Instagram pada Selasa, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimie Ishak bersyukur dengan kehadiran Tuah dalam kehidupannya dengan isteri, Ezza Yusof.
“Terima kasih Tuah, hadir dalam hidup Ayah dan Bonda,” tulisnya.
Sementara itu, pelakon filem Pulang ini juga turut memohon jasa baik semua pihak untuk mendoakan kesejahteraan anaknya itu.
“Kenalkan anakanda kami Tuah Alam Remy Ishak. Doa yang baik-baik buat keluarga kecil kami,” kongsinya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut memuji wajah comel Tuah.
“Alolo Tuah. Semoga jadi anak yang soleh,” komen pelakon, Mira Filzah.
“Comelnya Tuah,” kata pelakon dan pengacara, Sherry Alhadad.
“Assalamualaikum Tuah. Anak soleh dan penyejuk hati,” balas pempengaruh, Syifa Melvin.
“Macam muka hero Malaya,” komen seorang netizen.
“Alhamdulillah. Handsome Tuah. Like father like son. Semoga Tuah menjadi anak yang soleh dan dilindungi selalu. Sihat wala’fiat dan dicurahkan rezeki yang luas,” komen seorang lagi netizen.
Terdahulu, Tuah telah selamat dilahirkan pada tanggal 27 Julai lalu.
Sekadar informasi, Remy dan Ezza mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021 selepas tujuh tahun menjalinkan hubungan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
.Sumber & Kredit Foto: Instagram Remy Ishak