“Macam Ida Nerina,” – Fazura Payung Foto Zaman Kanak-Kanak, Rambut ‘Kepok Manja’, Pakai Dua Jam Tangan Lagi

Share

Perkongsian foto dari pelakon Gol & Gincu, Nur Fazura ketika kecil di laman Instagram menerima perhatian peminat.

Memberikan kapsyen motivasi yang sinonim dengan dirinya, fizikal bintang cantik ini sewaktu kecil turut dipuji ramai.

Here’s my little Monday mood for you. Confidence! You’re welcome! – Love, little miss-fantasy-anything-is-possible-Fazbulous,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.

Dengan rambut ikal ‘kepok manja’, kening meniru anak bulan serta lengkap kaca mata hitam, nyata pelakon ini sudah mula membina imej sedari kecil.

Malah, ada yang menyamakan wajahnya seiras seperti pelakon senior, Ida Nerina.

Netizen turut terhibur melihat dua jam tangan yang dipakai aktres ini dan salah satunya adalah jam Casper, watak filem popular suatu ketika dahulu.

Foto : Instagram Fazura

Published by
Noraini Abd Wahab