Penyanyi Ayu Damit berjaya memperolehi markah sebanyak 80.60 peratus sekali gus menduduki tempat teratas dalam senarai 12 peserta yang bersaing menerusi program hiburan, Gegar Vaganza 7 (GV7) minggu ketiga pada Ahad.

Menyampaikan lagu Senyuman Ragamu yang dipopularkan oleh kumpulan OAG sambil diiringi band Salam Muzik, persembahan meyakinkan Ayu dalam minggu ‘Cuba Try Test’ menjadi komen positif kesemua juri.

“Macam inilah. Bila tonton persembahan itu, ia setara daripada bunyi dan visual yang keluar atas pentas itu. Saya suka yang itu,” komen salah seorang juri tetapnya, Datuk Ramli MS.

Sementara juri jemputan, Datuk Syafinaz Selamat pula secara seloroh meminta Ayu supaya tidak ‘hilang’ lagi.

Ads

Sementara itu, penyanyi senior Noraniza Idris yang tampil berbeza menerusi lagu Akan Kutunggu menduduki tempat kedua dengan markah sebanyak 73.40 peratus dan Linda Nanuwil pula di tempat ketiga dengan 70.80 peratus.

Secara keseluruhan, ini dia kedudukan peserta dan markah penuh yang diperolehi bintang GV7 minggu ini;

“Macam Inilah!” – Ayu Damit Raih 80.60 Peratus & Noraniza Idris Tempat Kedua, Lihat Lagi 11 Markah Peserta GV7 Minggu Ke-3

Ads

Terdahulu, Anugerah CUCKOO Healthy Home kali ini menjadi milik Oja dan menerusi segmen Kongsi Rezeki, penyanyi dan pelakon veteran Mimi Loma turut menerima RM10,000 sumbangan Farm Fresh dan Astro.

Bagaimanapun, tiada peserta yang tersingkir minggu ini meski Yantzen tidak dapat melakukan persembahan atas masalah kesihatan.

Ads

GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu setiap hari Ahad, jam 9.00 malam, menyaksikan 13 peserta akan menyahut cabaran dengan tema ‘Lagu Berhantu’ pula minggu hadapan.

 

Foto: Instagram Astro Gempak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI