Tidak pernah putus menerima komen yang berkaitan dengan suaminya, Datuk Ramli MS, Datin Alyah sekali lagi mendapat komen berbaur sinis dari pengguna media sosial yang seakan tidak sensitif terhadap komen yang diberikan.
Kisahnya, penyanyi Meluruh yang kini bercuti panjang sempena raya ada berkongsi sekeping foto menerusi Instgaram miliknya, baru-baru ini.
Menerusi foto berkenaan, Alyah dilihat sedang posing di dalam kereta lengkap mengenakan kaca mata ‘oversize’.
“My iPhone is back,” tulisnya ringkas. Lalu dalam ramai yang memuji penampilannya, terdapat satu komen yang seakan menyindir kerana Alyah tidak mampu untuk berkongsi foto raya bersama suaminya, sebagaimana para suami isteri yang lain.
Malah, akaun tersebut turut menempelak Alyah kerana didakwa berkahwin dengan lelaki berkenaan atas dasar harta.
Alyah dilihat turut meninggalkan respon terhadap komen yang diberikan.
Kongsi Ayah, dia memohon kepada Allah SWT agar terus tabah dalam menghadapi insan yang hitam hatinya.
Terdahulu, bintang asal Gelang Patah, Johor ini menrdirinan rumah tangga bersama maestro muzik terkenal itu lebih enam tahun lalu.
Bagaimanapun sehingga kini, pasangan tersebut belum menerima rezeki zuriat.
Foto: Instagram Alyah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Isteri Dijangka Bersalin 25 Disember,” – Teruja Bakal Bergelar Bapa, Ikmal Amry Banyak Minta Ilmu Dari Alif Satar
Pelakon Ikmal Amry mengakui dia banyak meminta pandangan serta tunjuk ajar daripada rakan pelakon, Alif Satar dalam hal berkaitan keibu bapaan.
Menurut Ikmal atau nama sebenarnya Mohd Zulikmal Amry Ghazali, 27, dia melihat Alif sebagai contoh memandangan bintang tersebut juga bergelar bapa dalam usia yang masih muda.
“Saya banyak menerima nasihat serta panduan daripada Alif Satar. Kami sekarang sama-sama terlibat di dalam filem Pulau di Langkawi dan sejak itu kami mulai rapat.
“Saya kerap bertanya apa sahaja mengenai penjagaan bayi dan persediaan untuk bergelar bapa. Dia sendiri menjadi ayah pada usia yang muda.
“Malah umurnya sekarang 31 tahun dan kini sudah mempunyai tiga cahaya mata. Saya banyak dapat ilmu seterusnya mendengar pengalamannya Alif sendiri.
“Kebetulan, doktor yang bakal menyambut kelahiran anak sulung kami pun sama dengan doktor yang menguruskan proses bersalin isteri Alif,” katanya.
Ditanya mengenai perasaannya dan isteri, Najla Shamsul dalam menantikan ahli baru dalam keluarga, Ikmal menjelasan perasaan yang timbul bercampaur-baur.
“Kami sama-sama teruja tetapi pada masa sama rasa berdebar menantikan kelahiran anak pertama. Kalau nak diikutkan, Najla sudah sarat dan hanya menanti masa untuk bersalin. Doakan semoga semuanya dipermudahkan.
“Sebaik selesai penggambaran Pulau, saya buat keputusan untuk kembali ke ibu kota untuk menemani isteri memandangkan dia jangka bersalin pada 25 Disember nanti, Insya-Allah,” katanya
Ikmal dan isterinya mendirikan rumah tangga pada 19 Disember lalu di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Alhamdulillah Mak Masih Sihat, Kuat…,” – Miliki 21 Orang Cucu Pada Usia 67 Tahun, Che Ta Sambut Bday Ibu
Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan telah pun menyambut ulang tahun kelahiran ibu tercinta, Zabedah Saad baru-baru ini.
Diraikan bersama ahli keluarga lain dalam suasana yang cukup meriah, Rozita atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta turut berkongsi beberapa foto sekitar sambutan di Instagram miliknya.
View this post on InstagramA post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on
Sambil menitipkan ucapan, pelakon Kiah Pekasam ini turut bersyukur kerana si ibu masih lagi kuat meski sudah mencecah usia 67 tahun.
“Happy Birthday to my beautiful mom. 67 yrs old ! 7 org anak, 21 cucu.
“Tp Alhamdulillah mak still sihat , kuat dan bertenaga,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Serentak dengan perkongsian tersebut, para peminat turut memberikan ucpaan selain mendoakan kesejahteraan ibu pelakon jelita itu.
Dalam perkembangan lain, Che Ta kini sibuk di lokasi drama bersiri 26 episod, Juliet yang bakal bersiaran di RTM, September depan.
Foto: Instagram Rozita Che Wan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Irwanshah Kini Yatim Piatu… Selepas Bapa, Ibu Pula Meninggal Akibat Covid-19 – “InsyaAllah Kita Bertemu Di Syurga.”
Bintang Indonesia, Irwanshah berkongsi khabar duka selepas memaklumkan ibunya, Herlianah telah pun menghembuskan nafasnya terakhir pada Rabu setelah sekian lama berperang dengan penyakit Covid-19.
Menurut Irwan, meskipun berat baginya untuk menerima pemergian tersebut namum dia tetap reda dengan segala ketentuan yang telah telah diaturkan oleh Allah SWT.
“Innalillahi wainnailahirajiun. Sedih banget rasanya kehilangan idolaku. Salah satu orang yang paaling aku cintai. Orang yang selalu memberikan nasihat bukan dengan lisan. Orang yang mencontohkan perbuatan-perbutan yang selalu bikin aku makin jatuh cinta sama Allah.
“Rinduuu rasanya didekat dia. Memeluk dia, mencium dia dan bilang Irwan sayang banget sana MAMA,” tulisnya.
Perkhabaran duka tersebut dikongsikan oleh pelakon filem, Heart itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik dilaman Instagram.
Dalam pada itu, Irwan turut menyifat ibunya memiliki keperibadian yang sangat hebat dan sentiasa mengutamakan agama dalam segala hal
“Tapi irwan yakin maa, Allah jauh lebih sayang sama mama dibanding kita semua kerana sejatinya Allah itu paling mencintai umatnya melebihi kita, apalagi umat nya Rosullah, apalagi yang shalihah, apa lagi yang selalu peduli sama orang lain, apalagi yang selalu memuliakan Al- quran setiap harinya.
“Apa lagi yang berbakti sama suami sampai akhir hayat, apa lagi yang mendidik anak-anaknya dengan baik. Apalagi seorang ibu yang mengajarkan anaknya patuh sama Allah, apalagi umat yang selalu sabar bila diberi cobaan seperti MAMA.
“Allah lebih tau yang terbaik buat mama, Allah lebih tau caranya membahagiakan mama, Allah lebih tau segalanya dari kita, Allah ambil mama kerana Allah sayang bangat sama mama, InsyaAllah Allah udah gugurin semua dosa-dosa mama,” luahnya lagi.
Dikesempatan itu juga, Irwanshah turut menitipkan ucapan penghargaan buat ibunya itu kerana telah mendidiknya dengan sempurna selama ini.
“Sekarang mama udah tenang disana sama Allah, InsyaAllah kita ketemu di syurganya Allah ya ma. Irwan sayang banget sama mama, terima kasih atas semua yang Mama ajarin ke Irwan. InsyaAllah akan selalu irwan inget dan amalkan semuanya ma
“Saudara-saudaraku yang sudah mendoakan mama MasyaAllah terima kasih kasih ya semoga Allah balas semua kebaikan kalian,” akhirninya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa sedih selain turut mendoakan semoga ibu Irwanshah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.
“Turut bersuka cita Irwanshah.
“Semoga diberikan ketabahan dan kesabaran. Kami turut berduka cita.
“Kami ikut berduka cita. Pasti mama sudah dapat yang terbaik di sisi-Nya,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Pada Julai lalu, Herlianah dilaporkan kritikal selepas lima hari dijangkiti Covid-19.
Terdahulu, Irwansyah yang popular menerusi lagu, Pencinta Wanita itu kehilangan bapanya, Umar Effendi pada Julai lalu juga akibat Covid-19.
Sumber: Instagram Irwanshah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI