“Macam Janda, Kahwin Orang Tua Kejar Harta,” – Kata Netizen Pada Foto Raya, Ini Jawapan Balas Datin Alyah

Share

Tidak pernah putus menerima komen yang berkaitan dengan suaminya, Datuk Ramli MS, Datin Alyah sekali lagi mendapat komen berbaur sinis dari pengguna media sosial yang seakan tidak sensitif terhadap komen yang diberikan.

Kisahnya, penyanyi Meluruh yang kini bercuti panjang sempena raya ada berkongsi sekeping foto menerusi Instgaram miliknya, baru-baru ini.

Menerusi foto berkenaan, Alyah dilihat sedang posing di dalam kereta lengkap mengenakan kaca mata ‘oversize’.

“My iPhone is back,” tulisnya ringkas. Lalu dalam ramai yang memuji penampilannya, terdapat satu komen yang seakan menyindir kerana Alyah tidak mampu untuk berkongsi foto raya bersama suaminya, sebagaimana para suami isteri yang lain.

Malah, akaun tersebut turut menempelak Alyah kerana didakwa berkahwin dengan lelaki berkenaan atas dasar harta.

Alyah dilihat turut meninggalkan respon terhadap komen yang diberikan.

Kongsi Ayah, dia memohon kepada Allah SWT agar terus tabah dalam menghadapi insan yang hitam hatinya.

Terdahulu, bintang asal Gelang Patah, Johor ini menrdirinan rumah tangga bersama maestro muzik terkenal itu lebih enam tahun lalu.

Bagaimanapun sehingga kini, pasangan tersebut belum menerima rezeki zuriat.

Foto: Instagram Alyah

Published by
MH