Penyanyi Andi Bernadee ada memuat naik video di Instagramnya awal pagi tadi apabila dia meluahkan rasa sedih kerana tiada teman untuk nikmati sahur bersama.
Andi merakam videonya sendiri dengan mengenakan kopiah berwarna putih dan T-shirt biru gelap dengan berlatarbelakangkan dinding berwarna terang.
View this post on InstagramBeras ada lauk x de . Hmmm #sahur #ujian
A post shared by Andi Bernadee (@andibernadee) on
Bagaimanapun, lain yang diperkata, lain pula yang mencuri perhatian.
Semuanya gara-gara gaya rambut penyanyi yang popular dengan lagu Donde itu yang dilihat seakan penyek dan ‘tinggal separuh’.
Malah rata-rata peminat telah meninggalkan komen pelbagai. Ada yang menyangkakan rambut Andi dipotong pendek.
Rupa-rupanya, Andi memakai sebenarnya hanya mengenakan kopiah berwarna putih dengan latarbelakang pencahayaan (lighting) yang kuat dan ronanya hampir senada.
Ini antara komen yang ditinggalkan netizen;
Terdahulu, Andi pernah dilabel miliki penampilan mirip Suneo iaitu salah satu watak dalam siri animasi popular, Doraemon.
View this post on InstagramA post shared by Andi Bernadee (@andibernadee) on
View this post on InstagramKalau ada sesiapa ckp u single , lonely . . tunjuk gambar ni dkt dorang ! U have me . ?
A post shared by Andi Bernadee (@andibernadee) on
Video/ Foto : IG Andi Bernadee
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Baru 21 Hari Bersalin, Ika Nabella Rasa Terlalu Lama Nak Keluar Rumah. Ini Pula Respon Tasha Manshahar!
Baru sahaja melahirkan cahaya mata sulung pada 24 Oktober lalu, pelakon Ika Nabella merasakan dirinya terlalu lama dalam menjalani hari berpantang.
Baginya, dia masih keliru mengenai persoalan pantang-larang yang diamalkan oleh orang dahulu (nenek moyang) yang mempunyai pelbagai pencagahan pendapat terhadap antibodi setiap individu.
“Pejam celik pejam celik baru 21 hariiiiii hahahaha siapalah cipta pantang ni 44days? LOL!
Ok mommies, I ada soalan.
“Korang berpantang traditionally ke moderately? I mean nenek I ckp dulu2 org pantang makan ikan kering bakar dgn lada hitam je.. tak boleh keluar rumah langsung. Air cuma separuh gelas. Ada yg berpantang mcm tu ke?
“I pantang ada check up! Hahaha dpt keluar pi hospital pun jadiiii la kan?,”tulisnya.
Menerusi ruangan komen, pelbagai pendapat yang diberikan netizen terhadap posting yang dikongsikan pelakon itu.
Malah, rakan selebriti Tasha Manshahar turut memberikan pendapatnya sendiri.
“Moderately. I praktik apa yg scientifically proven by the doctors benda tu baik utk my body and baby. Beraktiviti moderately (bukan terbaring tak buat apa2 lgsg) sbb masa ni kita dalam proses recover.
“Kena juga bergerak supaya ada blood circulation, tp tak keterlaluan lg pulak czer. Anggap masa pantang ni masa utk berehat dan create bonding dgn anak. Makan makanan berkhasiat cukup nutrient supaya badan kita boleh heal naturally faster, kita boleh produce susu yg berkualiti,” komen Tasha yang pernah menjalani proses bersalin secara czer pada 21 Jun lalu.
Terdahulu, Ika dan suami, Muhammad Zaid berkahwin pada 30 Julai 2016 di Pulau Pinang.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 23 Oktober lalu.
Sehingga kini, pasangan itu masih belum mendedahkan wajah penuh dan nama anak mereka.
Foto : Instagram Ika Nabella
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Dia Minta Saya Sedekahkan RM30,000…,” – Sebelum Dibawa Ke Hospital, Arwah Siti Sarah Minta Ibu Tiri Sedekahkan Duit Dalam Akaun
Ibu tiri kepada penyanyi Allahyarham Siti Sarah, Siti Fatimah Suberi atau mesra disapa Makde mendedahkan, pada hari arwah dibawa ke hospital, arwah minta dia untuk memindahlan sejumlah wang dalam akaun peribadi arwah ke akaun bank miliknya.
Menurut Siti Fatimah,34, dia pada awal tertanya-tanya mengapa Siti Sarah memintanya untuk berbuat demikian.
“Ketika menunggu ketibaan ambulans datang ke rumah untuk membawanya ke hospital, dia hantar mesej kepada saya dan minta saya berbuat demikian.
“Saya tanya untuk apa transaksi ini, dia maklumkan dia akan ke hospital untuk menerima rawatan.
“Namun, ketika sedang sakit dan sebelum ditidurkan, dia minta saya untuk sedekahkan wang RM30,000 yang dimasukkan ke dalam akaun saya itu.
“Dia juga bertanya adakah jumlah itu mencukupi, kemudian saya beritahu, terpulang. Alhamdulillah saya sudah tunaikan amanah yang dia beri untuk saya sedekah kepada insan yang memerlukan,” katanya.
Tambahnya lagi, Siti Sarah juga pernah memberitahunya dia mahu berehat pada bulan Ogos.
“Arwah juga ada beritahu mahu mencari pengganti yang boleh menggantikan wajahnya dalam tiga produk pada Mei lalu. Ini kerana dia mahu berehat pada Ogos.
“Perkara ini juga disedari oleh kakitangan syarikat. Tak sangka ‘rehat’ yang dimaksudkan membawa petanda arwah berehat selama-lamanya,” katanya.
Dalam pada itu, Siti Fatimah yang juga rakan kongsi perniagaan menerusi syarikat Ratasya Empire Sdn Bhd yang beroperasi di Puchong, Selangor berkata, dia terkejut dengan sambutan luar biasa dan peningkatan jualan perniagaan diusahakan sejak beberapa hari ini.
“Alhamdulillah peningkatan jualan sangat mengejutkan saya dan kakitangan. Bayangkan, ada ejen tidak aktif kembali rancak menambah produk selepas mendapat permintaan tinggi.
“Paling laris ialah jubah yang dipakai arwah. Kami ada menambah keluaran pada Aidiladha lalu dan permintaan sangat menakjubkan.
“Ada juga ejen memaklumkan yang mereka mahu membeli jubah kerana mahu dijadikan kenangan dan mengikut jejak arwah suka bersedekah,” katanya.
Sebagai info, Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat COVID-19 pada jam 5.13 pagi, Isnin lalu.
Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, jam 1.20 tengah hari, pada hari sama.
Arwah meninggalkan suami yang juga pelakon dan pelawak popular, Shuib dan empat cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang dilahirkan, minggu lalu.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Semuanya Berlaku Sejurus Konsert Bersama Anuar,” – Kekuatan Ziana Zain Jayakan Konsert Solo Selepas 22 Tahun
Penyanyi terkenal, Ziana Zain mengakui penglibatannya di dalam dua buah konsert berskala besar bersama Anuar sebelum ini menjadi kekuatan untuknya meneruskan Ziana Zain 2024 yang bakal diadakan pada 25 Mei tahun hadapan.
Ziana berkata, keyakinan tersebut juga disambut baik ramai pihak dan dia terharu melihat sokongan berterusan yang diterima daripada peminat setianya.
“Semuanya berlaku sejurus saya selesai melakukan konsert duet bersama Anuar Zain di Kuala Lumpur dan Singapura sebelum ini. Rasa seronok pula.
“Kemudian Alhamdulillah saya dapat pelawaan daripada Anuar Zain Network dan rakan kerjasama lainnya untuk jayakan konsert solo saya. Mengapa tidak untuk cuba?
“Tetapi bila pihak mereka sudah buat tawaran tersebut, ada juga pihak lain yang turut berminat. Namun saya tolak dengan cara baik, bukan tak mahu berkerjasama. Malah rasa terharu bila ada pihak yang sudi taja.
“Tapi saya punya cara, first come first serve. Pegang pada janji. Sebab bagi saya yang paling penting pada malam itu nanti ialah pemilhan lagu-lagu yang boleh berikan impak,” katanya.
Ziana berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sidang Media Ziana Zain 2014 di Menara KL, pada Rabu.
Sementara itu, Ziana tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja menonton video dedikasi istimewa sempena konsert tersebut daripada empat orang anaknya.
“Aiman doakan mama konsert berjalan dengan lancar dan juga meriah. Jangan risau mama, kami adik beradik ada untuk support mama.
“Terima kasih mama kerana berada di sisi kami sejak kami kecil. Terima kasih untuk segalanya dan kami sayangkan mama,” kata anak sulungnya, Muhammad Aiman Armin Zaharin, disusuli ucapan adik-adik.
Ziana Zain Konsert 2024 ditaja oleh CSA Academy, anjuran bersama Anuar Zain Network Sdn Bhd dan Ziana Zain Network Sdn Bhd serta dengan kerjasama Altus Prohouse.
Konsert istimewa itu bakal menyaksikan gabungan hasil kreatif muzik dan pentas dari Aubrey Suwito sebagai pengarah muzik serta 16 orang pemuzik profesional manakala Jennifer Thompson berperanan sebagai pengarah konsert.
Jangan ketinggalan untuk dapatkan tiket konsert yang bakal dilangsungkan di Mega Star Arena, Kuala Lumpur ini bermula pada harga RM288 (Gold) RM1088 (VIP 1) di laman web ticket2U bermula esok, jam 10.00 pagi.
Kali terakhir Ziana muncul dengan konsert solo adalah pada tahun 2001 menerusi konsert Ziana Zain In The Park di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI