Semalam, isteri usahawan kosmetik, Datin Seri Nur Shahida Mohd muat naik video dia sedang memantau anak sulungnya menghafaz surah Al-Quran.
Menariknya, walaupun Shahida sering dilabel sebagai wanita lemah-lembut, namun dia berubah tegas bila melibatkan hal-hal sebegini.
“Ammar Ahyan ni dia dah start main-main dah malas menghafal sebab saya tak sempat nak pantau.
“Anak-anak saya ni pantang lepa, bila kita sibuk dia pun turut sibuk juga, sibuk main sampai lupa-lupa hafal surah.
“Lepas tu bila kena marah mulut tu muncung mcm kelopak bunga…ikut hati nak je aku guntingkan mulut dia tu.
“Saya ni nampak je cmm lembut tapi sayalah singa kat rumah ni,” tulisnya.
Menjengah di ruangan komen, kelihatan ramai yang berkongsi pengalaman sama dengan Shahida terutama si ibu bagi memastikan anak tidak mudah lalai dan alpa terutama dalam bab agama.
Alhamdulillah, seronok lihat cara didikan yang diterapkan Shahida dan suaminya, Datuk Seri Aliff Syukri. Apa taknya, walaupun sibuk dengan urusan harian,,namun tetap tidak lupa untuk memantau anak-anak.
Apa-apapun, moga-moga Ammar membesar menjadi anak yang soleh ya!
Foto/Instagram: Datin Seri Nur Shahida