Pelakon Shakilla Khoriri mendedahkan dia mengalami masalah pernafasan apabila bahagian hidungnya terdapat ‘sesuatu’ yang menjadi tanda tanya.
Menurut isteri kepada penyampai radio, Fizi Ali itu, masalah yang dialaminya semakin membimbangkan selepas melahirkan anak mereka, Ameena Sofia.
“Assalamualaikum, nak tahu kalau ada antara followers i yang TAHU atau pernah mengalami masalah macam ni.
“Rasanya masalah ni dah agak lama pada i tapi lepas bersalin Ameena ia jadi makin teruk.
“Peratusan oxygen yang masuk hanya 40 % dari ruang hidung sebab hidung tersumbat dengan ‘benda alah’ ni.
“Macam lendir tapi bila dihembus tak keluar, bila disentuh atau tolak tak bergerak TAPI ia boleh bertukar ke kiri atau kanan hidung. (Tak pasti ia bergerak atau both hidung ada lendir ni ),” tulisnya.
Bagaimanapun, punca tersebut masih belum dikenalpasti doktor.
“Pernah pergi klinik tapi Doctor hanya kata elergic dan kesan dari selsema atau bersin berkali2.
“After that, all this while i hanya bergantung pada nasal spray yang dibeli kat farmasi.
“Makin hari makin kerap sebab ruang oxygen makin sempit tertutup dengan ketulan lendir ni.
“Kalau sesuatu yang buat kita makin tak selesa rasanya bukan kesan dari selsema atau bersin but must be something else.
“I jadi makin hilang deria bau disebabkan tertutup ruangan saluran hidung ni.
“So minta jasa baik semua orang untuk share pengalaman atau solusi ‘Sakit’ ni atau mungkin ada antara kawan2 i yang lebih tahu punca masalah i ni,” akhirinya.
Susulan itu, rakan artis dan netizen turut memberikan tips agar masalah tersebut dapat diatasi.
Semoga semuanya dipermudahkan buat ibu beranak satu ini.
Foto: Instagram Shakilla Khoriri