
Pelakon, Janna Nick muat naik foto dengan rambut ala-ala kpop di laman Instargramnya.
“SATURDAY: MIND TO SHARE YOUR WEEKEND PLAN WITH ME??
“macam saya nak ajak @niesakhalil & @amira_hani makan DIMSUM
tag ur partner too! #sayangketatsendatpadat,” tulisnya.
Menjengah di ruangan komen, ramai mengatakan bahawa Janna kelihatan seperti salab seorang ahli grup Blackpink dengan gaya sebegitu.
Tidak kurang juga yang memuji Janna kelihatan cantik sekali.
Amboi.. Ramai pula MH tengok terpengaruh dengan ‘unsur-unsur’ kpop ini.
Apa-apapun, Jana tetap nampak cantik dan rindu nak lihat pelakon drama MY Coffee Prince itu berambut panjang.
Ends
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lepas Tonton Cerita Keluarga, Layan Pula Genre Seram, Drama Rantaian Ditayang Secara ‘Back To Back’!

Istimewa buat peminat drama Melayu tempatan, dua buah naskhah baharu menampilkan karya asal dengan genre yang berbeza bakal dihidangkan secara ‘back-to-back’ setiap hari Isnin hingga Khamis di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, kedua-dua drama tersebut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand.
Drama ‘Hawa’ terbitan Infinitus Productions Sdn. Bhd yang mengangkat genre kekeluargaan bakal mengambil alih slot Megadrama pada jam 10.00 malam bagi menggantikan drama ‘Cik Ayu Mee Sanggul’ bermula 24 Ogos lalu.
Drama ini menampilkan sutradara dan aktor berbakat Tam Suhaimi selaku pengarah dan penulis skrip. Manakala bekas aktres yang kini lebih selesa bergerak aktif dengan kerja di belakang tabir sebagai pengarah dan penulis skrip, Baizura Kahar turut menyertai Tam sebagai panel skrip.
Hawa dibintangi oleh Nadiya Nisaa yang memegang watak sebagai Hajah Saadah atau Along, Ruzana Ibrahim (Fauziah/Angah), Bella Dowanna (Raudah/Acu), Hamidah Wahab (Hajah Imaan), Donna Muslim (Musa), Akmal Abdullah (Azizah), Shah Faris (Naim) dan Yusri Saleh (Haji Ali).
Manakala drama ‘Malaysian Ghost Stories’ terbitan Arie Zaharie Production Sdn. Bhd. yang mengetengahkan genre seram pula bakal menggantikan drama sekuel ‘Saga 2.0’ pada jam 11.00 malam bermula 25 Ogos lalu.
Idea asal drama ini diilhamkan oleh Syawal Azrai serta turut mendapat sentuhan tiga pengarah berbeza yang terdiri daripada Izuan Mokhtar, Azhari Zain dan Eoon Shuhaini.
Manakala panel skrip pula dibarisi oleh Srikandi Emma, Aloy Paradoks, Epy Kodiang dan Amar Amir membawakan 18 buah cerita hantu yang berlainan setiap episod.
Seramai lebih 27 selebriti popular tanah air terlibat untuk menjayakan drama ini. Antaranya Janna Nick, Zahiril Adzim, Meerqeen, Bella Astillah, Chubb-E, Syazwan Zulkifly, Nazeera Sardi dan Ellie Suriaty.
Turut sama tampil ialah pelakon Adam Shahz, Anna Jobling, Keith Foo, Kazar Saisi, Amerul Affendi, Ara Johari, Hasnul Rahmat, Jasper Supayah dan ramai lagi.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tampilkan Judika, NOAH, Insomniacks & Ramai Lagi… ”Konsert Galau Singapura, Malam ‘Healing’,” – Sufi Rashid

Bakal menganjurkan Konsert Galau buat pertama kalinya di Singapura, penyanyi yang juga Pengarah Urusan SAH Entertainment, Sufi Rashid menyifatkan penganjuran konsert tersebut bagaikan satu malam berkonsep ‘healing’ buat para penonton.
Menurut Sufi, penganjuran konsert yang akan diadakan pada 9 dan 16 Disember ini di Singapore EXPO itu telah direncanakan bersama sebuah unit komiti yang menyaksikan pemilihan barisan artis juga diundi oleh orang awam.
“Pemilihan artis-artis yang akan terlibat dalam konsert itu nanti bukan dibuat oleh pihak SAH Entertainment sahaja. Tetapi kami ada unit komiti yang digelar SAHabat untuk terlibat sama menguruskan pemilihan artis yang turut melibatkan undian orang awam.
“Boleh dikatakan, konsert ini adalah yang pertama kali seumpamanya diadakan di Singapura dan yang pertama di Asia yang menampilkan barisan 10 artis original atau kumpulan popular yang asal.
“SAH Entertainment memang komited mahu memastikan semua barisan asal artis ini ada untuk menjayakan konsert ini untuk menghiburkan peminat-peminat menerusi seleksi lagu-lagu galau masing-masing,” katanya.
Sufi menambah, Konsert Galau akan menyatukan barisan 10 artis ternama dari tiga buah negara serantau iaitu Singapura, Malaysia dan Indonesia.
Antara artis yang terlibat dari Indonesia ialah Judika, kumpulan Noah, Setia Band, ST12, Cakra Khan, D’Masiv dan Kangen Band.
Manakala artis dari Malaysia pula adalah kumpulan Insomniacks dengan Sufi Rashid dan Taufik Batisah pula mewakili Singapura.
Bagaimanapun, kata Sufi, kehadiran kumpulan Noah untuk Konsert Galau kali ini khusus sebagai tribute kepada kumpulan Peterpan.
Ini bermakna, vokalis Noah, Ariel bakal membawakan lagu-lagu hits daripada kumpulan Peterpan istimewa bagi menghiburkan peminat yang akan hadir ke konsert berkenaan.
Selain itu, jelas Sufi, penganjuran konsert dengan konsep dua malam merupakan yang pertama kali dilakukan di negara tersebut dan ia merupakan antara keunikan yang ingin ditampilkan oleh SAH Entertainment buat warga Singapura termasuk negara serantau.
“Konsert dengan konsep penganjuran selama beberapa hari, paling minimum dua hari, sudah biasa dilakukan di Indonesia mahu pun di Malaysia.Tetapi, jika di Singapura, konsep seperti ini masih dianggap baharu.
“Jadi, saya hadir dengan inisiatif ini untuk mendidik warga Singapura dengan memperkenalkan konsep konsert seperti ini supaya mereka dapat turut sama berhibur sambil menyaksikan artis kesayangan menyanyikan lagu-lagu galau kegemaran mereka dalam sebuah festival yang meriah.
“Kiranya, tak perlulah lagi mereka terbang ke negara jiran semata-mata untuk menonton persembahan artis kesayangan mereka. Ini kerana Konsert Galau Singapura juga ada!” katanya lagi.
Menyasarkan kehadiran seramai 12,000 penonton untuk dua malam penganjuran konsert tersebut, Sufi turut berharap orang ramai terutama peminat lagu-lagu galau sama ada dari Malaysia, Indonesia, Brunei atau di mana-mana sahaja dapat memberi sokongan untuk hadir ke konsert ini.
Malah, peminat yang hadir juga berpeluang memilih lokasi ruang mengikut tiga kategori yang disediakan iaitu Zon Galau untuk pengalaman ‘Galau’ yang eksklusif, Zon Berdiri dan juga Zon Duduk.
Tiket dijual pada harga yang mampu milik dari $88 hingga $168.
Tiket juga ditawarkan dengan diskaun 10% jika pembelian adalah untuk dua malam dan pembelian boleh tinjau menerusi media sosial Sufi Rashid.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bincang Topik Orang Ketiga, Panggilan Telefon ‘Ex’ Nabil Ahmad Buat Zira ‘Cemburu’; “Baru Kerja Sehari Dah Ada Intan Call!”

Baru sahaja bersiaran buat pertama kali di slot 3 Pagi Era, penyampai radio dan pelawak Nabil Ahmad kantoi dengan isteri, Zira Ayub apabila bekas kekasihnya sendiri telah menghubungi radio Era bagi membincangkan topik ‘Orang Ketiga’.
Topik itu hangat menjadi bualan tiga penyampai radio slot pagi Era baharu itu yang turut diterajui Azad Jasmin dan Radin.
Bekas kekasih Nabil yang dikenali sebagai Intan mengatakan dia pernah bertemu janji dengan seseorang yang kini sudah mencipta nama dan terkenal di seluruh Malaysia sebelum mendedahkan individu tersebut adalah Nabil.
Malah, dia turut mengimbas kenangan ketika Nabil menghantar surat ke pejabatnya pada suatu ketika dahulu.
“Siapa ada kenangan manis kat Rahang, Negeri Sembilan?
“Tak ingat ke kenangan manis datang office saya hantar surat… kita keluar sama-sama, selalu pergi makan.. tak ingat ke?
“EX5 awak tu pun saya ingat lagi,” dedah Intan.
Mendengarkan pengakuan wanita tersebut, Nabil yang kelihatan cuak terus melompat cuba mengingati apa yang diperkatakan Intan.
“Ni sebelum kahwin la kan, masa saya jadi despatch dulu la kan,” kata Nabil.
Menariknya, diskusi mengenai perkara itu tidak terhenti di konti sahaja, sebaliknya membawa sehingga ke rumah apabila Nabil secara curi-curi merakam perbualan isterinya yang bertanyakan mengenai Intan.
“Baru kerja satu hari dah ada Intan call, esok siapa call, Payung, lepas tu Emas?!” bebel Zira.
Menerusi video yang dikongsikan di YouTube Era itu, Nabil kelihatan pasrah apabila ditegur isterinya ketika sedang mahu menjamah makanan.
Terdahulu, Nabil, Azad dan Radin telah diumumkan sebagai penyambung legasi slot pagi Era mulai Isnin lalu.
Sebelum ini, slot itu diterajui JoHaRa iaitu Johan, Haniff dan Ray.
Haniff dan Ray kini memulakan tugas di slot baharu, 101 Era yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 4 petang hingga 8 malam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Nabil Zira
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI