Usahawan dan penyanyi Nur Sajat kini ditahan di hospital.

Difahamkan, Sajat terkena penyakit misteri meski sudah menggunakan pelbagai kaedah perubatan.

 “Maafkan saya…kali ini saya sakit…macam macam berubat..tak baik baik,” tulis Sajat.

Malah, pembantu peribadi Sajat yang dikenali sebagai Mokkay itu telah memuat naik video dimana Sajat kini sedang terlantar di hospital.

IKLAN

“Doakan terbaik buat bos saya nursajat…now dia dalam keadaan lemah dan tak sedar diri… kami dari team nursajat, mendoakan bos cepat sembuh dari penyakit mesteri… (PA)@mokkay_,” tulisnya. 

Menjengah di Instagram Mokkay pula, dia juga ada memuat naik status agar netizen sama-sama mendoakan kesihatan kawan baiknya itu.

IKLAN
View this post on Instagram

Ya.. Allah… Selamatknlaa kawanku amin…

A post shared by love ixara (@mokkay_) on

Lalu, netizen turut sama-sama mendoakan agar penyanyi yang popular dengan lagu Makhluk Penggoda itu diberikan kesembuhan yang baik.

IKLAN

Pihak Sajat ketika dihubungi MH mengesahkan perkara berkenaan.

Bagaimanapun punca masalah kesihatannya ketika ini masih dalam periksaan.

“Setakat ini, penyakitnya misteri memandangkan semuanya baik belaka. Cuma setakat ini, ia mungkin ada kaitan dengan depresi.

“Sajat dikejarkan ke sebuah pusat rawatan di Ibu Kota sekitar jam 11.00 malam tadi. Doakan semuanya dipermudahkan,” katanya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI