Penyanyi baru, Aliff Iskandar menyatakan rasa terharu dan teruja apabila single pertamanya, Perit mendapat maklum balas baik pencinta lagu tempatan.
Malah, lagu yang turut menjadi runut bunyi untuk drama Perempuan Tanpa Dosa itu juga kian mendapat perhatian pendengar sejak dilancarkan lebih tiga bulan lalu.
“Terima kasih sebab memberikan sokongan kepada lagu ini.
“Saya tak sangka, sejak dilancarkan tiga bulan yang lalu, Perit benar-benar diterima baik daripada peminat. Orang pun makin kenal dengan lagu ini,” katanya.
Selain Perempuan Tanpa Dosa, lagu tersebut turut boleh didengari menerusi beberapa drama lain seperti Angkara Cinta, Bouganvilla dan terbaru dan Rahimah Tanpa Rahim.
Ads
Menariknya, lagu tersebut mendapat sambutan apabila dijadikan ‘lagu tema’ bagi mereka yang putus cinta, dicurangi dan berhadapan dengan apa sahaja masalah perhubungan.
“Apabila lirik tersebut dekat dengan pendengar, mereka mudah menerimanya. Ada yang bagaikan pernah berhadapan dengan situasi tersebut dan tak kurang juga yang meninggalkan pelbagai komen tentang pengalaman mereka dalam video muzik berkenaan.
“Saya baca setiap komen yang mereka titipkan. Macam-macam kisah dan pengalaman dikongsikan. Mana yang tragis tu, saya bersimpati sangat-sangat,” tambahnya lagi.
Ads
Terbaru, Aliff bersyukur kerana karyanya itu diterima baik oleh beberapa pihak yang percaya kepada bakat penciptaan lagunya. Dia yang sudah menghasilkan beberapa lagu lain juga gembira apabila ada pihak yang mahukan karyanya.
Semua itu berlaku apabila dia mula menyanyikan lagu baharunya semasa sedang bersiaran langsung menerusi Instagram miliknya. Beberapa pihak sudah mula merisik dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan karya baharunya itu.
“Memang ada beberapa pihak yang sudah menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan saya termasuklah mengasilkan runut bunyi dan sebagainya. Sudah pasti sebagai seorang pencipta baharu, saya amat hargainya.
Ads
“Bila ada yang percaya kepada hasil karya saya, tiada apa kata-kata yang dapat menggambarkan perasaan ini. Semoga apa yang dirancang akan tertunai sedikit masa lagi,” kata bakal guru yang kini sedang menuntut di Institut Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur ini lagi.
Menariknya bukan sahaja beberapa syarikat produksi menyatakan hasrat untuk bekerjasama tetapi juga beberapa artis popular turut menyatakan minat mendapatkan karya baru Aliff.
“Setakat ini semuanya masih dalam perancangan. Andai kata semuanya berjalan lancer seperti yang dirancang, saya akan kongsikan kepada semua,” kata penyanyi yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan ini lagi.
https://youtu.be/l68Vo4z7rWY
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Meski penyanyi remaja, Ariff Bahran pernah mengeluarkan kenyataan bahawa hubungannya baik dengan Sarah Suhairi, namun Sarah menjelaskan dia tidaklah sampai tahap bercinta dengan penyanyi muda itu.
Terkejut apabila dikatakan bercinta, penyanyi lagu Pedih ini menegaskan Ariff sekadar teman biasa sahaja.
“Tak betul sebenarnya cuma mungkin bila ada nampak gambar kami bersama, terus ada pihak yang beri pendapat saya bercinta. Bila saya baca, terkejut jua,” katanya jujur kepada MH.
Malah, Sarah turut mengulas mengenai perjalanan karier yang lebih banyak tertumpu kepada soal cinta.
Boleh dikatakan, Sarah pernah dikaitkan dengan selebriti seperti Ismail Izzani, Ariff Bahran dan Andi Bernadee.
“Apa pun, saya selesa berkawan dengan golongan lelaki kerana mereka tak banyak drama.
“Lagipun saya memang seorang yang lasak, bayangkan sewaktu tingkatan empat, saya satu-satunya perempuan yang bawa motor ke sekolah,” katanya yang turut rapat dengan Sissy Iman dan Wanie Kayrie.
Foto – MH
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, penyanyi Wany Hasrita telah menjadi artis jemputan menerusi dalam program gaya hidup, Trek Selebriti di Astro Ria.
Selain berkongsi kisah mengenai kehidupan peribadi, penyanyi berusia 27 tahun ini turut meluahkan pendapat mengenai hubungan perkahwinan.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Terlalu Memuja ini mengakui fobia untuk berkahwin apabila melihat kes penceraian dalam rumah tangga semakin kerap berlaku di sekelilingnya.
“Bila dengar perkara macam ni kan, Wany selalu mengeluh dengan ibu Wany. Lepas itu, ibu akan cakap pada saya perkara itu adalah benda yang realiti sebenarnya dalam kehidupan.
“Kekecewaan itu adalah realiti, dan kalau kita nak jadi orang yang baik kita pasti akan selalu diuji oleh Allah.
“Kita pun ada dugaan kita sendiri cuma tak sama macam dugaan orang lain jadi apa yang penting macam kita nak mengatasi benda tu. Kahwin tu bukan benda kecil dan dia perkara yang besar lagi-lagi untuk orang perempuan.
“Perempuan yang paling malang adalah bila dia tersalah pilih suami, bagi pendapat saya. Jadi bila tersalah pilih suami, semuanya berakhir,” katanya ketika ditemubual oleh hos rancangan, Alif Farhan.
Sekadar informasi, Wany atau Nursyazwany Hasrita Hasbullah telah dilahirkan pada 24 Disember 1992 di Hospital Bersalin Kuala Lumpur.
Video: YouTube KSS Studios
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Misha Omar, meluahkan rasa bangganya terhadap pencapaian rakan artis, Dayang Nurfaizah yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru, Lemah.Karya hasil ciptaan Hael Husaini dan...