Penyanyi dan pelakon, Marsha Milan melalui detik cemas dan panik apabila kenderaan yang dipandunya mengalami masalah di bahagian tayar.
Maklum Marsha, kejadian berlaku ketika dia memandu dalam keadaan hujan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), semalam.
Rakaman video yang dimuat naik oleh Marsha di platform akaun Instagram, kelihatan penyanyi berusia 35 tahun ini telah menerima bantuan daripada mekanik untuk membaiki tayar tersebut.
“Macam2 la jadi semalam.. antaranya ialah tayar koyak time hujan kat plus highway… slalunya kat rumah angkat periuk ka, sofa ka, meja makan ka..almari pun i angkat dan pasang i okayyy jaaa..
“tp tukar tayar sy surrender time2 mcm ni suami pula xde…but thank u abang mechanic.. tetiba ja dia ada tepi highway smlm.. penyelamat!
“Thank u mamufik uncle aris n fido mai tolong deal harga tayar skali.. baru arini tau tayar kami size 20 waduhhh Thank you @habrahaute baju ni mmg lasak,” tulisnya.
Dalam pada itu, rata-rata peminat meluahkan rasa syukur kerana tiada perkara buruk berlaku kepada bintang kelahiran program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim ketiga itu.
Sekadar informasi, penyanyi ini memeluk agama Islam beberapa minggu sebelum diijabkabul dengan suaminya, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail pada 31 Disember 2015.
Foto: Instagram Marsha Milan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Al-Fatihah Buat Yang Telah Pergi,” – Irma Hasmie Titip Doa Buat 3 Individu Ini…Netizen Mengalirkan Air Mata
Menitipkan doa buat tiga insan yang telah pergi, Irma Hasmie menerusi laman Instagram memohon agar ketiga-tiganya dipermudahkan urusan di sana.
“Al-Fatihah buat Abdul Bari Asyraf Mohd. Salam takziah juga buat keluarga Allahyarham.
“Juga buat pemergian Adik Siti Masyitah Ibrahim dalam keadaan tragis.
“Dan Ramli Yusof yang maut akibat kemalangan di Gua Musang.
“Ya Allah! Ampunilah sahabat-sahabat kami ini, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekalian alam, luaskanlah kubur bagi dan berikanlah cahaya di dalamnya,” tulisnya memohon doa.
View this post on InstagramA post shared by Irma Hasmie Ibrahim (@irmahasmie) on
Tindakan Irma dituruti netizen yang turut sebak dengan pemergian tragis ketiga-tiga mangsa.
Abdul Bari lemas ketika membantu menyelamatkan lima sekeluarga dalam insiden pacuan empat roda ke muara Sungai Terengganu.
Manakala adik Masyitah mati dibunuh dengan keadaan tragis apabila kepalanya terpisah daripada badan, tangan dan kaki diikat sementara beberapa organ dalaman mangsa dikatakan turut dirodok keluar.
Foto – Instagram Irma Hasmie
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Keputusan UPSR Saya 4A, PMR 4A Dan SPM 5A, Saya Bukanlah Perempuan Bodoh,” – Mawar Rashid Akui Masih Terkesan Isu GST, Bangkit Hasil Sokongan Famili
Pelakon Mawar Rashid tidak menafikan sehingga kini dirinya masih lagi terkesan dengan insiden diperli ketika menyertai Pencarian Dewi Remaja lebih tahun lalu hingga dilabel dengan pelbagai gelaran, termasuk ‘Mawar GST’.
Malah ketika sesi tayangan video bersempena dengan pelancaran produk kosmetik yang diusahakannya, Mawarose pada Isnin, ibu muda ini tidak mampu menahan air mata ketika klip ditemu bual mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dipertontonkan semula.
Difahamkan, ia disunting ahli keluarga di luar pengetahuan Mawar yang sekali gus, mengimbas kembali ingatannya terhadap insiden yang disifatkan detik paling teruk dalam hidupnya itu.
“Sejujurnya saya masih terkesan. Bagi saya ia adalah momen paling teruk dalam kehidupan saya, sudah tentu. Tak semua orang rasa apa yang saya lalui.
“Bukan saya sengaja buat perkara yang jahat atau sesuatu yang rosakkan jiwa sendiri atau orang lain.
“Saya masih belum matang pada ketika itu dan saya hanya diri akan tetapi, ramai yang tidak boleh terima.
“Saya belum cukup matang dan rasa gementar. Orang yang gementar akan rasa ‘blank’ dan cakap mengarut.
“Akan tetapi pada akhirnya, bila saya naikkan semangat balik kerana sokongan keluarga dan peminat, saya jadi okay dan tahu keupayaan diri.
“Saya dituduh bodoh. Keputusan UPSR saya 4A, PMR 4A dan SPM 5A. Saya bukanlah perempuan bodoh malah berbangga dengan pencapaian diri setakat ini.
“Kalaulah saya tidak bijak, buat apa saya sambung pengajian dalam bidang pengurusan perniagaan?” luahnya dengan rasa syukur.
Mawar bagaimanapun tidak menafikan apa yang berlaku memberi banyak sisi positif dalam hidupnya selepas itu.
Terdahulu pada majlis sama, Mawar turut memperkenalkan lagu ‘jingle’ berunsur K-pop ciptaan Amir Hassan sementara lirinya pula disusun Mawar bersama suaminya, Raf Yaakob serta abang tersayang, Arfan dan Amir sendiri.
“Lagu ini ada khas untuk produk yang baru sahaja dikeluarkan dan akan dilancarkan di YouTube tidak lama lagi.
“Sebelum ini saya pernah sekali lakukan rakamkan sebuah lagu untuk satu telemovie siaran RTM yang saya turut berlakon sama sekitar dua tahun lalu. Akan tetapi lagu ini ibaratnya adalah sesuatu yang saya inginkan.
“Beat yang lebih segar dan ‘fast’. Sementara untuk lagu ini, saya buat rujukan menerusi lagu-lagu kpop sebab ia tengah menjadi trend ketika ini.
“Saya ada keinginan untuk membuat persembahan bersama lagu ini secara langsung juga, tetapi saya perlukan lebih praktis.
“Kiranya masih belum yakin lagilah nak nyanyi ‘live’. Nanti kesian dekat diri-sendiri, kena kecam lag,” seloroh Mawar.
Ditanya mengenai penghasilan Mawarose ‘Magic Rose Lips & Cheek Cream’, bintang ini mempunyai sebab tersendiri terhadap nama yang dipilih.
Ujarnya, ‘Mawar’ itu sendiri mempunyai signifikan istimewa bagi dirinya.
“Mawar’ adalah gabungan nama orang tua saya. Marini Abdullah (MA) dan Wan Abdul Rashid (WAR), lalu jadilah Mawar.
“Untuk lakukan penjenamaan yang lebih besar, kami cadangkan nama Mawarose. Betapa saya juga seorang yang obses dengan bunga Ros.
“Ia ibarat ratu kepada segala bunga. Paling cantik tetapi berduri,” akui Mawar yang turut mengumumkan produk kosmetik hasilannya itu bakal dijual melalui mesin layan diri tidak lama lagi selain di media sosial.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Profil Seni Yang Baik & Berdisiplin Bawa Tuah Buat Uyaina Arshad, Dalam Sarat Hamil Dipilih Jadi Duta
Seiring dengan profil seni yang baik dan statusnya sebagai ibu, pelakon dan hos Uyaina Arshad telah dilantik sebagai duta gula-gula kunyahan inovatif, Baby Ayo.
Pengarah Urusan Baby Ayo, Saidatul Amin berkata, selepas mengambil kira semua faktor dari aspek keserasian dan kerjasama baik, pihaknya menyifatkan pemilihan Uyaina adalah tepat.
“Kami sangat kagum dengan disiplin Uyaina yang konsisten menggunakan produk ini untuk anaknya sebelum dia dipilih sebagai duta.
“Kami mahukan seseorang yang mampu mewakili syarikat untuk memberi keyakinan kepada bakal pengguna,” katanya pada majlis pelancaran jenama itu di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Majlis sama turut mendedahkan jantina anak kedua yang bakal dilahirkan Uyaina, tidak lama lagi.
Dalam pada itu, menyedari kesan tidak baik yang disebabkan oleh kekurangan khasiat dan nutrisi dalam pemakanan anak-anak, Baby Ayo menawarkan Berries Gummy Kids Vitamin yang mengandungi dua bahan semulajadi utama iaitu Elderberry dan Acai Berry.
Ia diformulasi bebas dari sebarang pemanis Druan, bebas bahan kimia, tanpa lemak trans & Ddak berasaskan kekacang.
Kedua-dua bahan yang diperkenalkan itu berkuasa meningkat sistem imunisasi badan dan mencegah dari terkena demam dan selesema.
Jelas Saidatul, khasiat yang terkandung di dalam Elderberry dan Acai Berry memberi inspirasi kepada AYOGI Sdn. Bhd. untuk tampil dengan produk sulung berasaskan dua ramuan itu menerusi jenama Berries Gummy Kids Vitamin.
“Idea ini terhasil apabila salah seorang anak ahli keluarga kepada pengasas produk ini sering mengalami masalah demam dan selesema selepas mula masuk ke sekolah.
“Lalu salah seorang rakan baiknya mengesyorkan satu produk berasaskan Elderberry dan Acai Berry dari Australia dalam bentuk cecair, anaknya sudah jarang demam dan selesema.
“Sekali gus memberi idea untuk membuat satu formulasi baharu tetapi dalam bentuk gula-gula kunyahan (gummy) supaya lebih mudah dan lebih digemari oleh anak-anak kecil terutamanya.
“Jadi tibul idea untuk menjadikan Elderberry dan Acai Berry sebagai asas utama dalam pembikinan produk vitamin kanak-kanak ini.
“Ditambah pula dengan perisa Raspberry yang sedap, produk ini pasti menjadi kesukaan anak-anak di rumah sekali gus mengurangkan kebimbangan ibu bapa,” katanya.
Bagi menambah keyakinan kepada pengguna, produk Berries Gummy Kids Vitamin ini sudah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan disahkan Halal.
Malah, pihaknya juga bakal mengeluarkan rangkaian produk-produk vitamin lain dalam waktu terdekat selain turut memperkenalkan kempen #BeHealthyBeHappy khusus bagi anak-anak agar boleh menjalani rutin harian dengan sihat dan gembira.
Kempen ini juga bertujuan memupuk sifat rasa sayang dan bertanggungjawab ibu bapa terhadap permata hati mereka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI