Penyanyi dan pelakon, Marsha Milan melalui detik cemas dan panik apabila kenderaan yang dipandunya mengalami masalah di bahagian tayar.
Maklum Marsha, kejadian berlaku ketika dia memandu dalam keadaan hujan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), semalam.
Rakaman video yang dimuat naik oleh Marsha di platform akaun Instagram, kelihatan penyanyi berusia 35 tahun ini telah menerima bantuan daripada mekanik untuk membaiki tayar tersebut.
“Macam2 la jadi semalam.. antaranya ialah tayar koyak time hujan kat plus highway… slalunya kat rumah angkat periuk ka, sofa ka, meja makan ka..almari pun i angkat dan pasang i okayyy jaaa..
“tp tukar tayar sy surrender time2 mcm ni suami pula xde…but thank u abang mechanic.. tetiba ja dia ada tepi highway smlm.. penyelamat!
“Thank u mamufik uncle aris n fido mai tolong deal harga tayar skali.. baru arini tau tayar kami size 20 waduhhh Thank you @habrahaute baju ni mmg lasak,” tulisnya.
Dalam pada itu, rata-rata peminat meluahkan rasa syukur kerana tiada perkara buruk berlaku kepada bintang kelahiran program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim ketiga itu.
Sekadar informasi, penyanyi ini memeluk agama Islam beberapa minggu sebelum diijabkabul dengan suaminya, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail pada 31 Disember 2015.
Foto: Instagram Marsha Milan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ibarat Cubit Paha Kiri, Paha Kanan Terasa,” – Usahawan & Pempengaruh, Coach Said Jumpa Nadir Al-Nuri Serah Sumbangan RM80,000 Demi Rakyat Palestin
Penderitaan dan kesengsaraan rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman zionis Israel turut dirasai ramai insan di dunia termasuk rakyat Malaysia.
Malah selain doa dari kejauhan dan membangkitkan suara mendukung perjuangan di Gaza di media sosial, pelbagai syarikat dan agensi turut terpanggil untuk menyalurkan sumbangan.
Syarikat Saudagaar Asia (S-Asia) menerusi jenama produk tub makanan ringan berasaskan coklat dan bijirin, ChocoAlbab misalnya, turut menderma RM80,000 kepada Persatuan Cinta GAZA Malaysia (CGM) sebagai tanda solidariti membantu rakyat Palestin.
Pengasasnya yang juga pempengaruh, Said Saiful Fazli yang sinonim disapa Coach Said berkata, sumbangan berkenaan diserahkan kepada persatuan bukan kerajaan itu secara terus kepada Ketua Pegawai Eksekutif CGM, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman di ibu pejabat syarikat berkenaan di Kota Damansara.
“Sumbangan wang RM50,000 itu disalurkan daripada ibu pejabat Choco Albab, manakala RM30,000 lagi itu daripada ejen kami.
“Ibarat cubit paha kiri, paha kanan terasa juga. Begitulah ironinya kesusahan dan kesengsaraan saudara kita di Gaza dirasai kita di Malaysia. Ini usaha dan jihad kecil kami.
“Alhamdulillah biarpun baru dua tahun jenama ini berada di pasaran, kami juga tergerak hati ingin membantu mereka di sana. Malah saya puji usaha ejen sesama mereka turut terpanggil untuk sama-sama menderma,” katanya.
Tambah Said, saban hari melihat perkembangan dan berita dari sana menerusi paparan berita dan perkongsian di media sosial mengenai pergelutan melanda di sana, hatinya termasuk ejen turut terpalit rasa sedih serta amarah.
“Saya sendiri tak mampu menahan air mata melihat insan tak berdosa termasuklah anak kecil hidup dalam keadaan ketakutan di sana. Hal sama turut disuarakan ejen saya yang turut terasa tempias penderitaan mereka.
“Jiwa kami ini tak tenteram dengan tindakan serangan tanpa henti Israel dari udara dan darat. Sudah beribu-ribu rakyat Palestin menanggung derita yang cedera dan terbunuh,” katanya.
Said turut memaklumkan dia menerima mesej langsung dan di aplikasi WhatsApp daripada ramai pihak yang memuji usaha dilakukan termasuk jumlah sumbangan diberikan.
“Ada yang DM (mesej langsung) di Instagram dan WhatsApp cakap banyak jumlah kami salurkan kepada rakyat di sana.
“Jumlah itu mungkin kecil atau besar di mata kita, tapi untuk mereka yang memerlukan di sana… tentunya ia cukup bermakna.
“Apa yang kami lakukan ini juga seiring visi syarikat untuk membantu orang meningkatkan kehidupan. Sekali gus seperti misi murni kami ini untuk membantu saudara sesama kita di Palestin,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Tak Sibuk Cari Duit, Kau Nak Kasi Ke?,” – Didakwa Abai Anak Sebab Letak Nama Ibu Penjaga Kedua, Shuhada Shukri Tempelak Fake Akaun
Seorang individu tampil mempertikaikan kuputusan isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Shuhada Shukri yang meletakkan nama ibunya sebagai penjaga kedua bagi dua orang anaknya.
Menurut individu itu lagi, Shuhada dilihat seperti terlalu mengejarkan dunia glamour sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak.
“Memang patut dia jaga pun. Anak kecil lagi, si mak duduk sibuk sangat sampai tiada masa. Dah tu pergi mahkamah nak mintak letak nama si nenek untuk jadi penjaga kedua.
“Tak ke terang lagi nyata si mak kepada budak-budak ni busy sangat dengan kehidupan ala glamorous dia ni? Kalau nak sangat jaga anak, nak menang hak jaga, tak payah letak nama mak hang sebagai penjaga kedua kot. Toxic gila.
“Lagi toxic dari bekas laki dia. At least bekas laki dia tak merentan sangat dekat social media. Ada batas nak kena jaga. Selalu lepas cerai, kebanyakannya lelaki yang bukan main merentan.
“Ni terbalik. Kesian anak-anak jadi game kat court,” tulisnya.
Enggan berdiam diri, Shuhada tampil mempertahankan dirinya untuk menjawab tomahan daripada individu yang dipercayai berselindung di belakang akaun palsu.
Jelas Shuhada, dia harus keluar bekerja bagi menyara kedua-dua anaknya.
“Ini contoh manusia gigih buat fake account nak tembak benda terang terang perkara bullshit. Kita simpan buat proofs siapa yang merentan.
“Dah kalau tak busy cari duit, kau nak kasi duit ke? Sembang la ada batas nak kena jaga,” tulisnya di Instagram Stories.
Lantaran itu, Shuhada turut mendedahkan dirinya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sekiranya individu berkenaan terus mengganggu dan melontarkan tuduhan tidak benar.
“Sekali lagi jangan jolok sarang tebuan, sendiri menyesal nanti. Aku bukan Shuhada yang lama bro yang bodoh. Sekarang, kau cari pasal, kau menjawab,” akhirinya.
Terdahulu, menerusi sebuah hantaran di laman Instagram, Shuhada memaklumkan mahmakah telah menetapkan Januari 2024 sebagai sebutan baharu bagi keputusan hak penjagaan anak-anaknya.
Sekadar informasi, Shuhada dan Hafidz sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Julai lalu.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016.
Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Shuhada Shukri
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Syaikhul Demam Sebaik Tiba Di Madinah, Puteri Sarah Tetap Cekal Tenang Tunai Umrah
Apa sahaja yang dimuat naik pelakon Puteri Sarah Liyana pastinya mendapat perhatian daripada peminat serta para netizen lebih-lebih lagi selepas diduga dengan konflik perkahwinan dengan pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof.
Terbaharu, Puteri Sarah yang kini sedang berada di Madinah bagi mengerjakan ibadah umrah sempat mengemas kini perkembangannya bersama anak-anak di sana.
Menurut Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, anak sulungnya iaitu Syaikhul Islam, 6, berada dalam keadaan kurang sihat sebaik mereka menjejakkan kaki ke kota Madinah pada petang Khamis.
“Ujian Allah, abang Syaikhul demam dalam perjalanan ke sini. Doakan Syaikhul Islam sihat ya.
“Abang demam bukan sebab makan ais krim banya tau, pandai je Sumayyah ni,” tulis Sarah menerusi sebuah hantaran video di laman Instagram anaknya, @syaikhulsumayyahofficial.
Sementara itu, Sarah turut berkongsikan gambar terbaharunya lengkap berjubah dan berniqab rona hitam beserta kapsyen ringkas, ‘tenang’.
Menerusi ruangan komen, ibu mentuanya, Datin Patimah Ismail mengucapkan syukur Alhamdulillah dengan ketenangan yang diperoleh menantunya sepanjang berada di tanah suci.
Netizen juga turut mendoakan agar segala urusan Sarah dan anak-anak dipermudahkan sepanjang berada di sana.
“Tutup cerita duka, InsyaAllah Allah gantikan dengan kegembiraan. Amin.
“Mata merah. Hanya Dia yang mengetahui. Hanya Dia tempat berserah. Moga baik-baik saja.
“Alhamdulillah, semoga dipermudahkan dan mendapat umrah yg mabrur, amin.
“Masha Allah.. TabbarakAllah.. Semoga dikurnia umrah mabrur. Bertabahlah wahai hati.. BarrakAllahumma Amin.
“Semoga Puteri Sarah mendapat ketenangan apabila hampir dengan Rasul Allah dan singgah di taman syurga Raudah yg dirindui umatnya,” komen sebahagian netizen.
Sarah mengerjakan ibadah umrah bersama kedua-dua anaknya, Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI