Nabil Mahir ada berkongsi foto lama yang merakamkan fizikal dirinya ketika berusia 20 tahun.

Gambar yang dirakam pada tahun 2008 itu diabadikan menerusi platform Instagram, pada Rabu.

Selain mengakui begitu cepat masa berlalu, tunangan kepada Ayda Jebat ini turut berkongsi mengenai kulit wajahnya yang sering ditumbuhi jerawat.

“Hari tu kan Nabil kopak laptop lama untuk selamatkan hard drive. Ni dia salah 1 gambar dari tahun 2008. I was 20, how time flies.

IKLAN

“Masa ni macam2 product muka pakai tapi lepas baik je, set jerawat baru akan tumbuh. Yang paling tak paham tu kenapala tak shave unibrow tu woii aduhhh hahaha!

“Gambar sebelah versi kalau takde jerawat and unibrow,” tulisnya pada entri dua foto yang dilampirkan.

Rata-rata peminat turut memberikan reaksi selain Ayda Jebat yang menyifatkan wajahnya tidak sama dengan bakal suaminya itu.

Sebaliknya, Ayda memandang Nabil sebagai individu yang lebih kacak, baik hati dan sebagainya.

Terdahulu, pasangan sama cantik sama padan ini melangsungkan ikatan merisik dan bertunang secara maya hujung April lalu.

Mereka menggunakan aplikasi Google Meet bagi mematuhi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan di seluruh negara bulan lalu. 

Foto: Instagram Ayda Jebat