Setelah sekian lama berehat, Sepahtu Reunion Live akhirnya tampil dengan musim terbaru.
Masih mengekalkan barisan pelawak yang sama seperti Jep, Syuk, Rahim, Ilya serta barisan cameo jemputan, Sepahtu Reunion Live kini tampil dengan sedikit kelainan apabila mereka dikatakan bakal beraksi tanpa kehadiran penonton dek kerana pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula sejak Rabu.
Menurut Jep pula, apabila dia tahu mengenai perkara tersebut, ia secara tidak langsung memberikan pengalaman yang berbeza buat dirinya sepanjang bergelar pelawak.
“Bila dapat tahu #sepahtureunionlive Khamis ni kau kena buat lawak tanpa penonton…Bolehlah diumpamakan seperti main bola tapi takde bola,” tulisnya.
Ads
Kenyataan tersebut dikongsikan penyampai radio Sinar itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Malah, ketika menjawab komen salah seorang individu, Jep memberitahu, membuat lawak ketika tiada penonton semasa sesi rakaman adalah berbeza jika ingin dibanding dengan persembahan secara langsung.
Ads
“Record dengan live banyak beza,” katanya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis memberikan kata-kata semangat buat seluruh tenaga kerja Sepatu Reunion Live selain turut tidak sabar nanti persembahan minggu pertama kumpulan tersebut.
Ads
Sepahtu Reunion Live bakal bersiaran setiap Khamis bermula malam ini secara eksklusif di Astro Warna (127) dan Warna HD (107) jam 9.00 malam.
10 tahun lalu kumpulan Little Mix mencipta sejarah tersendiri apabila mereka menjadi kumpulan penyanyi pertama memenangi pertandingan nyanyian realiti popular, X-Factor. Biarpun kini tinggal bertiga setelah Jesy Nelson mengambil keputusan untuk bergerak secara solo tahun lalu, Leigh-Ann Pinnock, Perrie Edwards dan Jade Thirlwall terus menghasilkan karya baharu.
Mengimbau kembali saat menjalani sesi uji bakat, mereka tidak saling mengenali kerana masing-masing hadir sebagai penyanyi solo. Saat itu mereka gagal untuk lolos ke peringkat seterusnya. Namun saat menentukan siapa yang akan dibawa ke rumah mentor, Kelly Rowland yang merupakan salah seorang juri ketika itu merasakan keempat-empat mereka harus diberi peluang sebagai sebuah kumpulan.
Maka lahirlah kumpulan Little Mix yang popular dengan lagu seperti Secret Love Song dan Sweet Melody. Sehingga kini mereka telah menjual lebih dari 60 juta album sepanjang karier mereka di dalam industri muzik antarabangsa. Ini menjadikan kumpulan ini antara kumpulan penyanyi wanita yang paling banyak menjual album sebaris dengan kumpulan lagenda seperti Spice Girls, Destiny’s Child dan TLC.
Mengimbau kembali kenangan lalu, mereka memuat naik sebuah video kenangan yang mengingati bagaimana kemenangan mereka di X-factor mengubah kehidupan mereka selama-lamanya.
Dalam hantaran itu, tertulis, “10 tahun sejak kami mememangi X-Factor. Momen yang paling mengubah kehidupan kami. Terima kasih atas sokongan anda semua sepanjang sedekad lalu.” Menerusi video yang dimuat naik itu tersebut mereka melihat kepada gambar saat diumumkan sebagai pemenang dan dapat dilihat keempat-empat mereka meraikan momen tersbeut bersama mentor, Tulisa Contostavlos.
Salah seorang dari mereka, Perrie Edwards berkata, “Momen yang mengubah kehidupan kami. Menang X Factor, apabila kami fikir kami tidak akan sampai ke minggu pertama. Dan wajah Tulisa juga, saya sayang Tulisa. Dia adalah seorang yang hebat melalui keseluruhan pengalaman yang kami lalui bersama. Tetapi ya, ini hanya membuat saya sangat gembira.”
Sepanjang sepuluh tahun bersama mereka telah menerbitkan enam album bersama dan memenangi tiga Brits Award. Mereka juga merupakan kumpulan Britain pertama yang berjaya berada dalam kedudukan empat terbaik carta Billboard Top 200 pada tahun 2013. Pencapaian terbaik kumpulan dari Britain sebelum itu dipegang oleh Spice Girl yang menduduki tangga keenam carta itu menerusi album debut mereka pada tahun 1997.
Kini, kumpulan ini dikhabarkan akan berehat dan tidak aktif bagi menumpukan kepada kehidupan masing-masing dan juga projek secara solo. All the best girls!
Pengacara dan penyampai radio, Radin menafikan dakwaan segelintir pihak yang melabelkannya sebagai ‘kaki flirt’ kerana sering dilihat meninggalkan komen di Instagram kebanyakan artis wanita.
Menurut Radin, dia hanya mahu membina reputasinya bersama selebriti atas dasar kerja.
Pada masa sama, bintang radio ini juga turut mengakui dirinya seorang yang peramah dan gemar mencari rakan baru.
“Sebenarnya banyak yang saya komen dekat gambar artis wanita kerana saya punya show dekat radio saya temu ramah artis.
“Kadang diorang nampak bila saya komen artis perempuan je bila artis lelaki mereka tak nampak pun. Di situ mereka nampak saya ni macam nak try diorang nak flirt.
“Saya merupakan seorang yang peramah dan kerja saya adalah untuk bina reputasi sesama artis.
“Kadang-kadang orang triggered kata saya ni semua orang saya nak try tapi itulah kerja saya dan tak salah untuk saya berkawan dengan rakan-rakan selebriti yang lain,” katanya memberi penjelasan.
Radin berkata demikian ketika ditemui di sidang media dan majlis pengenalan pengacara baru program Mingguan Wanita musim terbaru.
Dalam pada itu, penyampai radio Era itu turut mengakui dirinya kini sedang mengenali hati budi seseorang.
Terdahulu, Radin telah diperkenalkan sebagai salah seorang pengacara tetap Mingguan Wanita dan akan mengendalikan segmen ‘Makanan & Travelog’.
Mingguan Wanita Musim ke-2 akan mula bersiaran pada 8 Julai 2019 secara ekslusif di saluran Astro Prima (105) dan Prima HD (121).
Turut sama menyertai famili Mingguan Wanita musim ini ialah Siti Elizad, Erra Fazira, Sherry Al Hadad dan Norman Hakim.
Bersempena dengan sambutan Hari Guru yang diraikan pada 16 Mei setiap tahun, bintang versatil Elly Mazlein tidak lupa untuk menitipkan ucapan buat suami, Mohammad Azlan Che Noh yang juga merupakan seorang pendidik.
Ingatan sama turut didedikasikan buat semua guru di negara ini.
Kongsi Elly, jasa mereka akan terus dikenang.
“Selamat hari Guru Buat Papa Awan Nano Dan semua guru-guru. Kegigihan mngajar kami Akan dikenang.
“Terima Kasih Guru Wahai Cikgu. Tak sngka ade Cikgu pencuri hati GADIS yg bernama kepompom kesuma Jiwa Laksana Bulan Purnama Parking di B1 D Sunway Pyramid.
“Selamat Hari Guru. Nak tanya, ada sapa2 x yg brani lawan nama GADIS itu?,” tulisnya dalam kapsyen humor.