Tidak dinafikan, Perintah Kawalan Pergerakan ini dilihat sedikit sebanyak  memberikan kesan terutamanya buat mereka yang meraih pendapatan secara harian.

Perkara sama turut terlintas difikiran pelakon dan pengacara, Janna Nick yang tertanya-tanya bagaimana mereka yang peroleh pendapatan secara harian ini meneruskan hidup.

Kenyataan tersebut dikongsikan menerusi laman Twitter miliknya.

“Bila fikirkan Perintah kawalan pergerakkan ni…macam mana agaknya orang yang selama ni hidup kais pagi makan pagi…? Depa nak makan apa ni,” tulisnya.

IKLAN

Dalam pada itu, Janna turut bertanyakan kepada pengikutnya tentang jenis bantuan yang paling diperlukan oleh isi rumah buat ketika ini.

IKLAN

“Apa barang keperluan yang paling diperlukan setakat ni? Beras? Pampers? Susu anak?,” tambahnya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizenbersimpati malah turut memberi pandangan tentang jenis bantuan yang patut diberikan oleh Janna.

IKLAN

“Macam Mana Agaknya Orang Yang Selama Ini Hidup Kais Pagi Makan Pagi?,” – Janna Nick


Semalam, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April sebagai langkah untuk memutuskan rangkaian COVID-19.

 

sumber: Twitter Janna Nick

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI