Pelawak dan pengacara, Azrul Zaidi ada berkongsi satu pertanyaan yang dikongsi menerusi satu entri Instagram yang dikemas kini.
Jelasnya, dia terfikir ada situasi yang dihadapi kepada gelandangan serta pengemis yang tiada tempat untuk berteduh.
Pada masa sama, bintang Raja Lawak ini turut menyelar segelintir yang masih tidak mahu mengikut arahan.
“Aku terfikir macam mana dengan gelandangan dengan pengemis yang tiada rumah? Apa nasib mereka?
“Kita patut bersyukur dan ikut arahan. Tapi masih ada yang degil dan dok jalan merata,” kongsinya pada entri yang dilampirkan.
Sementara itu di ruangan kapsyen pula, Azrul turut meminta media untuk mengulas mengenai perkara tersebut.
“Awani boleh kot cover psl ni… Kalu x silap aku xde langsung citer psl mereka ini.
“Mereka pn manusia seperti kita,” kongsinya lagi.
Meski tidak menyatakan fokusnya secara khusus, namun apa yang dikongsi berkait rapat dengan krisis Covid-19 yang sedang melanda negara kini.
Terdahulu, kerajaan akan menggerakkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bermula Ahad ini dalam usaha mengurangkan pergerakan rakyat, namun ia bukanlah satu perintah darurat.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan yakin dengan bantuan tentera, tahap pematuhan rakyat terhadap perintah kawalan pergerakan akan lebih tinggi.
Foto : Instagram Azrul Zaidi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI