Isteri kepada penyanyi Izzue Islam, Awin Nurin ada berkongsi mendedahkan ‘direct message’ yang dihantar seorang invididu di akaun Instagram miliknya.
Menerusi foto yang dikongsi, individu tersebut telah memberikan kata-kata negatif kepada Awin termasuk dakwaan soal soal rumah tangganya.
Mengejutkan, individu berkenaan turut memberi tuduhan Awin didakwa mengamalkan ilmu hitam seperti bomoh untuk memikat suaminya.
“Heiiii Pelik kann, mcm mne eah @izzueislam bleh jatuh cinta dkt. Hang hahaha Xsesusai langsung kott aihhh Haa Sebenarnya kann Kau pergi bomoh kann, hahaha btul takk.
“Memang btul lahh kann Pergi bomoh pstuu nk bg izzue suka kt kau and kahwin smpailah sskrang,, kan ii hei Hekk elehhh Eahh sedar laa diri tuu sikit,” tulis individu tersebut.
Lantas, perkongsian Awin tersebut telah menjadi perhatian sekaligus mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Malah, rata-rata netizen menyifatkan tindakan individu tersebut sebagai satu sikap yang buruk dan tidak baik.
Sekadar informasi, Awin mendirikan rumah tangga bersama bekas anggota kumpulan Forteen itu pada 2 Jun 2013.
Foto: Instagram Awin Nurin