Pelakon dan usahawan, Ardell Aryana yang kini sedang hamil anak pertama mengakui dirinya terlalu memikirkan mengenai proses bersalin yang bakal dihadapi.

Katanya, macam-macam perkara bermain di fikiran dan kerana itu, permaisuri hati pelakon, Nadzmi Adhwa ini ada meminta pengalaman bersalin dari kalangan ibu di Instagram.

View this post on Instagram

Bismillah Good Morning 🎈, Honestly… im so scared to give birth 🤰🏻. And ya during my pregnancy journey , i keep on thinking thinking and thinking 💭 and end up air mata tumpah sendiri nangis ( Ceh ! ) 🤭, macam- macam la bermain di otak .Antara salah satu nya , Macam mana kalau tiba2 terberanak kat dalam kereta / air ketuban tiba2 pecah sendiri ? Pastu macam mana agak nya suasana ( masuk labour room nanti ) macam mana rasa sakit saat tu ??🤯 . Kalau semua ibu-ibu tak kisah , boleh share pengalaman bersalin ? Sebab lain orang lain pengalaman nya ( mata ni rajin nak membaca pagi ni ) sambil tangan mengait 1st batch yang oder topi baby 🙂 . Sharing dari anda mungkin , Boleh hilang sikit gundah gulana hati ni ( biasa lah time hujung2 ni la emosi pasang surut ) 🤣kadang gelak, kadang nangis, kadang marah, kadang pengsan , kadang malas melampau , kadang asik nak tidur je .. macam2 kadang-kadang yang terjadi 📝 .

A post shared by نور الهداية (@ardellaryana) on

“Honestly… im so scared to give birth. And ya during my pregnancy journey, i keep on thinking thinking and thinking and end up air mata tumpah sendiri nangis.

Ads

“Macam- macam la bermain di otak. Antara salah satu nya, Macam mana kalau tiba2 terberanak kat dalam kereta / air ketuban tiba2 pecah sendiri?

“Pastu macam mana agak nya suasana (masuk labour room nanti) macam mana rasa sakit saat tu? Kalau semua ibu-ibu tak kisah, boleh share pengalaman bersalin? Sebab lain orang lain pengalaman nya (mata ni rajin nak membaca pagi ni) sambil tangan mengait 1st batch yang oder topi baby.

“Sharing dari anda mungkin, Boleh hilang sikit gundah gulana hati ni (biasa lah time hujung2 ni la emosi pasang surut) kadang gelak, kadang nangis, kadang marah, kadang pengsan, kadang malas melampau, kadang asik nak tidur je, macam2 kadang-kadang yang terjadi,” tulisnya panjang lebar.

Ads

Meninjau ke ruangan komen, ada di antara peminat yang turut berkongsi cerita serta pengalaman masing-masing dan ia turut mendapat respon Ardell.

Malah, rakan selebriti seperti Elly Mazlein turut memberikan kata positif dan semangat buat bakal ibu itu.

Ads

Macam Mana Kalau Tiba-Tiba Terberanak Dalam Kereta Atau Air Ketuban Tiba-Tiba Pecah Sendiri?,” – Ardell Terlalu Fikir, Minta Para Ibu Kongsi Pengalaman Macam Mana Kalau Tiba-Tiba Terberanak Dalam Kereta Atau Air Ketuban Tiba-Tiba Pecah Sendiri?,” – Ardell Terlalu Fikir, Minta Para Ibu Kongsi Pengalaman

Terdahulu, pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 1 September tahun lalu di kediaman keluarga belah pihak perempuan di Seri Kembangan, Selangor.

Foto: Instagram Ardell Aryana, Nadzmi Adhwa

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI